Wednesday, July 31, 2013

Kad Raya oh Kad Raya


seriously bila kad raya dah ada depan mata
memang kedu tangan ni tak tau nak tulis pada siapa? untuk apa? ayat apa? bagaiman? bla bla bla
nak nak bila member ofis kat sebelah aku ni pasang lagu raya Jalil Hamid.
makin piung otak ni.
 
sebelum ni kemain nak hantar kat si polan polin tu......tapi sekarang haish boleh blur tetiba.
 
atau mungkin masa yang singkat ni memang susah kot.
kalau awal sikit maybe aku ringan tulang nak pos pada member blog
tapi apa-apapun ayat standard aku
 
SESIAPA YANG NAK KAD RAYA SILA KASIK ADDRESS
ehehehhe
 
untuk BFF?
of coz la ada.
benda wajib tu.

What I Wore Today.........Green Baju Kurung, Green Kasut, Green Raya Card and Purple Sample Raya


Asalam
hari ni sangat seronok.
bukan sebab all green tapi sebab hari ni hari yang indah belaka eheheh
 
....
sahur tadi suami kasi duit raya....aduh gumbira yuk, walaupun time dapat khabar tersebut sore pagi dengan muka buat dek tapi dalam hati.....'kalau boleh ku tunjukkan betapa girangnya hati tidak terkata...' waduh!
terima kasih kesayanganku, akan ku simpan duit raya itu untuk melakukan lawatan mengejut di
Poh Kong nanti.
.....
selain itu, suami kasi saya kad raya custom made. Terkedu jugak bila tengok kad raya ni?
baru kelmarin story pasal kad raya. Hari ni dapat kad raya kosong.
heheh nak hantar kad korang hmm tak tau la sempat ke tak...so aku rasa aku hantar pada kengkawan yang dekat jer la....acik kan malas nak beli setem.

 
 
apa-apapun..WIWT
edisi hijau lumut
sekian

Tuesday, July 30, 2013

Cam Nak Nangis Dapat Kad Raya Tahun Ni.

 
first sekali akak kat ofis aku ni bagi sampul kad ni
aku tanya "haa.kad jemputan kawin lagi ker kak?"
yer la...bulan ni jer dah 3 kad jemputan kawin aku dapat...ahah tu yang samberono jer tuduh kad yang akak tu bagi adalah kad kawin jugek.
 
 
sekali bukak
terkedu jap.
oh! apakah?!
aku dapat kad raya!! OMG!!
1st raya card tahun ni?
waaa...nak bergelinang air mata.
tahun lepas aku tak dapat satu kad raya pun since ramai hantar via wassap, fesbuk, email and blog.
tapi bila dapat penghantaran ucapan secara manual ni
memang tahap sayu sayu kulup jer hati aku.
 
sedih ooooo
dulu time sekolah banyak giler kawan-kawan bagi kad raya
kekdahnya
aku bagi kad raya kad ko and ko wajib balas.
nak over lagi bila kad raya tu ada gambar ko sefamily kan. Bongkak giler bila bagi kad raya ada gambo ko possing-posing dengan family. Baget artis sesangat dah time tu.
then siap kumpul tengok siapa paling banyak dapat kad raya kan. Aku siap kidnap kad raya bapak aku konon nak paling banyak dapat kad raya kan....giler jahiliah! bukan dapat awardpun.....
 
...
apa-apapun terima kasih buat si penghantar kad raya ni
dari my Chinese officer. tq.
 
korang takmo hantar kad raya kat aku ker?
senyum senget bibir.
 

What I Wore Today.....Witch Hunter Robin

 
Assalam,
pagi-pagi ni tetiba pilih all black
macam Robin si gadis witch dalam anime 'Witch Hunter Robin'
 
 
bezanya aku xdelah kembang cam anime tu kan...heheh
 
so WIWT
adalah seperti di bawah.
 
custom made peplum by SK2000 tailor
(Apek tailor kat Melaka ni tak pernah nak bagi harga diskaun *0*, dah boleh beli 6 pasang kasut Bonia dah harga baju ni - pakat jer baju ni best pakai and jahitan sangat kemas cantik bla...bla..bla)
 
 

 
 
eh tipulah apek tak kasi diskaun.
diskaun seratus la tapi.
itupun sebab mak aku hangin dah saploh kali tempah blouse, jacket, seluar slack takkan takde diskaun kan?

 
Nampak tak detail jahitan dia.
ok, apa-apapun...
happy Tuesday - hari ni banyak tempat nak pergi.
 
daa 

Monday, July 29, 2013

I Will Be More Than Happy If I Can Open a Cake Shop.


pic taken from onebigphoto.com
 
 
alahai......cantiknya kedai kat atas tu.
kalau cenggini rupanya kena hire tukang kek yang ramai ni.
 
tapi sekarang ni ikut style Jepun jer. Letakkan dummy kek kat cermin.
senang sikit.
 
adore nyeeerrrr.
 
takde ke partner in crime yang nak join bukak? kihkihkih
 
Me Naughty..me Netty
 

What I Wore Today.....Cuti Raya

 
Asalam,
Raya makin hampir
and no improvement at all bab-bab promoting cupcakes and cakes and dessert and what everlah!
.......
just back from kampung
ramai jugak orang balik seawall 3 pagi
so takde lah takut sangat sepanjang highway Seremban-KL tadi.
.......
camner dengan cuti raya korang? approve? no? yup?
eheh ai ok jer...suam-suam kuku.
(maknanya approvelah)
1st time dapat raya selepas. Before ni ai suka ambik sebelum jer.....sebab suka prepare macam-macam before raya. Semangat ke'rayaan tu membuak-buak.
Ambik lepas raya pun sebab anak ai dah sekolah, so kena ikutlah masa cuti dia.
 
mana yang tak approve cuti lagi tu
bacalah doa bebanyak..insyaaallllahhhh cuti korang diluluskan takpun mintak doctor kat klinik luluskan eheheheheheh.
 
apa-apapun
here goes....WIWT
 
*_*
 
(ada orang hantar tempahan kuih raya while I'm not at da office last Friday and found it with a lot of semut covering all the kuih...aiyaaaaaaaaa....plz la don't do like that la next time. Ai geli)
 

 
seluar ni custom made with peplum blouse. Memandangkan ai seorang yang gatal (force the tailor to jahit kecik-kecik) maka tak dapatlah ai sarung the peplum sebab tak muat nak zip.
Purffh! orang perasan slim memang cenggitu! takpe lagi du 2inci jer..dua inci jer. 

 
umur kasut ni dah ampat tahunlah! (baca versi budak kecik)

Friday, July 26, 2013

Jual Kain Jual Kain

Yeay banyak kain pelekat....kuih muih yang nak disumbangkan and di serahkan. Eheheheh. 

Thursday, July 25, 2013

What I Wore Today. Still Mood Biru Power Ranger.


New habits *0*
sign
 
semakin meningkat usia nampaknya pemilihan warnapun
berubah.
dulu-dulu time muder remaja bergetah sekerap, aku minat giler warna pepel (purple).
then bila dah kawin getahpun longgar sikit aku minat pink (bulu mata ke atas)
sekarang nampaknya dah meroyan pada si biru (getah kembali ketat sebab makan jamu susuk dara) ntah apa-apa.
 
....
okey bagaimana cerita Ramadhan kalian?
dah beberapa hari tak ke Tarawih...uhuk..uhuk...rindu pula rasanya.
.....
ok sambung kerja, sambung kerja.
 
What I Wore Today????
*_*

Wednesday, July 24, 2013

What I Wore Today....Go Blue Power Ranger

 
Sebut pasal Power Rangers
yes! I am a big 'kipas susah mati' drama Power Rangers dulu-duuuuuulu
itupun time 1st series la (Mighty Morphin Power Rangers)...bila dah masuk bersiri-siri dah tak mampu nak tengok.
 
and I like the yellow ranger the most! kalau tak silap nama dia Trini. Walaupun muka dia muka pecah pintu tapi entah! suka dengan dia sebab tak gedik macam pink ranger.
astafirullah...puasa..puasa..doser kutuk rangers.
 
anyhow....
pagi ni I go blue....
so team blue ranger today...
 
yawn..


 
*_*
 
love ini kasut saaaangat-saaangat
menjadi kesayangan top 3 tika ini.
sekian.
 

bersama bag pasar Ted Baker
funny bila bawa bag ni ke ofis
everybody asking, beli apa dapat bag ni?
hahah it's not free babe...kena beli....bukan jual kat groceries store hahahahah
puas acik explain
and Ted Baker adalah 'jenama'.
Sekian.
 

Tuesday, July 23, 2013

What I Wore Today....ada orang request la pulak.


Lama dah tak tayang entry "What I Wore Today" kan
then ada hamba Allah request
nah..hambik
'
'
'
*_*
 
 
all orange yer.
Just a Kurung Modern
 
...
done.

Friday, July 19, 2013

Cantik Betul Pattern Rumah Sekarang ni, Tapi......


 
serius cantik, menarik, aku minat sangat pattern cenggini
kot boleh dapat dalam RM500K kan?
ahah verangan kan?.
sekali tengok harga...
aduuhhhh kenapalah area Selangor ni rumah cekik darah betul.
 
from RM1.7 Million tu..
addduuuuuuuhhhh.....duh duh duh
......
 


Thursday, July 18, 2013

Al-Quran Pelangi


 
Dah lama teringin nak memiliki al quran PELANGI
tapi tiap kali nak order kat facebook, manjang lewat atau out of stock.
so last month before puasa dah terjumpa al quran pelangi di Tesco Melaka
cuma ianya lebih kepada Terjemahan al quran (I prefer this sebab boleh bawak ke mana-mana)
and warnanya yang "akutakkirabilaakudahsukapink"
 
maka lastweek aku beli al quran pelangi ni
a little bit expensive berbanding yang jual di facebook
tapi interm of cover, cantik lagi yang aku beli ni.
RM80 satu buku
 
takpelah dah nakkan?
bapa aku siap tanya
"Nampak ker?"
akupun angguk-angguk konon nampak. Eheh sebab al quran ni kecik comel jer ha.
Boleh bandingkan dengan handphone S3 aku tu.
.....
so far lepas sembahyang memang aku mengadap terjemahan al quran ni.
takpun aku baca di ofis ni ha.
......
bila dah berumur ni dah mula ada kesedaran.
ahahhah


Makan Lempeng and sambal ikan bilis memang heaven lah!


Pagi tadi sahur dengan lempeng and sambal ikan bilis.
-sedapnya bila makan panas-panas-
 
buat lempeng ni tak susah
just campak 2 cawan tepung gandum, 2 cawan air, garam secubit and sebiji telur
Blend kan.
then masak atas pan.
siap.
 
yang sambal ikan bilis tu
rasanya korang pun tau nak buat camna kan?
.....
tak tau hari ni nak masak apa pulak eh?
......
ayam ada dalam peti ais.
macam dah lama tak makan ayam masak lemak kuning cili padi.
errrmmm...best best.

Tuesday, July 16, 2013

Resepi Scrambled Egg Muffin Untuk Berbuka Puasa

Semalam berbuka puasa dengan Scrambled Egg Muffin
sangat mengenyangkan and simple jer untuk wanita cam aku ni
ahahaah.
 
 
tanpa celoteh panjang kalau ada sesiapa teringin nak cuba resepi ni silakan.
 
Bahan-bahannya:-
 
Telur 4 biji
Minyak / butter
daging/ayam/hot dog - secukupnya (aku letak baaaaaaanyak)
bawang besar 1 biji
bawang putih 2 ulas
garam secukup rasa
mozzarella cheese
sayur-sayuran (aku pakai mix vege)
lada sulah sedikit
cili merah 1 batang
pan cupcake
 
 

 
 
Cara-cara membuatnya
 
 
Pertama sekali, bersihkan pan cupcake dan lap bersih-bersih.
kendian, sapukan butter atau minyak olive atau minyak masak ek apa (jangan minyak urut dah le) ke dalam bekas cupcake tu.
 
dalam satu bekas yang lain, pecahkan 4 biji telur, dan masukkan ayam/daging/hot dog/gajah, bawang besar, bawang putih, cili, mix vege dan garam
 
kacau sebati.
 
kalau rasa bahan lagi banyak dari telur, just add one more telur. If korang rasa okey jer adunan, Ok lah....ikut korang. Janji rock!
 
Then, korang tuangkan aduan tu ke dalam pan cupcake. Jangan sampai melimpah pulak.
ngam-ngam sudahlah. Taburkan mozzarella cheese atas bahan korang tadi.
 
and lastly silalah bakar dalam 180 darjah selama mna korang suka.
kiranya agak-agak dah kuning kepereng-perangan tu haaa Sah! la korang boleh keluarkan dah.
.....
hasilnya??
macam gambar di bawah.
best oooooooo....
 
silalah cuba. Senang, mudah and cepat jer.
 


Handmade Kopiah For Kids Sudah Siap


 
ok tak? ke tak ok?
ok la kan...
ini semua handmade (tangan buat bukan mesin buat) and sangat lembut.
Kalau jirus softlan laaaagi lembut.
cheewah.
 
Bukan aku buat but mentor aku buat (ada akak kat ofis ni bantu kaitkan)
so aku upah Kak Mas (nama akak kaitkan kopiah ni) untuk kaitkan kopiah sebanyak 30 helai.
Aku tak master lagi nak kait kopiah which is akupun xde masa nak belajar kait kopiah lagi kan?.
.....
aku pilih all white sebab rasa suci murni jer
hahahah
boleh ajer kalau nak dicampurkan warna warni tapi biarlah.
niat aku nak sedekah pada kawan-kawan sekolah Al Imran (anak aku yang sulung)
harap muatlah kat kepala masing-masing.
Ni aku ambik ukuran kepala si starbuck latte since kepala dia beso sikit berbanding abangnya.
.....
nanti nak tanya cikgu kelas Al Imran - berapa pelajar gegirl pulak so bolehlah aku belikan tudung comel untuk bebudak pompuan ni....so cuteee.
 
okey..adios!
 

Wednesday, July 10, 2013

Tengah semangat gugel resepi, tiba-tiba.....


sedang aku kusyuk scroll resepi masakan sambil lap air liur, air mata, air idung, air telinga...
tetiba aku terfikir nak wassap laki aku nun jauh kat planet marikh.
 
...kengkononnya nak tunjuklah resepi dari blog CT Delima
-resepi atas tu ha-
gila menggugat kedudukan peranakan aku tengok gambar lauk kak CT tu.
...
so dengan semangat berkoyan-koyan balik nanti nak cari ikan sekeping and mangkuk kecik sebijik macam dalam gambar tu, aku pon wassap laki aku...
....
'
'
'
'
'
jawapannya
 
LAKI AKU TAK BALIK BERBUKA SEKALI
-tak sempat katanya-
'
'
'
*0*
 
selera aku putus di tengah jalan, air liur dah tak macam waterfall dah.
...
dengan ini aku ishtihar aku berbuka dengan telur goreng masak herbalife!
 
sekian!!!  

Me Naughty..me Netty

Kegunaan Pedometer di Bulan Puasa

 
Aku masih lagi dalam mood pertandingan 'diet nak raya' okey.
momentum tu so far so good
 
memandangkan ini bulan puasa, maka lagi bersemangatlah aku nak kuruskan apa yang patut disamping terover cemerlang sangat beli baju size L kan.
 
makanya aku guna alat ni, kat bawah ni
PEDOMETER.
 
apa tu pedometer? termos kah? makanan dinasour kah?
oh tidaaak..bukan bukan..
pedometer ni kiranya gadget untuk mengira langkah korang berjalan atau berlari atau bergerak...apa-apalah janji korang berjalan. Duduk atau tidur tak kira yer.
korang sepak jer muka laju-laju kalau cenggitu, insyallah kurus tulang pipi.
 
Dengan pedometer, dalam sehari tu korang boleh tahu berapa langkah dah korang bergerak yakni sekaligus korang boleh tahu kalori yang korang dah bakar.
kalau jalan lenggang mak limah kena lah jauh sikit perjalanannya
unless la korang berlarikan....
macam aku takde lah aku berlari dari toilet ofis ke bilik aku ala-ala ratu pecut.
......
aku just jog setempat, itupun dah okey.
nak buat senaman kangkang katup takut bontot aku tersangkut hujung meja ofis pulakkan (femes pulak nanti) al maklumlah bilik kecil and bontot besar...ooppss!
haaa ini pedometer yang biasa atlet guna letak kat lengan or pinggang.
 
aku pulak tak guna yang ni....
since aku dah ada hp canggih manggih, aku install jer kat iphone ha.
 
aku pilih
Pedometer Lite
(sebab color purple, nombor hijau- cantikkkk)

 
bagus sangat aplikasi pedometer yang aku pilih kat apple store ni.
dia akan inform kita if kita dah capai steps tertentu and dia akan minta kita stop dulu
kita pun akan tahu berapa jarak kita dah melangkah(walaupun jog setempat)
calories pun ada diinform walaupun aku takmo ambik tau.
ahahahah
 
1st of all kita akan pilih sama ada nak pegang hp ni ketik berjalan atau letak kat dalam sependar (tipu jer) atau lilit kat kaki ke etc.
aku just pilih pegang guna jari tangan. sekian
 
kat hp canggih manggis korang memang banyak aplikasi ni, so pepandailah korang pilih.
yang kat paper aku ambil ni Noom Walk.
ok jugak.
 
tapi korang pepandailah pilih...sebab banyak sangat. Ada runtastic pedometer, walk star pedometer, footstep pedometer, etc
 
banyaklah.

 
if korang memang berniat nak burn calorie and nak buat senaman yang lite-lite
silalah install aplikasi ni
memang bagus tau.
 
sekian!
bersenam dalam bulan puasa memang sangat best! 

Cara Menjimatkan Duit - Mengikut Pakar The Star Newspaper.


 
hmmm...ada yang boleh ikut and ada yang aku rasa mustahil nak ikut.
 
contohnya:-
Take five minute shower.
erkkk...cuci ketiak pun ambik masa 3 minitkan.
ahahahahah
 
so, pada sesiapa nak try test saranan dari The Star Newspaper ni
sila lah ikut...ada juga saranan yang bagus.
kan...kan...
 

1st Solat Tarawih With Geng Blogger

 
Alhamdulillah, hari pertama sambut ramadhan penuh dengan kegembiranlebih-lebih lagi bila melakukan solat tarawih yang pertama.
 
budak comel yang nakal berambut curly tu tak datang malam semalam.
Kusyuk sikit aku sembahyang padahal windu nak jegil mata kat budak tu.
 
aku tak lah berjemaah dengan geng blogger
it just that kita orang wassap sakan before nak solat malam semalam.
aku tak tau la bukak puasa petang ni apa juadah psyco pula yang geng blogger ni nak hantar kat aku.
ahahahah....
 
semalam fida dubai pun ada send gambar wassap but it just that kat Dubai belum masuk waktu solat. So she just send her image without tudung. So no need la aku masuk dalam ini cerita yer ahahah.
 
anyway korang nampak sangat suci bertelekung...and akupun nampak suci since susuk semua dah buangkan....doser pakai susuk time poser ahahahah.
susuk refer to make up....kang adalah pulak gossip seantero perihal aku pakai susuk kanz.
geng blogger yang sangat sporting.
 
entry ni Mamatisya pun ada buat. Sila lah jenguk ke blog dia.
 
satu lagi, sahur tadi aku bikin
sambal daging and telur dadar.
suami aku makan sikit jer...haish
 
aku pulak? just ratah sikit daging and telur and minum Herbalife Coklat.
harap dipermudahkan puasa hari ni.
aminnn.
 


Friday, July 5, 2013

Aku Dah Prepare Tajuk Untuk Birthday Party Anak Aku Akhir Tahun ni.


Me Naughty..me Netty
 
Panjang tak tajuk aku?
hehehe
 
ok, aku tau aku tau mesti korang kata eh! bukan awal tahun hari tu ker buat
besday party Imran n Starbuck Latte Irfan?
 
ooooooo itu kan besday tahun lepas yang dipostpone kan tarikhnya
disebabkan ke busy'an aku.
 
so....next besday ni kira ngam betul la untuk anak aku.
baeklah!
 
tarikh as usual aku tak decide lagi
but aku try nak buat awal kiranya after raya lah around October gitew
sebab time tu aku masih tak sibuk sangat dengan research paper
so, boleh la kot.
 
tahun ni aku nak buat all out sendirian berhad sambil dibantu supir-supir
yang sangat berpengalaman
eheheheheheh
 
dan tema untuk besday anak aku tahun ni adalah
erm erm erm...
 
 
tema birthday sudah:-
sdn bhd party (party sendiri-sendiri with family)
pyjamas party
contractor party
soccer ball party
 
hmmm....tahun ni apa eh?
.....
 
*_*
 
 
'
'
'
 
hah!
'
'
'
'
'
dah dapat!
'
'
'
'
aku piliiihhhhhh temaaaa
'
'
'
'
'
'
'
KIDS MASTERCHEF PARTY
.......
 
bestnya!!!!!
memang tak bleh buat apa dah
maknye yang xcited terlebih.
'
'
'
aku kalau bab-bab anak aku memang aku over xcited sangat ha.
'
'
'
makanya since lastweek aku dah buat research.
wah! tak mengagak research.....research betul-betul kat unibessiti tak rajin la ko buat!
 
 
haaaa macam-macam aku search
kali ni nak buat persiapan awal
semalam dah pergi satu kedai ni and jumpa apron kanak-kanak polkadot
aloh! comeinyerrrrrr
'
'
'
tapi aku tengah fikir nak beli jer kat kedai or aku custom made sendiri apron
......
door gift pun dah ada yang berkenan
sukerrrrrrrrr nyeerrrrrr.......
 
ni ada beberapa gambar yang aku choose untuk birthday party nanti
nak kumpul buat buku dulu (as usual)
 
saya mak yang happy.
 

Malasnya Nak Cerita Pasal Grand Lexis.

Ya...hari ni memang malas sangat nak cerita.
Eh bukan hari ni jer.....hari-hari sebelumnya pun memang malas, ahahahahaa
 
tapi ku gagah jugalah, sekarang tengah edit gambar dulu, banyak ooooooo.......nak snap gambar kiri kanan depan belakang kolam pun dah dekat 10 keping, isk.....
lepas tu marah diri sendiri sebab banyak sangat ambik gambar yang ntah apa-apa..
dah kolam tu tetap la kolam kan......
 
apa-apapun
nah! aku kasi gambo aku after terjun kolam kat grand lexis, Port Dickson hari tu.
sekian.




Thursday, July 4, 2013

Jumpsuit oh Jumpsuit... Aku Muat Juga Akhirnya.



Aku memang sukakan fashion
and salah satu fashion kesukaan aku adalah JUMPSUIT.
 
*0*
 
tapi...selalunya errm tak pernah la aku ada jodoh dengan
mana-mana jumpsuits di kedai-kedai pakaian
and almost jumpsuits yang aku "cuba, try, test"
memang tak muat and akan stuck tang vontot!
.....dan akan berakhir aku marah pada cermin fitting room yang besor gabak....
al maklumlah pompuan....masalah peribadi body memang suka diperbesar-besarkan.
.......
Ini antara jumpsuits kegemaran aku.....mari sama-sama kita saksikan..
(wah! dah macam pengacara)
 
 

 
Women’s Jumpsuits
 
memang suka semua jumpsuit kat atas nun
disebabkan berat badan dan body figure tak mengijinkan aku menyarung baju ni
maka nak taknak aku terpaksa mengkuruskan diri - aku takmolah melupakan pakai baju cenggini and habis power cakap "Nasib Badan dapat Rangka Besor" ahhh takmo fikir cenggitu
memang kena kuruskan diri gaya sihat jugak ni. Wajib!!
kang sampai ke tua tak dapat rasa pakai jumpsuit....
......
oh! bercakap pasal berat badan, aku masih on dengan contest Diet Nak Raya (DNR)
and the best thing is peserta semua memang berluma-lumba nak kurus sampaikan aku turut terikut ha...tiap petang wajib ber cardio at least sejam...kalau tak memang rasa menyesal tak sudah.
......so semalam aku tak bersenam aku bersenam kat Midvalley jer ahahahha....
lalu aku singgah NICHII.....memang kerap sentuh jumpsuit kat Nichii ni tapi apakan daya...tak muat!!! Walaupun ambil size XL..tapi bila aku sarung alahai size macam M jer ha.
*_*
 
Maka semalam aku sajer jer nak lampiaskan nafsu aku...aku cuba ambil satu jumpsuit
and berdebar-debar sarungkan baju tu....masuk kaki..ok muat...
masuk dua-dua kaki kat baju tu...pon muat..baeklah part seterusnya nak tarik baju tu kat vontot pulak which is memang aku selalu failed tang situ.
sekali aku sarung..eh! eh! muat! ok...baik punya...terus aku sarung sampai bahagian atas...
Wah! rasa nak nangis sambil julang tropi ko!!!!!
I tak sangka You.....akhirnya setelah beberapa tahun makan hati berulam jantung ayam...
akhirnya aku muat sarung JUMPSUIT!!!!
------
tapiiiiiiiiii
-
-
-
 
aku tak beli.
ceh!!
 
sebab????
aku nak tunggu kurus lagi sikit and baru beli,
lagi best.....ahahahah
"
"
ok nak tengok jumpsuit aku yang try semalam?..
*_*
.....
"
"
"
"
"
taraaaa......
 

 
sikit lagi net...sikit lagi....confirm la!!
 
 
ehehheheh.....

Sejauh Manakah Keikhlasan Seorang Teman Baik (BFF)

Hoiii...salam. (bagus tak pembuka bicara aku?)
Aku ni hari tu bolehlah bagi alasan sibuk study lalu merencatkan kerajinan aku untuk berblog.
Kali ni dah takde alasan dah. Ni cuti sem ni nak taknak kena lah berblog and aku yakin ada berjuta-juta tan story yang aku nak dedahkan kat korang. Ngeh!

Ha hari ni aku takmo lah ajak bergossip tapi cuma nak dedahkan perkara realiti yang terjadi pada diri kita sendiri. Wah! aku dah start dah, aku dah start dah,.....

Korang mesti ada teman baik kan? atau simpulannya BFF (malas nak terang tajuk panjang BFF tu apa, korang kan pandai). Aku BFF aku tu sapa lagi kalau bukan Mummy Ayu lah, tapi aku takmo citer pasal dia, asyik citer pasal diaaaaaa jer kang koyak kain dalam dia pakai pagi ni. Aku jugak kang dia call - blame. Heheh tapi aku tau Ayu tak pernah blame aku apa-apapun....eheheheehe...diapun bukan jenis bercerita kat orang selain ibu dia. Haaa tu yang best tu.
Baek lah! kan aku kata aku takmo citer pasal dia...isk!

Ok, berbalik pada topik aku tadi, sejauh manakah keikhlasan korang terhadap teman baik korang.
Korang ikhlas tak dengan kawan sejati mati korang tu?
Pernah tak korang dengki dengan kawan korang ke? or
pernah rasa macam BFF ko tu just nothing lah bagi ko? ataupun
korang memang tak tau apa sebab wujudnya BFF tu?
Mungkin korang rasa BFF tu penting untuk ambik foto korang berjalan kat soppin mall then harap dia instagram gambar korang and dapat loike yang memberangsangkan ker? kan? ataupun
korang harap BFF korang akan pakai baju sama tema ngan korang...so takdelah korang rasa malu sangat nak jalan kan?.....ada tak? ada tak?.....
Kira ikhlas tak tu.

ok..ni baru masuk part penting topic. Semalam time aku jenjalan kat Midvalley kan...kan...aku singgahlah kat kedai NOSE. Saja nak cari sampul duit raya.....Wah! tak mengagak.....konon nak simpan duit raya dalam bag clutch and bagi anak-anak buah...kan. Diva sangat......tak pandang dah sampul kertas tu....hek!

So, aku belek-belek kasut..aku belek-belek handbag then aku setop kat ruang tengah yang ada tertera SALE. Aku belek kasut sale tu...hmmm memang tak cantik pon...ada minor efek tang kasut tu....sebab tu murah....maka aku belek-belek la sambil berangan (akukan terror bab-bab berangan ni) kalau lah aku ada anak pompuan, dah aku beli semua kasut sale ni bikin kad jemputan harijadi anak (Wah! sekali lagi.....korang ignore jer imaginasi aku yang melampau, kasut betul jadikan kad jemputan kan....) So, tengah aku dok berangan tu ada satu minah, aku memang perasan dia kat depan aku belek-belek kasut, then degar minah tu mumbling sorang-sorang. EH! tak kisahlah pompuan memang cenggitu lagi parah bila dah berumur.

Aku dengar la dia kata something like "Ala, buruk dah. Old fashion!" sambil belek satu kasut bertali halus ni. Memang buruk pun, maybe sebab dah banyak kaki yang "cuba, try, test" kasut tu. Aku bior kan jer dah takde kena mengena dengan aku kan, lain la kalau dia kata kasut tu buruk then dicampaknya kat muka aku.....haa tu memang ada kena mengena dengan aku. Heh! tetiba.

Lalu minah tu blah kat kawan dia lagi sorang kat hujung kaunter. Aku pulak terus sambung imaginasi yang terbantut tadi. Pas tu kawan minah tu pulak datang kat area aku and belek the same kasut yang kawan dia pegang tadi. Dia belek punya belek and terus cakap...."Mas! yang ni ok tak?" dia meng'refer' pada kawan dia yang tadi tu lah and kawan dia tu......boleh pulak kata " Ha! cantik...cantik...cantik sesuai dengan kau!"

Hah!..aku tak tau la biji mata aku ni kalau boleh dibesarkan macam spotlight tu memang aku dah buat dah.....tapi aku ni mata sepet...so jegil lite lite jer la. So minah tu try kasut tu and so on and so on berakhir di kaunter and beli sambil mendapat support tak berbelah bagi oleh BFF Nye yang tadi. Haish! bukan tadi ko ke Mas yang kata kasut tu buruk. Old Fashion bagai...alih-alih BFF ko sendiri tanya boleh pulak berblink blink biji mata ko kata kasut tu sesuai sangat dengan BFF ko.....Ya Rabbi....apa punya kawan la kau ni kan?......agak-agaknya semua barang-barang yang buruk kau kata sesuai untuk kawan kau kan?. Haish!

Tapi yang si kawan tu pun satu, takkan dia tak perasan minor efek kat kasut tu? and betapa dah kotor kasut tu....isk...dah le takde yang baru...yang display jer ada..namapun Sale. Maka di sini sukalah aku katakan.....janganlah buat cenggitu kat BFF korang, walupun dia rabun fashion, at least ko ada untuk menerangkan mata kawan baik kau yang samar-samar tu....ini idok...lagi ko butakan mata dia sampai tak nampak apa-apa dah.....ah! malas fikir. Terbantut terus imaginasi kad jemputan kasut aku yang melampau-lampau tadi.

*******                          ********                        ********
BFF adalah kawan yang korang berkongsi kisah suka duka masalah luar dan dalam maka bersikap jujurlah dengan BFF sendiri ya. Kalau rasa sesuatu benda tu tak sesuai dengan BFF korang, just cakap jer...BFF selalunya akan terima walaupun adakalanya susah nak terima. Macam aku, walaupun Ayu kata kasut tu tak sesuai dengan aku, tapi aku beli jugak ehehehhe - beli senyap-senyap dan esok baru mengadu domba pada dia. (erti katanya dia nyampah tengok aku beli banyak kasut)
Ayu! baik ko ngaku...ko ada kutuk aku tak beli kasut banyak!! cakap!!...Hehehe?.

Me Naughty..me Netty

© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno