Friday, July 27, 2012

Uish!! Garang Betul Jiran Aku Ni......Terkejut Ahkak Tau.

Alhamdulillah.....aku masih belum tuang puasa lagi sehingga ke hari ini......alhamdulillah......*mood- sila jangan promote kueh rayo kat aku dah, siang-siang hari ni*

Apa progress penulisan novel aku setakat hari ini?....hmm....gerak tu memang geraklah..tapi...sebab terlalu banyak idea...aku dok tukar-tukar lagi jalan cerita...sangat tak best!..kengkadang tu aku rasa aku syok sendiri jer....gelak sensorang...cam sewel pun ada, tapi takpe lah adat penulisan katakan...kalo idea mencurah-curah tu...lajuuuu je taip...kalo takde idea *selalu idea hilang after jam 4 petang, sebab dok ingat nak makan apa untuk berbuka nanti* 

ok....biarkan cerita novel itu...kang aku war-war kan...buatnya terbengkalai..teruk aku kena kutuk ngan BFF...eheheheh

haa ni aku nak cerita perihal kejadian malam tadi.....tak silap aku lebih kurang jam 11 lebih malam.....
semangat nak kemas rumah tetiba datang jam 10 malam after aku baking cake customer. Dah mop simen semua bagai, dengan memakai pakaian wanita melayu seksi...iaitu baju kelawar koyak di bahagian kiri ketiak, aku pun keluar untuk jemur kain diampaian. Wah! seksi rasanya....tapi apa ada hal..dah malam kan.....

So...sambil intai-intai neighbour bawah masak...sambil-sambil tu aku jemur kain. Tetiba aku dengar suara orang marah. Makin kuat suaranya. Huh! 1st impression aku is....ada pergaduhan antara laki bini live talicast!?......wah!!! di bulan yang mulia ni pun masih gado-gado......makin slow aku sidai and makin laju gegendang telinga aku listen bait-bait patah perkataan yang keluar dari rumah jiran aku tu. Then aku dengar suara nangis...2nd impression aku is...laki dia marah and disusuli dengan tangisan isteri dia......aku geleng kepala......isk isk isk.....

Then aku dengar pintu jiran aku tu terbukak...cepat-cepat aku jemur baju balik....*nampak sangat aku kepoci* and terus keluarlah anak sulung jiran aku *girl*, tak silap aku darjah 3 kot. Dia berlari sambil tersedu-sedu menuju arah lift dan disusuli oleh adik pompuannya yang tak silap aku darjah 1 kot.....turut berlari kejar kakak dia. 3rd impression aku is.....laki bini gaduh...anak-anak lari tinggalkan rumah sebab tak tahan dengar mak bapak berperang. isk! isk isk....terkebil-kebil aku tengok bebudak dua orang tu.....hmmmm..aku garu kepala....then aku dengar bunyi selipar pulak...haa ni bapak yang marah-marah tadi pulak keluar....terkejut aku....dengan baju kelawar koyak kiri ketiak..cepat-cepat aku susun-susn balik baju yang dah disidai...nak sidai baju lain..semua dah elok terletak kat ampaian....kat bakul dah kosong. Aku tak pandang muka jiran aku tu...sebab aku takut tetiba terjoin kena marah. Niat di hati nak tegur *sebab dah biasa tegur*..tapi eloklah aku diam..kang aku tegur..tak pasal-pasal jiran aku yang tengah marah tu bagi tazkirah kat aku. Lainlah kalo dia tengok aku berkelawar hati dia sejuk kan...tapi buatnya dia marah lalu cekik aku ker...then tolak aku dari tingkat 12..naya jer..kalo jatuh terus atas lantai tingkat bawah..lainlah citer..buatnya aku jatuh tersekat kat ampaian neighbour tingkat 5 ...kan dah parah....mana nak tanggung berat badan, mana nak tanggung malu sebab kena panggil bomba nanti...*kes aku terbelit kat dawai ampaian isk isk isk * mana nak explain logic camno aku leh terbelit kat ampaian tingkat lima.kang ada yang tuduh aku nak intai bapak orang.....isk takmo fikir..takmo fikir.

Lalu, aku tak pandangpun muka jiran aku tu but aku tau dia turun bawah follow anak dia kot....dalam confuse aku masuk semula dalam rumah....dan tak sampai 15min..laki aku pun balik......pom pam pom pam..aku ke bilik belakang...bilik belakang ni dekat dengan koridor aku sidai baju tadi......aku nak simpan tuala yang dah aku lipat...and aku malas nak on lampu bilik..so dalam samar-samar cahaya dari dalam bilik tu aku susunlah tuala.....tetiba aku dengar suara orang marah lagi....uish! tak habis lagi ker...??? kali ni aku dengar suara isteri jiran aku pulak marah-marah. Hmmm parah ni...parah....sepantas kilat aku mencencurutkan diri di tepi tingkap bilik....nak dengar lebih jelas konon....dan aku dengar bunyi buaian depan rumah diaorang bergerak...hmm 4th impression aku is laki dia kot, duduk tenangkan fikiran......tapi bini dia marah siapa....??? so aku menyelinap makin rapat kat celah-celah mainan anak-anak aku yang cam bukit tu. Maka dengarlah aku jalan cerita yang sebenar...ooooooooo rupa-rupanya...jiran aku ni marahkan anak perempuan dia yang sulung tu...yang darjah 3 sebab hilangkan handphone yang baru beli. Handphone canggih kot sebab aku dengar Mak dia bebel ayat lebih kurang cenggini..."Takkan ko tak sedar siapa ambik! Lepas ni 3 bulan jangan harap dapat duit belanja! ko ingat aku beli guna air liur! bla..bla..bla" Uish dah ber'kau' 'aku' dengan anak sendiri..memang marah sangat tu. Yang si anak menangissss jer....kesian.....hmm so 5th impression aku is...anak-anak dia gi solat tarawih kat bawah rumah...maybe dia bawak handphone baru...biasalah budak..dapat barang best harus dikongsi dengan kengkawan.....dosa kalau tak kongsi barang baeek.....so tanpa diduga....handphone tu hilang/dicuri oleh rakan-rakan sebaya.....cenggitulah pemahaman aku....sebab tu budak dua orang tu keluar rumah and diikuti bapaknya...diaorang turun surau bawah rumah untuk cari handphone tu. Hmmmm..dan yang best tu..tengah aku syok dengar leteran jiran aku tu, aku tak tersengaja terlanggar truck mainan anak aku...almaklumla aset besar...kan..kan..kan....eheheheh...terkejut aku bila mainan imran jatuh...haa kan dah kantoi....mesti jiran aku yang dok kat buaian luar tu dengar...bilik gelap tapi dengar bunyi barang jatuh...dalam keadaan panik tu aku otomatik bagi salam...."assalammualaikum warahmatullah...." konon-konon aku sedang dalam Tahiyat akhir sembahyang.....*kan kena bagi salam* kuat jugak aku ucap salam..siap buat gaya salam kiri and salam kanan bagai...konon sebagai alibi yang aku dok bilik belakang sebab sedang solat and at the end aku ketuk kepala aku sendiri....pompuan mana bagi salam dengar suara kuat..mengong!!!! patutnya aku men'geow' jer........aku terus senyap-senyap keluar pergi ruang depan kat laki aku.....malu siot.....isk isk isk..moral!!! jangan sibuk hal jiran sendiri......!!! ada faham........


Me Naughty..me Netty

Wednesday, July 25, 2012

Mari bersedekah di bulan yang mulia ni....

aku rasa title aku kat atas tu cam ayat paling baik datangnya dari aku..kan? kan? kan?....tak sangka Net boleh bikin ayat baeeek cam tu....macam bukan Net jer.

ok seyes skit!

bulan poser ni...apa kata kita ramai-ramai bersedekah untuk orang-orang yang memerlukan..
memanglah kalau ikutkan....ramai orang yang memerlukan..termasuk aku..aku memerlukan hanbag Furla tu...takde lak orang nak sedekah kat aku...ehehheheheh

tapi kali ni....kita sedekah pada orang yang betul-betul dalam kesusahan...yang sakit and tak boleh nak kerja and ditambah pulak hidup sendiri bersama anak kecil.......
hmm aku tak gheti nak bikin ayat sedih tapi just now baca kat blog suzie perihal seorang blogger ni....cukup kesian...aku kesian ngan anak dia...kot baya anak aku si Imran jer......cer korang baca blog dia and letakkan diri korang kat tempat dia...aku kalo boleh takmo lah benda camtu jadi kat aku....tapi apa-apapun si dia tabah menghadapi dugaan sebagai ibu tunggal yang menghidapi sakit yang belum diketahui punca dan anak yang kian membesar....wah! sebak dah ni!......malas nak citer.....

bila aku tenung gambar handbag Furla...dan aku tengok pulak blog si dia ni..hmmmm apalah sangat ambik sikit duit gaji and sedekah kat dia....bag Furla tu nanti-nantilah.....

so..korang yang rasa nak buat kebaikan di bulan yang mulia ni.....cer pergi jengah sat blog si dia and timbang-tinbanglah untuk meringankan beban si dia...seringgitpun tak jadi masalah......*agak-agak la kan gaji RM3K nak derma sehingget* ......


kat bawah ni gambar si dia and anak lelakinya.





kesian tengok anak si dia yang makan bubur tanpa sudu ni....aku, kalo call anak aku kat kampung...tanya atok bagi makan apa....dia jawap...ayam...ayam...daging...ayam...kfc....mekdonel.......hmmmm.....*sedap pulak bila sebut ayam di bulan poser ni* ibu kat KL ni makan oats jer nak....sedey T__T


sesiapa yang nak menderma....boleh tengok bawah....


MAYBANK.

164034266923 Haryani Binti Mat Hussin.



haryanie.alia@yahoo.com

pada yang cebek-cebek bibir takmo derma.....tak kisah..tak paksapun...memang kat luar tu ada kes lagi teruk..tapi just niat ikhlas sesama manusia.......mana tau hari ni aku tak dapat handbag Furla...esok lusa...kot ada jer offer laaaagi murah bag Furla yang mampu aku milik...ceeeewah!!!!!...zikir Net....zikiiirrrrrr!.....ko dah tersasar ni.....


ni sedikit sedutan entry dari blog beliau......siapa yang ratu air mata boleh nangis...aku tak nangis! cuma sesekali berair sebab habuk masuk mata jerrr......http://aliaharyanie.blogspot.com

"Minta discharge..terkejut doktor..Minta balik dulu..Merayu dengan doktor minta balik dulu kasihan anak anak.Kasihan aiman.Pesan doktor,jika keadaan makin teruk segera ke hopital kerana darah memang tak stabil takut collapse di rumah.Kaki masih tiada jawapan.Berbotol botol darah di ambil.Doktor hanya tunggu untuk buat Bone Marrow Biopsy dan Ogds semula..Saya memohon buat lepas raya..Tunda lagi.Takut selepas test test tu saya makin lemah.Kasihan anak anak..Kesihatan sejak balik dari hospital amat lemah..Minggu depan appointment dengan hemato untuk masuk ubat tambah darah.


Kaki makin tak boleh lurus,bengkok.Bila berpijak tak boleh..Anak anak yang memapah.Tongkat pun tak mampu di gunakan...


Puasa dah dekat,kasihan anak anak tapi mama nak ada dengan anak anak.Bagaimana makan minum nak berbuka?Sahur?Walau mereka cukup cukup ala kadar tapi mama mesti nak pastikan anak anak dulu walau mama tiada kudrat.Tak tahula kesihatan mama ni..Nak bangun pun anak anak yang tolong papah.Masih pening..Dan kini mama seperti bayi terpaksa memakai pampers...


Kaki makin tak boleh berpijak dengan tapak kaki,tak apala,alhamdulillah ujian dari Allah,insyaallah..


Benar benar nak kena kuatkan semangat..Tiada yang lebih bahagia bila menatap wajah2 tulus anak anak..Doa dari mama sentiasa mengiringi.."



"Mama dah jadi macam bayi semula,doktor suruh pakai pampers...Susah untuk awak ke tandas..Kaki makin tak boleh berpijak.Bengkok dan bila berpijak,tersungkur..Doktor tiada jawapan..Penyakit mama dah mudarat anak anak..Di hospital sunyi sepi tanpa sebarang pelawat yang menziarahi melainkan kakak kakak ipar yang datang datang melawat bekas mak mertua.Katil yang tidak jauh,mereka datang juga menjenguk..Menitis juga air mata...


Kelu lidah untuk meluah,untuk berkata kata bila kaki semakin tak boleh berpijak.Berkali kali memberitahu doktor yang hampir pitam bila cuba berpijak lama sikit.Tapi doktor juga kelu..


Bayangkan apa yang mampu di lakukan di hospital sendirian dengan anak kecil..Bagaimana nak ke tandas?Mandi?Solat,sedang uzur.Tiap tiap pagi dan petang gagahkan diri turun ke bawah,ke kantin mencari makanan untuk aiman.Bertolaklah dengan wheel chair.Kata Aiman..Mama janganla guna tangan mama,biar aiman tolak mama,nanti mama sakit lagi..Menitis nitis lagi air mata ni.Wahai sayang mama,kuatkah kudrat aiman yang masih kecil.Tapi betapa gigih dan semangatnya untuk membantu..


Anak yang tidak banyak ragam..Hati mama sebak,mama tak boleh elak perasaan sendiri.Dengan ujian ini mama hampir tersungkur dalam diam..


Bila aiman lihat mama menangis,aiman boleh menasihati mama,jangan nangis lagi mama,nanti mama sakit.Aiman sayang mama.Aiman ada mama je.Lagila sebak..Aiman makin memahami keadaan.Bagi mama,aiman anak yang cerdik..Semalam aiman lihat mama menangis sehingga sesak nafas oleh kerana sesuatu yang amat menguji hati dan perasaan.Aiman pegang tangan mama dengan air mata yang juga bergenang nak menangis..


Bila buat test test di bilik rawatan,aiman duk kat luar sorang2 tanpa banyak ragam.."



Me Naughty..me Netty

Ngidam Handbag di Bulan Puasa

Saya mengidam yang ni....!
;
;
tu...tu...yang kat bawah tu
;
;
;
haa..yang tu haaa...yang biru tu..
;
;
;
sama dengan 1st warna baju raya saya...ya! sama sangat...!
;
;
;
saya  nak saaaangat...sesangat! sesangat!
;
;
;
;
ye! yang ni laa! memang saya nak..
;
;
cantik tak?


acai blue Furla Candy Satchel....
;
;
;
memang minat Furla ni dari dulu...tapi dok ignore jer.....
terima kasihlah buat PV *azawari* sebab tunjukkan gambar-gambar Furla ni......Net langsung tak ingat makanan......net ingat anbag ni jer....
;
;
;
tapi apa kan daya..dah janji takmo boros...duit nak simpan beli emas......sob..sob..sob
bertahanlah wahai hati....
;
;
bertahan lah!
;
;
net...zikir net! zikir!...sila zikir banyak-banyak.....
kalo tak mampo jugak...ingat muka en.suami ko......ingat bagaimana dia suruh ko gadai kasut-kasut ko....

seram kan??????.....

sabar net...sabar........kasut-kasut tu tak bersalah........
sabar net........

;
;

*#* pensan!
Me Naughty..me Netty

Tuesday, July 24, 2012

Kenapa saya jarang hapdet blog?


hmm...rasa belum bersawang lagi...*tak jumpa pun sawang just tekan papan kekunci jer*
tapi itu gambaran nak aku tunjukkan bahawasanya aku jarang hapdet blog....
sepatutnya dah habis belajar ni...aku makin rajin hapdet blog......satu hari patut ada 7 entry....wah! cemerlang!

bukan sebab malas....
tapi..untuk bulan ramadhan ni..aku concentrate satu benda....and aku harap siap raya nanti...
apa aku buat?

eheheheh...aku sedang mengarang novel tika ini.....
yer..sesuatu yang patut aku buat....
dan aku harap siaplah novel aku....
takmo buat novel yoyo jer..
and yang pasti kalo siap nanti....BFF aku yang akan dapat mandat untuk baca dulu transkrip novel..
kalo dia kata lulus! maka akan ku cuba submit kat kedai basikal..
kalo dia kata buat lagi...aku akan ikut arahan dia..buat lagi novel sampai mencapai tahap napsu baraqah dia...

ok...untuk seketika...biarkan aku dengan donia novel aku dulu...
nak feeling kena senyap....takmo kaco-kaco......

ok..tata......


Me Naughty..me Netty

Thursday, July 19, 2012

Hari ni episode akhir "Miss Ajumma"



Ya...tak tipu...Miss Ajumma dah sampai ke klimaksnya......
dan...semalam buat sekian kalinya...aku nangis kesiankan si pompuan jahat *Sae Mi* tu....
vongoks...dengan diapun aku leh nangis....haru jer...dan yang paling haru...tengah syok feeling-feeling nangis giler-giler *macam kena tinggal laki jer*....tok laki pulak balik....
aduiiii...tetiba lak dia balik awal. (bagi korang lambatlah bila suami balik dah nak jam 12 malam) tapi bagi aku...awal tu.......dia bukak pintu..! aku dah tak berdaya dah nak lap air mata and hingus yang keluar dari pelbagai penjuru idung. Kacau daun jer.......yang sudahnya...minit-minit terakhir episode semalam..aku macam tengok tak tengok tapi tengok laaa.......*korang cuba ngertikan ayat akhir aku tu*

dan hari ni adalah episode terakhir......baca sinopsis cerita...si Sae Mi dah tobat and nak mintak keampunan pada si Kang Geum Hwa. Tapikan.....hmm bapak, mak and anak-anak aku datang hari ni...adehhh lemahlaaa..mesti anak aku nak tengok kartun and bapak aku nak tengok cerita lain...alahai......
camno ni?...nak tak nak terpaksa lah aku tengok ulangan......itupun kalo dapat.....sob...sob..sob....

apa-apapun.......sekarang ni aku tengok jugak drama korea cerita Ghost.....bab-bab penyiasat computer ni and switch identity ni memang aku suker....ehehehehe......

suker! suker!







Me Naughty..me Netty

Tuesday, July 17, 2012

Jawapan kepada soalan....KENAPA SAYA TERKEDU.......

eheheheh.....saya adalah gatal...saya tau....

ehehehhe

makanya...jawapan kepada KENAPA SAYA TERKEDU??? 0_0..
pada yang blur-blur...boleh baca balik entry ni......KAT SINI


ehehehehe......
senang jer.....
saya terkedu sebaaaaabbbbbbb....
eheheheh...sebaaaaaabbbbbbb....
seeebaaaabbbbb.....

ialah,

bapak kepada budak perempuan cina tu...
saaaaaaaaaaaangaaaaat Good Looking!
'
'
seyes!...sangat handsome......memang saya betul-betul speechless tapi rasanya tak nampak sangat la speechlessnya...."dah tu tak ajak nyembang...cuba ajak nyembang, memang speechnoless la..."

muka dia..ermmm jap google..nak cari iras-iras siapa eh?....
hmm..cam takde jer...
body pun stock ala-ala model...tough...
tapi takde apa-apa berlaku eh......dia say sorry and dukung anak dia.....sambil cakap pada aku yang dia sedang tunggu bini dia keluar dari fitting room....walaupun aku tak ingat sama ada aku ada tanya tak soalan? " mana bini kamu?"...hmmm

apa-apa pun pertemuan 20saat aku ngan dia memang...hmm....takde apa-apapun...cuma tu lah aku terkedu 1st time tengok ghupe mamat ni.....yer laa..ko dok bayangkan budak kecik yang langgar ko tu mempunyai bapak yang boroi beruban rambutnya atau separuh botaks.......dan bengis.....
tapi..jangkaan ko meleset bila tengok seorang bapak yang smart, menawan and carring dengan anaknya...dan yang paling best....sanggup tunggu wife fitting baju. Laki korang ada yang mampu tunggu bini fitting-fitting baju sambil jaga anak?.....eheheheheh......

tunggu gak bini dia keluar dari fitting room...tapi cam lama sangat.....so aku blah ke kaunter bayaran.....si bapak and anak tadi dah pun main-main kat area lain...akupun tak jumpa dah sehingga hari ini....tak tau la kalo terjumpa kat tandas ofis aku ni (sebab ari ni aku kerap ke tandas...sakit pewut).
itu jer la..tapi tak leh taksub giler-giler....kang doser..eheheheheheh

yang korang ni pun satu!!! amboi...amboiiiiiii...
korang.!!!! .muntah ijaw aku baca jawapan....asyik-asyik aaron ajis...asyik-asyik aaron ajis....aaron! aaron! aaron!! dah takde jantens lain ke korang boleh fikir? muahahahahhaa

apa-apa pun pen'teka' yang bertuah yang teka dengan tepat dan waras....ialah.....

Saudari ROZILA 


hadiahnya....
sila bagi no acc maybank...saya nak bagi awak hadiah RM10 hengget.....
eheheheheh............sila...sila...sila.....jangan malu-malu.....


Me Naughty..me Netty

Sunday, July 15, 2012

Soalannya......KENAPA SAYA TERKEDU???.....siapa dapat jawab betul...dapat hadiah.

Cerita ini bukan rekaan tetapi benar-benar berlaku tadi.....

begini....,

malam tadi setelah hantar suami ke tempat kerja...saya singgah di rumah kedua....*Midv/The Gardens*. Saya berada di Robinsons ketika itu dan sedang mencuba beberapa pakaian....sedang leka membelek gaun-gaun yang sangat shantiks.....oh! lupa nak cakap...di kiri tangan saya ada sekotak kek yang baru di beli........

ok, sambung...sedang leka membelek gaun...saya dilanggar oleh seseorang......kotak kek saya terjatuh....saya dilanggar oleh seorang budak perempuan cina rupanya.....hmm rasanya dalam lingkungan umur 3 tahun kot......rasa macam nak marah...*sebenar lebih kepada nak marah pada baju-baju yang tak muat*...apalah sangat budak kecik langgarkan.....tapi still rasa nak jentik jer budak kecik tu.....dan rasa nak jeling pada bapaknya *sebab dengar suara bapaknya memanggil budak kecik itu*. Saya angkat kotak kek yang terbalik..and standby nak jeling bapaknya...........dah tu main kejar-kejar dengan anak kat pakaian pompuan...sangat tak sesuwai!......

Bapaknya semakin hampir dengan saya dan anak perempuannya and cakap "Oh! Sorry"....sepantas kilat saya dongak, tatkala terpandang je muka bapaknya itu......saya terkedu..........haaaaa...


SOALANNYA.......

KENAPA SAYA TERKEDU??????

sila sambung/jawab soalan itu.....

contoh - net terkedu sebab itu cikgu sekolah menengah dia dulu yang sangat garang.....

*itu contoh jer...* korang pikir le jawapan yang sesuai....

kalau tepat jawapannya saya bagi hadiah..eeheheheheh. Sila jawab satu jer..tak boleh lebih.

takde tarikh tutup,,...kalo saya rasa nak tutup...saya tutup...ehehehehhe haahaahah jawab...jawab.....

Me Naughty..me Netty

Thursday, July 12, 2012

Rasa bersalah menghantui diri......maafkan saya mokcik sefamily...maafkan saya

hmm mesti korang tertanya-tanyakan?
apa kaitan gambar di atas dengan permohonan maaf saya terhadap mokcik sekeluarga

hmm..berat bahu memikul berat lagi nak saya ceritakan
nak cerita depan-depan mokcik sekeluarga saya tak berani
tapi pengakuan ikhlas lagi jujur amanah tawaduq saya ini harap melegakan sikit perut perasaan bersalah saya pada mokcik sekeluarga

kalo korang nak tau..atas tu adalah bekas pelastik yang bukan dari suku kaum 'brand' tupperware.
dan tugas bekas tak berjenama kat atas tu ialah menyimpan sekumpulan uncang teh.
Ya...di sini bermulanya pengakuan bersalah saya.

pada minggu lepas
lokasi kejadian di kampung mak saya,
usai selesai makan tengahari jam 2 petang dan ditambah pula dengan mata yang mula kuyu-kuyu
memaksa mencari tilam yang empuk untuk tidur...dan di saat mata mula nak katup........tiba-tiba terdengar bunyi telefon mak saya

tak kisahpun dengan bunyi handphone cik norkiah tu....
cuma yang kisahnya bila si tukang telefon berada di depan rumah mak saya
ya!!! mokcik sekeluarga sudah berada di depan pintu...tunggu masa dijemput masuk
(mokcik sekeluarga - singkatan bagi tetamu terdiri daripada makcik sedara, pakcik sedara, anak lelaki dan menantu perempuan)

bayangkan mata dah nak katup....terpaksa dibuka luas sebab???
tetamu datang....adeeehhhh wrong timing betoi.
lalu saya dipaksa oleh mak saya untuk menyediakan hidangan enak berupa ayam masak mewrah, puding caramel, pavlova, sirap bandung ais, nasi beriani.....
wow!!
yang mana saya telah menggantikan hidangan pentipu in my dream itu kepada hidangan sebenar - biskut merrie dan ayor teh susu
...enak bukan????.....
kalau ada adik ipar saya, pasti dah dibancuhnya tepung untuk dijadikan kueh udang....
saya memang nak tidur time tu..so mood agak kureng bila dipaksa ke dapur....
(anak-anak dah tidur...sebab tu saya kena tidur sekali..kalau bebudak tu berjaga, memang takde chance saya nak tidur)

makanya...di dalam senyuman manis yang nampak sangat tak ikhlas....saya tanpa usul periksa main cekau jer bekas yang berisi uncang teh di atas....
ya! seperti yang kalian nampak..yang bekas kecik ada 2 uncang tu...adalah teh.....dan yang bekas besar di bawah tu juga adalah teh!
yang membezakan kedua-dua teh itu ialah.....uhuk uhuk uhuk..kenapa saya tersedak!
yang membezakan ialah, satu kalau kita minum...kita akan tersenyum.....manakala lagi satu pula kalau kita minum..kita akan tersenyum di dalam jamban selama sehari suntuk non setop!.

tak faham????
hmm...cenggini, satu teh lipton biasa..dan satu ialah teh orang kampung perisa limau..baeeeeeeeeek punya...atau dikenali sebagai teh lawas berak.

jadi,
korang mesti agak bekas yang mana saya ambil.
ehehe Ya! tepat sekali....
saya ambil uncang yang baeeeeeeek punya.....iaitu teh orang kampung perisa limau.

saya bukan berniat jahat...tidak! tidak!...patplohpat kali tidak!
sebenarnya..bekas teh lipton itu tidak berada di tempat kejadian...bekas tersebut tersorok di belakang botol-botol kicap yang besar.....dan bekas teh orang kampung itu berada betul-betul di depan saya tika itu..
kuat betul jodoh kami...dan jodohnya bersama mokcik sekeluarga.

lalu saya mengambil 2 uncang untuk dibuat air teh.
tapi heran sangat sebab teh tak pekat....jernih jer airnya..
maka saya top up lagi 2 uncang.....poooooon tak kick kalernya.
dan saya tambah lagi dua..kasi pekat..baru la cantik kalernya kalu tambah susu.

so..berapa semua uncang teh yang saya masuk adik-adik???
ya! pandaaaaiiii...6 kesemuanya..
hambik ko!.....baunyapun macam hmm....
bak saya katakan tadi...perasaan tak ikhlas buat air lagi menebal daripada perasaan setiakawan.
so ignore jer.....

lainlah kalo mokcik sekeluarga datang untuk meminang
maybe situasanya a little bit different......i tell you

lalu tanpa syak wasangka saya membawa 4 cawan air berisi teh lawas berak
kepada tetamu yang sedang menunggu...oh! tidak lupa jugeks si biskut merrie....
mak saya juga mintak secawan..so tambah lagi secawan teh berak baeek punya

setelah menghidang, saya terus masuk ke kamar..macam anak dara.......
tapi mata takmo lelap dah...macam something wrong somewhere....
kenapa ya????

prop prap prop prap.....
tetamu pun pulang dengan perasaan puas minum teh dan makan biskut
dan saya membawa cawan ke dapur..
mak saya juga turut ikut

mak saya suruh saya hidangkan lebihan air teh dalam teko pada bapak saya
maka saya lakukan...
dan tiba-tiba.......mak saya tegur....
begini dialognya..
"aik? tinggal 2 jer teh orang kampung mak? tadi rasa ada lagi. Wen minum ker"?
uish! nak terberanak rasa...walaupun saya tak mengandung tika kejadian tersebut berlaku....tekak saya juga sakit bak menelan kulit durian musang king harga RM28 hengget sekilo....
apa!!!! air teh orang kampung?.......

yaa..saya bukan berlakon terkejut...iyanye benar.....
takkan lah saya nak cerita yang saya bancuh air teh orang kampung kepada para tetamu yang dihormati tadi.....nak mampos!!?

saya diamkan dan berdoa di dalam solat supaya mak dan mokcik sekeluarga tidak mengalami sakit perut yang kronik...ulang alik ke tandas sudah pasti...cuma berapa kali tu....errm...entahlah!
saya harap Allah s.w.t memakbulkan doa saya supaya jumlah mokcik sekeluarga ulang alik ke tandas adalah tidak melebihi 7 kali tawaf.

so far saya tengok mak saya okey jer...maybe dia seorang peminum teh berak yang tegar...
takat seuncang dua memang tak lekatlah kat perut mak saya.
tapi...mokcik sekeluarga????
apakhabar yer agaknya mokcik sekeluarga yang tinggal di seremban tu?.....
adakah mokcik sekeluarga sempat singgah di RnR?
aduh! serba salahnya saya...
so far mokcik sekeluarga tidak menelefonpun.....ok la kot.

saya harap dengan pengakuan ikhlas saya ini akan mengurangkan sikir rasa debar di hati..tidur yang tidak lena walaupun saya terover dengkur kengkadang.
biarlah saya yang menanggung kesakitan perut mokcik sekeluarga
sebab perasaan bersalah saya masih menebal
*kenapa musik di dalam movie astro ini sangat gerun bunyinya...citer hantu ker?*

dah itu ajer la.....maafkan saya sekali lagi mokcik sekeluarga...
raya dah dekat...nanti saya salam cium puas-puas tangan mokcik sekeluarga..er anak jantens mokcik idok ler saya cium kan....


MAAFKAN ANAK SEDARA MU INI.....
dia dah terima hukuman tadi...dia tercirit sepanjang hari di ofis.
sekian.
Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, July 11, 2012

Saya sudah gilakan emas....macam mana dengan korang pulak?


seperti kawan-kawan rapat sedia maklum..
saya sangat sukakan kasut dan wallet.
benda-benda ni takkan tahan lama...pantang nampak yang berseri-seri sikit saya akan beli...
wallet?..uhuk..uhuk....uhuk...akan tiba tak lama lagi..uhuk..uhuk
*jeling sipi-sipi Mummy Ayu*
ehehheh, rasanya wallet aku dulu dah cukup tempoh idah nyer eheheheheh

tapi...seperti yang aku war-warkan dulu..aku nak setop beli kasut
yak yak yok jer sebenarnya...
pagi tu tulis kat fesbuk aku taknak dah beli kasut
alih-alih petang tu aku tibai beli 2 pasang kasut...hambeeeekkkkkk!!!!
jadi susah nak cakaplah perkara ni
'
'
namun begitu....sebagai manusi muslimah kurang sejati...
dan umur pun makin meningkat....
ketaksuban aku terhadap kasut dan wallet sangat kureng...cheeewah!!! ayat jati diri Net..kalo dia nak benda baru.
...
cengginilah...sekarang aku dah 32 tahun....
dan minat aku kali ni macam more over tu emas...yer..EMAS...
sekarang ni kalo bukak tenet..mesti singgah public gold tengok harga emas tinggi atau rendah
dan disebabkan hal ini..aku dah maklumkan kat mak aku yang emas kepunyaan dia semua aku nak balun nanti..muahahahahahahahah....sebab aku sorang jer anak pompuan....
dan mak aku bersetuju untuk membagikan emas zulian pada aku...FOC!! yang ori dia hold dulu.
T__T nangis...
'
'
eheh mak aku tau aku tak suka emas sebelum ni...pantang bagi aku emas..manjang hilang atau masuk kawah kari......oh! yang emas dalam kawah kari tu ada sorang budak lelaki mangkuk ayun tolak aku masuk dalam kawah...time tu badan kecik umur kecik la..kalo badan badang time ni tolak masuk kawah...dengan budak lelaki tu sekali aku heret mandi kari...alang-alang nak mandi sama kan.....
'
'
disebabkan kejadian itu aku disalah ertikan membuang emas pergelangan tangan di dalam kari
padahal emas aku tu tercabut dan terjatuh di dalam kari bersama-sama dengan tuan punya badan....
malapetaka betul la...!!!!!...
nama budak tu adalah Herry!!!.....sedara belah bapak aku....
VODO!!
'
'
'
ok..tetiba emo..berbalik pada minat terhadap emas....salah satu pemangkin aku membeli emas ialah disebabkan kerajinan adik ipar aku memakai emas....cantik pulak tu...
apa yang dia pakai semua aku nak....siap beli sama dengan dia punya...tapi dia sentiasa pakai la..aku???? simpan dalam box. haish....!!!
'
'
makanya untuk sekian kalinya...bertepatan dengan umur aku yang dah berstatus mak orang dan tak lama lagi bakal jadi mak mentua orang...T__T nangis lagi.....
aku rasa dah tiba masanya aku bergaya dengan emas pulak..
aku dah maklum hal ini dengan en.suami...perkara baik patut diinform suami dulukan?....
'
'
dan suami aku telah menyapport aku dengan belilah emas
tetapi bersyarat!
iaitu..sama ada aku jual kasut-kasut kemanjaan aku tu atau jangan beli kasut..
*sebenar aku ubah ayat ni*
ayat betulnya..
"jual kasut tu dulu!"
T___T nangis lagi dan lagi
kuat betul aku nangis hari ni.
'
'
maka...demi untuk menyahut kempen membeli emas
harga emas tengah turun sekarang..
aku dah sebulan setengah tak beli kasut..
see... 

d

aku pakai apa yang ada jer...kasut dah tak sama warna dengan baju...
takpe aku rela sebab nak emas...
lepas ni kalo korang nampak aku pakai kasut tak sama warna dengan baju..tu maknanya aku tengah berjimat cermat dan menyahut syarat'an suami aku
jangan beli kasut
simpan duit beli emas...
aku nak..! aku usaha sendiri.....
'
'
walaupun aku berwassap dengan dia tadi....untuk inform harga emas rendah hari ni
dan dibalas dengan image taik oleh beliau
takper..akan ku sahut cabaran itu....insyaallah kalo dulu aku boleh beli 2 atau 3 pasang sebulan...
kali ni..kalo duit untuk 2/3 pasang kasut sebulan tu aku simpan dalam tabung ATM kecik...
hmm...boleh dapat dalam RM500 lebih..
hmmm..ok gak tu.......kalo kumpul 3 bulan...hmm ok dah..*kalo sempat kumpul*
.......dan aku memang suka emas kelantan sebenarnya......
saaangat.......*er baru jer suka sebenarnya*

...apa-apapun doakan aku dapat beli gelang emas nanti....dan bukannya kasut lagi dan lagi
inssssssssssssyaaaallllaaahhhhhhhhhhhh......

nak tanya...berbaloi tak beli emas kat fesbuk?

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, July 6, 2012

Saya demam sekarang....takde selera nak makan coklat yang banyak ini.

Hi kawan-kawan....
Sekarang ini..saya berselubung dalam selimut tebal, tisu disumbatkan di lubang hidung dan menunggu masa untuk menonton miss ajumma......

Hidung saya sangat sakit sebab asyik bersin dan membuang hingus.

Dan akhirnya coklat yang banyak,'almond gold' kat atas tu tak berusik langsung...

Sebab tekak rasa payau, hidung tersumbat, suara makin hilang....dan mata asyik berair jer......

Maka.....terpaksa dibiarkan ajer coklat best ni tanpa diusik......sob sob..sob...

Ni semua penangan redah hujan la tadi.....kan dah demam.....

Ok kengkawan...selamat berhujung minggu ek.....harap2 esok demam dah elok.....sebab esok nak jumpa anak-anak.

♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡

Published with Blogger-droid v2.0.6

I ada handbag baru...

Eheheeh...cantik tak handbag baru I?
Kalo lapar..boleh makan.....
Ngeh ngeh ngrh..

Tinkiu syikin.......memang suker limau abung ni......

Tinkiu...tinkiu....

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, July 5, 2012

Hotel Berhantu....


ini kes baca blog Aimi @ mamatisya la ni....
actually takdelah apa-apa berlakupun...
so far aku tak pernah lagi kena dengan kejadian-kejadian paranormal kat hotel ni
it just that the way Aimi cerita perasaan regarding hotel yang dia stay kat Kedah ari tu
buat aku fikir..perasaan yang sama aku alami time ke Seoul, Korea last time.
'
'
kat negara K-pop tu
memanglah aku tido sensorang sebab aku jer pon pompuan yang pergi..rakan kerja yang lain semua lelaki manchos......takkan nak share bilikkan?..agak-agak lah kalo nak praktikkan words sharing is caring tu kan?.....
ehehehe..
kat sana aku stay kat hotel Lotte....sangat besar dan mewah.
bilik yang aku dapat pun memang besar gabak kiranya tak berbaloi kalo takde suami di sisi....
tapi xdelah sampai leh main kejar-kejar atau past baton....
'
'
'
maka...bila tibanya waktu malam....kepala hotak aku ni mulalah ligat fikir benda yang bukan-bukan
lebih-lebih lagi aku baru lepas bersms dengan kawan aku kat KL..
kawan aku baik punya pesan..kim salam kat ju'on key..
astaga.....elok-elok aku fikir hantu K-pop tu secara lite-lite..bila teringat kata-kata kawan aku tu..terus aku fikir ju'on ni suatu masalah yang besor....besor sangat.
isk..
kat bilik aku tu...cermin menghadap luar sangat luas...kira luas satu dindinglah...puas gak aku tengok jalan raya seoul tu.
langsir ada dua lapis..cam biasa..day lite nye langsir and yang nite nye langsir...memang kalo lewat malam jer aku dah start tutup langsir tu........so satu malam ni...after sesi bersms ngan kawan aku berakhir
akupun terkebil-kebil la..aku rasa malam kedua kot..sebab malam pertama aku tido mati..letih sangat sampai x sedar apa-apa...
ko bayangkan..pukul 2 lebih, mata aku masih terkebil-kebil atas katil beso tu.....
tetiba aku toleh kanan..aku nampak cermin hias kat bawah ni..


tu haa cermin tu..nampak dalam gabo, nampak kecik jer...tapi sebenarnya beso.....lepas jugak nak tengok full body.
dan tetiba otak aku baik punya recall cerita juon....
hadehhhh.....bilik yang at 1st gelap....sebab aku tutup lampu....terus aku on separuh lampu 
kasi terang sikit. semuanya 
tapi...aku tetap terfikirkan si juon tu.....aku tengok lagi cermin tu..boleh pulak aku terfikir...antu pompuan rambut panjang (takkan antu pompuan short hair lak kan...ubah fesyen apo???) merangkak keluar dari cermin dan naik atas katil aku..uisshhh....
terus aku cari tuala.....cepat-cepat aku cover cermin tu dengan tuala mandi. 
relax sikit... budjet konon antu merangkak tu tak leh kuar melalui cermin hias sebab dah kena tutup dengan tuala laaa......
'
'
ee kalo muncul la antu merangkak kat bawah ni..memang terkejut aku..
mesti tindakan refleks akan berlaku di mana aku akan lompat-lompat atas badan antu tu..sapa suh ko merangkak kan? ada kaki taknak guna!.....dah alang-alang berdarah..meh aku kasi kronik lagi pendarahan ko.
nak-nak yang lompat ni spesis badan badang kan?....rasakan jerlaaa.......

then.....aku terpandang tingkap luar..aku tak tutup langsir time tu sebab bandar seoul sangat cantik waktu malam....
maka...otak aku buat jahat lagi...

terbayanglah aku antu k-pop terbang-terbang lalu melekap (macam ikan DBKL) kat tingkap bilik aku  tu sambil pandang aku cam kat bawah ni...
kuuusssemangat!!!!
kalo rambut bertutup satu muka ok lagi...ni kalo menyeringai berdarah-darah isk!..mau aku kentut dinasour atas katil nanti..
'
'
 leh pitam aku.
memang tak sempatlah aku cakap words keramat ni
such as
"apa pandang-pandang! ada utang ker!!!?"
eee..idoknyer leerr..xsempat kot.

maka secara otomatik aku turun katil and  tarik langsir kasi tutup penuh....
itupun dok terfikir lagi hantu k-pop tu dok selak langsir 
kang ada yang main tolak tarik langsir kang.....
dan kengkadang tu aku terfikir gak...ada orang tidur sebelah aku..katil kan lebar,
takpun dalam selimut ada orang tengah merangkak atas aku.....

err jangan fikir benda lain pulak...maksud aku hantu..H.A.N.T.U......haaaannntuu..bukan orang dalam selimut yer. Orang dalam selimut tu aku takdelah bukak entry hantu...tu entry lain dah tu.
bukan gigolo jugak...maksud aku antu k-pop ker kan..alih-alih senyum sebelah aku 
isk.........kalo nyanyi lau korea ker...maybe bolehlah aku keras kejap jer..buatnya dicekiknya aku atau dililitnya aku guna rambut....isk tak lalu aku fikir....
'
'
'

so memang perasaan ni selalu jer fikir tetamu yang tak diundang tido sebelah aku.. angkat selimut terus nampak muka juon tu..cam gambo atas tu..uisshhhh memang aku lompat step girl generations la gayanya.....itupun kalo boleh lompat...kalo antu tu berat....worst come to worst baca doa jer la sambil gelak sikit-sikit..sebab aku penggeli orangnya.....yer laaa duk atas badan aku apa kes? kerusi ada, sofa ada taknak lak duduk.
tapi..antu kat atas tu nampak gayanya macam terkejut kan?...kotnya dia terkejut tengok manusia..manusia terkejut tengok dia..haa eloklah tu....
'
'
tapi apa-apapun...memang takdelah kejadian terserempak dengan juon kat seoul..
ini semua mainan perasaan aku jer.
elok-elok jer aku kat hotel tu...maybe sebab rupa aku bangun tidopun rambut aku macam cik ponti...rasanya ju'on vs ponti....kalah kot juon tu....juon merangkak..ponti terbang...hmmm..juan tak mengilai...ponti mengilai...boleh sakit jantung oooooo.....juon pakai maxi macam skirt...ponti pakai ala-ala jubah takpun baju kelawar standard warna putih...maybe fesyen juon lagi class kot.
namapon k-pop.....

apa-apapun..ni bukan kisah antu..ni cuma kisah aku over takut jer...eheheheheh



Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, July 2, 2012

Saya dah start mengidam balik pada wallet coach.

Madison patent Checkbook wallet
Sanggat in ♥♥♥♥♥♥ dengan wallet ni....
Aduh....bisa ngak tido malam ini......
Aduuuuuuhhhhhhhhh!!!!!!

Feduliklah org nak kata kat US, casher kedai jer pakai coach.....fedulik......hati dah berbunga ceria....waduuuuhhhhh
..................bikin cair.......

Published with Blogger-droid v2.0.6

Hadiah harijadi untuk bapak saya.....

Ini kedai cermin mata...
warnah putih lip lap lip lap

namanya OPTICAL 88,
terletak di GF Midvalley Megamall.
rumah kedua ku.

Ini pekerja kedai
namanya...tak tanya....
dia pelayan saya untuk hari itu.
err di kedai itu.

ini cermin mata..seksi kan?

ini cermin mata lagi...
yang bakal dibeli..

ini anak saya...
motiff???
biarkan dia.....dia takde kena mengena dengan ini cerita.

ini bapak saya...
dia dah pilih cermin mata hitam yang dia berkenan...
saya bayarkan..
sebab?
that day is his birthday.
so..dia nak cermin mata yang dia pakai tu...
saya tengok harga......
saya senyum......
bapak saya juga senyum......
anak saya senyum simpul....*nak kencing katanya*
saya hulur duit.....
tokey kedai senyum lebar....
semua senyum-senyum...
kedai ini patut ditukar kepada kedai cermin mata senyum.
'
'
apa-apapun...
selamat hari jadi......buat bapak saya....
semoga sihat sejahtera dan dapat tengok saya habiskan master.
'
'
'
senyum lagi....
tengok cermin mata...
senyum...tak perlu kata apa-apa....
'
'
$$$$$
uwaaaaaaaaaa!!!!!!!

ikhlas netttt ikhlassssss.......cer ikhlasssss......!
Published with Blogger-droid v2.0.6

Apa saya buat setelah selesai final exam...???

salam....kenapa saya rasa macam dah lama tak hupdate???
anyway dikesempatan ini saya nak ucapkan terimas banyak banyak...pada kawan-kawan yang wish me luck sempena final exam *satu paper jer* lastweek.
gue happy sangaaaaatttttt!!!!
sehappy menggoreng jawapan exam yang ntah apa-apa tu.
lebih senang menggoreng jawapan daripada menggoreng udang galah basah!
'
'
'
by the way...lupakan tentang exam...biar lecturer kesayangan pulak yang perah otak nak cuba fahamkan jawapan dan tulisan saya.
uhuhuhu
;
;
;
ok.....sebenarnya 1st half menggoreng jawapan paper exam tu
otak aku ni dah ke laut dah..
dok fikir, karoke nanti nak nyanyi lagu apa...nak makan apa....nak balik pukul berapa? bla bla bla...
nampak tak? niat aku time tu????
sebab tu la aku happy jer jawab soalan exam..jarang aku happy jawap exam tau!
eventho budak sebelah aku keluar awal....aku tetap senyum.
cam haremsss jer..bikin panik aku..
'
'
'
by the way, after exam
aku and member kelas yang dah sehati sejiwa nak berjimba-jimba
pun menujulah ke Citta Mall.
1st time aku ke Citta mall ni at Subang.
kami makan chilli's!!!!
and menu aku ialah kambing!!!
...adoi lapor kambing lak...ari ni puasa...

haa ni aku bergambo dengan budak dean list ni..susah ooooo nak bergambo ngan dia..cam retis!!!
aku yang kategori delete list ni sangat terharu ooooo
susah siot nak gambo ngan dia ni...
isk isk isk...

ni pun kalangan dean list gak.....
tengok..muka steam jer.....dean list memang cenggitu eh rupanya???
delete list jer muka segar bugar..*aku ler tiew*

kaum ni, er aku tak kenal....baru jumpa sem ni...
and tak sangka boleh duduk berdepan meja...
eheheheh....aku pentipu!

ni classmate aku gak....
makan sebelah meja ngan aku....aku rasa aku dah settle makan kambing aku..alih-alih timbul pulak ayam, lembu, jangung, sayur dalam pinggan aku..magic betul chilli's kat sini..
makanan x pernah habis..
*jeling member sebelah aku*

toksah cakaplah..tu..tu yang pakai tudung tu..aku kena delete banyak gambo sebab mana-mana mukerrr dia jer ada.....aku leh jadi psycho oooooo....eheheheh
yang pakai rambut tu..puan lynn...tukang belanja makan kitaorang hari tu...errkk alhamdulillah lynn,
memang sengaja aku kuar duit lambat-lambat...sebab tau ko belanja.. instinct aku kuat oooooo
kamsahamidaaaaa....untuk rm700 lebih yang ko laburkan untuk kami buat bising di Chilli's.

haa nampak tak piring aku tu..
time tu kambing tu belum aku rasmikan..terketar-ketar kambing tu...
nampak tak???

time ni pun penuh meja kami..almaklumlah belum start makan....
dah start makan..mak aiiih bersepah-sepah..melambung lambung ayam, lembu dan kambing 
kejap kat pinggan dia..kejap pinggan dia tu...kejap pinggan member sebelah...last mendarat kat pinggan aku...terpaksa aku ngap!

dah mentekedarah...
kami berpecah......! yang ada laki kat umah....sila balik...
yang single mingle macam aku dan 4 yang lain....sila pergi karaoke kat the curve yer!
wajib!! kitakan takde laki...ehehehe.

orang yang bayor lebih selalunya muka mereka mempunyai sinar NUR yang over berbanding yang bayar ciput
ehehehehehehehehe.......


haaa time ni makanan tak sampai-sampai lagi
tapi dah gediks...anak sapa lah ni
buek malu aku jer...!!!!

tapi dalam happy tu sebenarnya sedih gak..
yer la....4 tahun...8 sem stay sama-sama kat
  fakulti pengajian maklumat kampus puncak perdana tu
sampai aku rasa feed up jugak...lepas kerja shoot ke Shah alam....yakni banyak pakai duit minyak tol...balik malam..letih.....hmm sayu pulak..sob sob sob.
selama tempoh 8 sem tu....banyak benda aku belajar....iaitu macam mana nak buat 'toyol' dengan lebih berkesan......apa-apapun tahniah buat aku sebab takde sorangpun ngorat aku..
*aku jual mahai!*
dan dalam tempoh 8 sem tu...aku sempat produce sorang anak...*si starbuck latte*
dan tahniah pada rakan-rakan aku yang lain kerana turut berjaya membuahkan perut kalian pada saat -saat akhir semester. eheh aku nak tengok korang convo dengan param di dahi, berkain batik dan berstokin tebal..susu leleh-leleh kat baju.....ketika menerima sijil nanti....hahahahahahha
ehehehehehe

apa-apapun....tinkiu kalian semua yang susah payah ajar aku
gossip ngan aku..
masam muka ngan aku..ado ker???
terima kasih buat jamban Uitm puncak perdana kerana kerap menerima kunjungan ku......
terima kasih buat lecturer-lecturer...yang turut sama bergossip dengan kami-kami student PLK....
walaupun selama 8 sem ni aku adalah seorang student yang pendiam
saaaaangat!!!!
'
'
apa-apapun kalau ada rezeki..kita jumpa master nanti...ok....
kalo dapat..maka...bulan september 2012 ni kita start belajar balik..
eleh! nyampah pulak aku kalo jumpa muka korang.....eheheheheheh
;
;
akhir kata......aku tak cari lagi kimchi en.fadhil....
dan
adios amigos....
masa untuk concentrate hal rumah tangga pulak.

Published with Blogger-droid v2.0.6

© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno