Tuesday, July 16, 2013

Handmade Kopiah For Kids Sudah Siap


 
ok tak? ke tak ok?
ok la kan...
ini semua handmade (tangan buat bukan mesin buat) and sangat lembut.
Kalau jirus softlan laaaagi lembut.
cheewah.
 
Bukan aku buat but mentor aku buat (ada akak kat ofis ni bantu kaitkan)
so aku upah Kak Mas (nama akak kaitkan kopiah ni) untuk kaitkan kopiah sebanyak 30 helai.
Aku tak master lagi nak kait kopiah which is akupun xde masa nak belajar kait kopiah lagi kan?.
.....
aku pilih all white sebab rasa suci murni jer
hahahah
boleh ajer kalau nak dicampurkan warna warni tapi biarlah.
niat aku nak sedekah pada kawan-kawan sekolah Al Imran (anak aku yang sulung)
harap muatlah kat kepala masing-masing.
Ni aku ambik ukuran kepala si starbuck latte since kepala dia beso sikit berbanding abangnya.
.....
nanti nak tanya cikgu kelas Al Imran - berapa pelajar gegirl pulak so bolehlah aku belikan tudung comel untuk bebudak pompuan ni....so cuteee.
 
okey..adios!
 

Wednesday, July 10, 2013

Tengah semangat gugel resepi, tiba-tiba.....


sedang aku kusyuk scroll resepi masakan sambil lap air liur, air mata, air idung, air telinga...
tetiba aku terfikir nak wassap laki aku nun jauh kat planet marikh.
 
...kengkononnya nak tunjuklah resepi dari blog CT Delima
-resepi atas tu ha-
gila menggugat kedudukan peranakan aku tengok gambar lauk kak CT tu.
...
so dengan semangat berkoyan-koyan balik nanti nak cari ikan sekeping and mangkuk kecik sebijik macam dalam gambar tu, aku pon wassap laki aku...
....
'
'
'
'
'
jawapannya
 
LAKI AKU TAK BALIK BERBUKA SEKALI
-tak sempat katanya-
'
'
'
*0*
 
selera aku putus di tengah jalan, air liur dah tak macam waterfall dah.
...
dengan ini aku ishtihar aku berbuka dengan telur goreng masak herbalife!
 
sekian!!!  

Me Naughty..me Netty

Kegunaan Pedometer di Bulan Puasa

 
Aku masih lagi dalam mood pertandingan 'diet nak raya' okey.
momentum tu so far so good
 
memandangkan ini bulan puasa, maka lagi bersemangatlah aku nak kuruskan apa yang patut disamping terover cemerlang sangat beli baju size L kan.
 
makanya aku guna alat ni, kat bawah ni
PEDOMETER.
 
apa tu pedometer? termos kah? makanan dinasour kah?
oh tidaaak..bukan bukan..
pedometer ni kiranya gadget untuk mengira langkah korang berjalan atau berlari atau bergerak...apa-apalah janji korang berjalan. Duduk atau tidur tak kira yer.
korang sepak jer muka laju-laju kalau cenggitu, insyallah kurus tulang pipi.
 
Dengan pedometer, dalam sehari tu korang boleh tahu berapa langkah dah korang bergerak yakni sekaligus korang boleh tahu kalori yang korang dah bakar.
kalau jalan lenggang mak limah kena lah jauh sikit perjalanannya
unless la korang berlarikan....
macam aku takde lah aku berlari dari toilet ofis ke bilik aku ala-ala ratu pecut.
......
aku just jog setempat, itupun dah okey.
nak buat senaman kangkang katup takut bontot aku tersangkut hujung meja ofis pulakkan (femes pulak nanti) al maklumlah bilik kecil and bontot besar...ooppss!
haaa ini pedometer yang biasa atlet guna letak kat lengan or pinggang.
 
aku pulak tak guna yang ni....
since aku dah ada hp canggih manggih, aku install jer kat iphone ha.
 
aku pilih
Pedometer Lite
(sebab color purple, nombor hijau- cantikkkk)

 
bagus sangat aplikasi pedometer yang aku pilih kat apple store ni.
dia akan inform kita if kita dah capai steps tertentu and dia akan minta kita stop dulu
kita pun akan tahu berapa jarak kita dah melangkah(walaupun jog setempat)
calories pun ada diinform walaupun aku takmo ambik tau.
ahahahah
 
1st of all kita akan pilih sama ada nak pegang hp ni ketik berjalan atau letak kat dalam sependar (tipu jer) atau lilit kat kaki ke etc.
aku just pilih pegang guna jari tangan. sekian
 
kat hp canggih manggis korang memang banyak aplikasi ni, so pepandailah korang pilih.
yang kat paper aku ambil ni Noom Walk.
ok jugak.
 
tapi korang pepandailah pilih...sebab banyak sangat. Ada runtastic pedometer, walk star pedometer, footstep pedometer, etc
 
banyaklah.

 
if korang memang berniat nak burn calorie and nak buat senaman yang lite-lite
silalah install aplikasi ni
memang bagus tau.
 
sekian!
bersenam dalam bulan puasa memang sangat best! 

© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno