Showing posts with label Insurans. Show all posts
Showing posts with label Insurans. Show all posts

Friday, August 19, 2011

Rasa Tak Puas Hati Pada Sorang Geng Blogger :( Maaf kalau Terasa...

Salam hari ke 19 kita berpuasa......
hmm dalam minggu nie dah 3 hari aku tak pergi solat tarawih........
takpe lah.......aku tak pergipun sebab ada kerja......^_^ 

korang sentap ke baca tajuk kat atas tu?
maaflah......aku terpaksa buat luahkan kat sini,
kalo aku pendam lelama, leh jadi cancer hati aku ni or barah payu dara.....(bila tua nanti)
so....untuk mengelakkan sakit-sakit tersebut singgah kat lubuk hati aku.......
maka terpaksalah aku lempiaskan apa yang bersarang kat jantung aku ni.

Anggap jer lah aku kasi Tazkirah pagi Jumaat yer...
dulu cecita nak jadi Ustajah....tak boleh
sebab aku tak alim.....
haaa hari ni izinkan aku jadik ustajah ok?

Aku tak kata blogger jahat
so far alhamdulillah,
mana-mana geng blogger yang aku kenal....semuanya baik giler......
lebih-lebih lagi geng bachelor yang selalu keluar makan-makan hari Jumaat tu.....
memang baik sangat. Tak pernah la aku jumpa diaorang dalam keadaan pisau ditangan, pistol terselit celah kangkang. Geng Gangster kampung dusun ker kan?....paling power pon senjata diaorang adalah gelak cam akak ponti.....ngilai-ngilai gitu...(aku tujukan khas untuk diri sendiri, watie wynn dan suziey.com) oh! suziey sedang berhibernasi di sebuah gua. Sebab tu dia diam jer.

Aku kalau terima kawan blog...aku anggap semua baik, sebab aku baca cara penulisan diaorang....then ok..bila nak jumpa...so dah tau sikit sebanyak pasal apa yang diaorang suka, tak suka, perangai diaorang. Mana yang aku rasa diaorang nie garang ker...pepandailah lembut-lembutkan lidahkan kalau berjumpa.....

tapi, ada satu geng blogger nie......aku pernah jumpa dia sekali, sangat baik...diapun dok puji aku melambung yang nyaris-nyaris memperkoyakkan sepender getah aku. Tapi masalahnya......dia baik ngan aku ada maksud tersirat yang aku rasa sooooo damn irritating gitew. 

Aku kalau berkawan, memang ikhlas....kalau geng blogger tu baik ngan aku...haaa adalah gift yang aku kasik....ko tanyalah geng bachelor muahahahahahahah......aku suka gitew...gula-gulakan diaorang dengan gula-gula getah!.......aku suka diaorang happy yang menyebabkan akupun happy. ehehheheh.....kalau diaorang sedih...er..aku tetap happy. Aci tak?

Tapi geng yang sorang nie....hmmmm dia just sungguh-sungguh nak kawan dengan aku semata-mata nak jual insurans dia. padahal, aku rasa dia dah tau...aku dah ambil insurans dengan Prudential. Tapi still keep on forcing suruh aku tukar insurans yang dia promote. Kamon laaa.......apa kes aku nak tukar-tukar insurans?..so far agen insurans aku adalah terbaik dari ladang and aku kenal since belajar Mass comm kat Uitm dulu. Diapun selalu jer tanya keadaan anak aku and aku dan juga tak paksa-paksa sedara mara aku yang lain join insurans dia. 

Hmmm...geng blogger yang sorang nie aisheeh man.......memanglah aku jumpa dia dulupun sebab dia ada kata nak terangkan sesuatu yang takde kena mengena dengan insurans. Tapi bila jumpa...huh! dah sah-sah dia jual insurans yang aku terpaksa layan jer. Janganlah macam tu kawan......siap ugut-ugut and inform.....kalau sesuatu terjadi pada tok laki.....aku and anak-anak nak makan apa?.....insurans yang ada tak tentu boleh cover........suka sangat cakap ayat tu berulang kali....kamonlaaa.......aku manusia zaman 2000 an....benda-benda nie dah tentulah aku fikir since belajor lagi. Dah tentulah ada duit simpanan and harta. Akupun kerja gomen....insyallah aku boleh tanggung anak-anak aku kalau apa-apa jadi pada laki aku (nauzzubillah). And laki akupun takdelah tinggalkan hutang ah long ker apa ker yang perlu aku settlekan (so far takdelah). Ini asyik ugut kata kalau family aku cenggitulaa..cengginilah...aku nak cekau duit kat manalah...apa ko nak sangat ker family aku jadi cenggitu. Mula-mula bolehlah aku bagi alasan, takpe.....so far can survive...tapi kalau dok sms and PM jer....sapa tahan kan?.......

aku faham.....dah nak raya nie...dia perlukan duit. Jual insurans nie banyak dapat duit jugak. Tapi bukan cara cenggini. Yang tak sedap tu...kalau dia promote kat aku jer takper......leh aku tolak baik-baik. Ni dengan anak-anak aku, laki aku dia suruh tukar insurans. Ko gila minah?.....laki aku ada insurans dia sendiri takkanlah aku nak suruh dia keluar insurans and burn cenggitu jer semata-mata nak masuk insurans ko?...fikir logiklah...jangan fikir nak dapat duit jer......aku rasa adalah jugak geng-geng lain dia promote insurans dia. Mummy ayu pun dia promote...cuma ayu tak layan. Aku layan sebab sebelum nie dia baik (dalam bloglah) lagipun sebelum baik dengan dia, setahu aku dia belom jadi agen insurans lagi.

Entahlah.....nak kawan dengan aku biar ikhlas....nak promote segala jenis bendapun aku sudi dengar. Tapi kalau dah mula paksa memaksa, menakut-nakutkan aku dengan cerita kematian family, ni sudah melampau. Cara ko tak betul la kawan, nak promote insurans....promotelah aku tak marah....tapi jangan ada paksaan...biar client ko sendiri terbuka hati nak masuk insurans tu....kalau ada rezeki, tak ke mana. Memang insurans ko terbaik tapi ko tak tau cara-cara handle target ko. Paksa memaksa tak ke mana babe. Sudahnya aku terpaksa menjauhkan diri dari orang macam kamu. Walaupun aku dah terus terang cakap aku tak berminat!.....ko tetap suruh aku fikir.

dan sekarang aku berfikir...aku takmo! dan tak berminat!

Me Naughty..me Netty

Wednesday, June 8, 2011

Akhirnya keluar juga dari syarikat insurans tu........

Tadi aku sibuk buat surat rasmi
Sebelum nak keluar dari syarikat insurans tu, aku dah call and selidik dulu apa perlu aku buat.

Sementara Mummy Ayu ke pejabat pos near Maju Junction, aku ke Syarikat Insurans tu.
Berdebar jugak sebab Ayu suruh aku ambil nombor (kot kena beratur kan)
So aku menyelinap jer masuk (macam blur-blur gitu tanpa ditemani Ayu) terpandang lah kat meja ala-ala kaunter tabung haji gitu ada sorang fomfuan tengah tengok aku. Memang dia sorangpun ngadap pc kat situ. Dia tanya aku nak apa err sebenarnya lebih kepada bahasa isyarat kepala yang jenis angguk haa ko nak apa?...eheheh

Aku storylahkat dia - kalau aku nak keluar apa prosedur dia.

Tanpa pandang aku dia tanya, kenapa nak keluar yer?...tapi suara dia soft laa tak kasar.
Aku cakap lah atas sebab-sebab tertentu.
Dia faham jer, sebab dia senyum
Dia suruh aku balik dulu and hantar surat rasmi...ehehehe which is aku dah ready. Aku terus submit kat dia....Dia tak senyum, dia diam jerk.Aku yang senyum.

Then dia kata pay slip aku still akan dipotong sampai 3 bulan then baru angkasa bagi balik duit.
Hmm okeylah tak kisah.

And some more aku kena check dengan headquarters lagi 2 minggu untuk tanya sama ada HQ dah terima permohonan aku blom. Cek akan dihantar kat aku cuma aku tak tahu berapa jumlah cek tu. Segan pulak nak tanya. So far aku dah labur dalam RM7 ribu..hmmm agak-agak berapa aku dapat eh? (aku tau takkan dapat semua pun..eloklah ada daripada xde kan?)

Okey, lepas nie aku tukar insurans lain pulak....eheheheheheh

senang rupanya nak keluar dari insurans nie, aku ingat susah.
Me Naughty..me Netty

© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno