Showing posts with label Berdosanya. Show all posts
Showing posts with label Berdosanya. Show all posts

Friday, August 20, 2010

Ya Allah Ya Tuhanku....ampuni la Dosa hambu mu yang cute ini, sesunggunya hambamu ini tidak sengaja.......sob sob

Ya Tuhanku....betul seperti apa yang digembar gemburkan pada tajuk en3 kali ini,
sesungguhnya hambamu masih berakal, berilmu cuma kurang waras sedikit ketika kejadian itu berlaku...
oh! ampuni lah hamba mu ini.......

ketahuilah bahawasanya hamba mu ini terlalu gumbira kerana dapat pergi ke kilang kacang, kerepek mepek, maruku bagai...
jadi, hamba mu ini agak kurang cetek warasnya pabila melihat harga kacang2, pistachios, badam , kerepek yang murah2.....
(namapun beli dari kilang kan? kan?kan?....)

hambamu lupa sedikit adap, ketika masuk ke kilang orang,
dan beranggapan bahawa itu adalah kilang hamba...ya allahhhhh ampun nie la hamba muuuu

dek kerana terlalu gumbira...melihat kekacang, kekerepek itu....yang baru di proses
maka apek yang pun dungu sama cam hamba ini telah terlalu mulia hatinya dengan mengoffer hamba menerai one of the badam yang baru sahaja di bakar ranum..Ya Alllaaaaaahhhhh!!!!!!!!

Maka hamba seperti monkey mendapat gold banana terkinja2 laaaa mendapatkan badam yang terletak cantik di dalam mangkuk besi ntahapa-apa tersebut tanpa mengetahui bahawa beberapa mata terbeliak memandang hamba....ya allaaahhhhhh....

Walaupun hambamu ini sedikit pelik bila diajak menerai badam tersebut....tiada seorang pun yang respon melainkan hamba...tapi hamba beranggapan bahawa pengikut2 hamba ketika itu kekenyangan....
dan hamba secara sawannya menelan menguyah...satu biji badam tersebut secara tidak bersalah........
Hamba juga melihat apek cina tersebut itu juga turut nganga...(dah ko yang offer? buat-buat nganga konon)....

Ya...Allaahhh nikmatnya.....
hamba rasa itu lah badam yang terenak sekali di dunia....
Ya Allah (jatuh terjelupuk)
Ya Allahhh (menadah tangan)
sesungguhnya aku tersedar dari lamunan keasyikan apabila
kerani ku yang turut berada di tempat kejadian menegur ku..
"Puan Uzur ke? Puan tak puasa eh?"

Ya Allahhhh ya tuhan ku seperti halilintar.....memanah tepat di salur injap darah jantung ku...
aku terkedu, nak ku luak kan balik badam tersebut...tapi telah habis ku telan....tanpa memberi sedikit chan pun....
sipi2 pun tiada........
aku tertawa cover sambil melihat orang2 yang memerhatikan aku....
ah! ke mana harus ku sorok? di sebalik kacang kuda satu tong ini kah....?????

Tiba-tiba datang seorang akak dengan pandangan kuyu menegurku..
"Takpe dik, akak kelmarin pun cam adik jugak..ekcited sangat nampak kacang, tertelan jugak"
sambil menepuk2 bahuku.......dan berkata, puasa ku tidak batal kerana aku dibawah paras sedar...

alhamdullillah....risau sungguh hamba mu ini tadi Ya Allah.....
Ku harap kejadian ini tidak berlaku lagi jika sekali lagi aku ke kilang kacang Chan Chan.....

Aku insaf.........
Me Naughty..me Netty

© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno