Tuesday, November 25, 2014

WIWT.......Baju Kurung dan Rempeyek Royale



What I Wore Today.....Baju kurung 

Kain baju kurung ni aku beli dah lama dah cuma baru berkesempatan hantar tailor. Siapnya cepat jer.
Beli 2 tahun lepas kalau tak silap di Kota Bharu. boleh tahan harga batik crepe ni. Fikir la juga 15 kali before beli ahahahahah.

Anyway nak ucap terima kasih kepada Kamarul and Ain (sorry baru kenal) untuk Rempeyek Royale yang sedap ni. Ain bagi aku rempeyek ni kat opis. Buat susah-susah jer bagi barang free ahahaha. Bila try makan amboiiiii sedap. Tak tipu and bukan bodek eh......tak keras kekung macam rempeyek yang aku pernah makan. Dah habis dah pun budak opis aku kerjakan. Nanti boleh pula aku order ya....eheheh


ok dah...adios!!!

Monday, November 24, 2014

WIWT....... Flowery Purple

Flowery Purple skirt 'skirt by me'
Tuck in blouse
purple Tudung by kak peah


WIWT

What I Wore for My Convocation Day

Assalammualaikum and Salam Hormat Uols.

Tenang jer rasa hari ni....sebab pagi-pagi tak banyak kereta al maklumlah CUTI SEKOLAH sudah bermula.
Yeayyyyyyyy........

Mari bercerita perihal Majlis 'convocation' aku yang tak seberapa ni.

Pagi ni aku mulakan bercerita pasal pakaian, nanti-nanti bila dah free sikit aku cerita pasal majlis convo yer.

2 semester sebelum majlis convo aku bermula....kepala otak ni as usual la asyik fikir baju apa aku nak pakai kan?. (biasalah aku memang over bab-bab baju ni) Baju convo time degree dulupun sekali jer aku pakai then simpan gobok (atas masalah-masalah kapasiti yang berlebihan di kiri kanan body). Segala mak nenek majalah aku survey segala pattern aku copy and paste and siap berangan bagai...tapi dalam 2 minggu before convo baru aku hantar tailor ahahahah tailor yang aku baru kenal.
Salam kenal buat 'amoi si tukang jahit'

yang bestnya bila jumpa tailor...satu hapah design yang aku copy paste tu tak guna. Gara-gara ternampak satu design dari Majalah Thailand yang oh!! sungguh ohsem rekaan designer dia. Tq la pada office mate aku yang comel kurus melidi *AIN* yang tak lokek nak tunjuk siapa tailor dia. Selama ni tailor aku semua ambil harga ikut harga lemak kat body aku. Kali ni punya tukang jahit ambil memang harga yang aku tak terfikir akan bayar harga tu. Korang faham tak?....eheheheheh


Ni baju aku yang bahagian atas....Mak aku snap time aku tengah dok kalut sarung jubah. Tapi senyum itu harus!!!!....tak senyum bukan nottinetti la kan....ater jatuh bukit dengan kasut high heels 5 inci pun aku boleh tergolek sambil senyum inikan pula duduk statik jer kan.....makanan aku ni.

So berbalik pada design baju. Tatkala aku nampak jer model pakai design ni....aku terus tanya amoi tu...."can aaa I buat ini fesyen"...uish amoi yang serba serbi berkebolehan tu apa lagi support aku 101%. And dia mulalah suggest kain jenis apa aku patut beli. Sepatutnya bahagian kain adalah prada lace. Tapi warna macam aku nak tu tak ada so aku terpaksa tukar dengan kain lace corak lain. Kain yang bawah ni. Lace dia warna hijau sebenarnya tapi aku lawan kan dengan kain chiffon murah warna magenta. Alhamdulillah cantik pada pandangan mata kasar aku dan mata tukang jahit tu.


Selebihnya aku serah circle-circle pada amoi si tukang jahit dan berdoa agar kain beberapa meter tu jadi eloklah di body aku yang badang ni.

dan hasilnya......

AKU PUAS HATI.
10 * untuk amoi si tukang jahit.


Ini yang complete bajunya lebih kepada peplum berlapis . Top lain kain lain. Ada yang ingat macam bersambung. Takkkk
Amoi si tukang jahit kata aku boleh pakai dengan seluar if aku nak and the best part......aku dapat extra baju lagi lebihan kain. (Lagiiiiii cantik dia buat) Kagum betul aku dengan amoi si tukang jahit. Yo laaaa ingat lagi aku hantar kain sari pada Nyonya si tukang jahit di Semua House. Harga memang dasyat gila lah. Buat baju kurung jer. Kain sari extra dapat ke dia. Isk.....

ok....then untuk sepatu konvo pula.....aku dah order satu kasut heels ni.....tapiiiii at the end kasut tu tak sampai lagi ke bumi Malaysia. Some more....errmmm tinggi kot.....kang terpeleot aku depan Naib Canselor tu...naya jer kat Tan Sri. Mana nak sambut aku...mana nak pegang sijil...mana nak maintain senyum depan kamera.... Eheheheh

So aku reda dan pakai jer kasut lama yang tinggi 2 inci. Nasib baik warna masuk dengan tema baju.


So...itu jer la cerita WIWT...
biasa jer sebenarnya...korang laaaa bising nak tengok macam luar biasa bebenor baju aku. ahahahaha apa-apa pun thanx korang.....wassap pertama aku dapat dari salah sorang member....di awal subuh sore satu hari before majlis convo...."Net tunjuk sikit baju apa ko pakai esok?" ahahahahaha you know who you are kan....eheheheh

adiossss amigos......

Tudung?????? kak peah jer.....eheheheh

Tuesday, November 18, 2014

New Skirt For My Project



assalammuaalaikum....eheheh
dah over a week tak update my blog...busy there busy here...

and suddenly tempahan skirt saya tiba...
hmmm tak zzsabar nak 'WIWT' esok and see how kaaaannnn
kalau okey....boleh masuk dalam project tempahan gitew....

ok...sambung kerja. 
Adios...

Thursday, November 6, 2014

Tips Elak Di Buli oleh Nottinetti



Ya, minggu ni heboh diperkatakan isu buli membuli dikalangan pelajar sekolah. Memang aku boleh naik hantulah bila tengok video buli membuli ni. Dah macam bermusim pula. Aku sendiri sebagai ibu pun dah mula rasa semacam jer kalau nak hantar anak ke sekolah berasrama ni (wah! macam komfom dapat masuk jer kan?). Aku tak tahulah suasanan boarding school ni since aku sendiri tak pernah merasai stay asrama sekolah, haaaa laki aku tau la kot sebab dia produk boarding school.

dan syukur alhamdulillah aku tak pernah jadi mangsa buli walaupun aku kerap pindah sekolah. Dari darjah satu sehingga tingkatan 6, aku dah berpindah sekolah sebanyak 7 kali. So korang mesti nak tau macam mana aku adapt dengan suasana mesra pelanggan kan?. Nak cari kawan baru ni memang susah. Lebih-lebih lagi kalau yang jenis pendiam. Tapi untuk spesies rare macam aku ni....hahah alhamdulillah mudah aje dong.  Mungkin tips-tips ni boleh jadi pedoman bagi mengelakkan jadi mangsa buli ahahah...tips kononnnnn...ini tips dari buah fikiran aku dan pengalaman aku, mana yang elok anggukkan while mana yang rasa merepek...ignorekan dan maki aku cukup-cukup eheheh.

Situasi jika anda pelajar baru di salah sebuah sekolah. Tips mengelak jadi mangsa buli.

tips pertama

Kau pelajar baru sooo buat cara kau pelajar baru. Jangan sampai jer dalam kelas, ko belagak macho terus ambil tempat duduk orang. Bagi salam dulu dan perkenalkan diri. Suara kena lantang dan dada maju ke depan. Jangan pula tersipu sepit bagai yang secara tak langsung menunjukkan yang engkau cik sotong ataupun penakut. Perkenalkan diri dengan lancar tapi tidak bernada sombong. Secara tak langsung kawan-kawan baru nampak ketegasan dalam suara kau.

tips kedua

Selalunya kamu akan diberikan tempat duduk yang kosong di dalam kelas. Ya la kan takkan nak duduk atas riba cikgu. Isk!!! Aku pernah di beri tempat duduk bahagian belakang since depan semua dah penuh. Tapi, alah no hal la.....bila dah ada geng....silap hari bulan kamu dapat tempat duduk yang best nanti!. Ok disini sebaik kamu duduk dan cikgu tiada.....haaaaaa time ni lah beberapa kenalan baru akan menuju arah kamu dan soal itu ini begitu begini. Jangan risau, anggap sahaja kamu celebrity yang sedang diinterview oleh wartawan tempatan/luar negara/luar planet. Jawab satu-satu sambil senyum. Selalunya antara soalan:
-Apa nama kamu? (walaupun dah diexplain depan kelas, jangan marahkan mereka....anggaplah mereka terkedu melihat wajah kamu depan kelas tadi sampai tak dengar nama kamu)
-Tinggal mana (bagitahu jujur, mana tahu ada member yang tinggal area kamu.....haaa dah ada geng pergi sekolah sama-sama)
-Bapak kerja apa (kena tegas menjawab.....bapak saya kerja Polis!/Biznesman berjaya!/Doktor!)
-Kamu dari sekolah mana sebelum ni? (jawab dik, jangan tak jawab)
- Matematik kamu dapat berapa (yang ni sila jawab kurang jujur sikit, walaupun maths or any subject kamu adalah teruk.....tak salah upgradekan sikit markah kamu menunjukkan kamu bukanlah vongok sangat. Ingat!! kamu nak mencari kawan bukan? jika tiada kawan...chances untuk diperbulikan adalah tinggi. Balik rumah gi pulun baca kembali subject yang kamu gagal)

tips ketiga

Sila aktifkaan diri dalam olahraga. Kalau di sekolah dulu kamu dicop sebagai kaki bangku, kaki gajah, kaki kudis...hmmm apa kata ubah sikit jati diri tu. Kamu boleh bermula dengan permainan batu seremban atau lompat getah. Aku dulu begitu. Ini bukan joking ya. Di sekolah Convent dulu. Aku bermula dengan bermain getah dengan kawan-kawan yang baik...ermm kiranya okey la, kawan setaman. Bila kau dah terror and jadi buah mulut kekakak senior hmmm kekuatan kau di sekolah tersebut mula bertapak. Okey aku darjah 4...and kakak senior darjah 6...seeee....kecik-kecik lagi dah bersenior bagai (siap berkakak adik angkat-aku tak suka ni). Step seterusnya, daftar diri masuk dalam pertandingan sukan. Seriously aku dulu tak gheti main netball. Sebab aku bukan minah sukan. Taaaaaapiiiii ko nak elak jadi mangsa kan? Ko main apa jua sukan dengan sepenuh hati. Aku dulu ada tanya tips dari cikgu macam mana nak layakkan diri untuk masuk team Netball sekolah. Alhamdulillah cikgu berbangsa India (aku lupa nama) bagi tips yang amat mudah dan berkesan. "Mudah sahaja Netty....Kamu just tangkap bola and shoot!!!" ok itu jer tips cikgu...Eh!!! akupun apa lagi mulai saat itu praktis shoot bola kat belakang rumah. Siap minta mak aku beli bola Netball and baldi gantung ahahahah. Ya....tektik aku berjaya. aku diserapkan sebagai pemain Netball sekolah and menang beberapa perlawanan bertaraf sekolah rendah. Cheeewah!!!
Haa disini aku nak tekankan...bila kau dah mula masuk pasukan athlete sekolah...maka secara automatiknya...tiada sesiapa pun berani kacau kau termasuk cikgu. Statemen belagak kan?....time tu la kau rasa diri macam Dato LCW. Kenapa? sebab kau adalah manusia yang mengharumkan nama sekolah. Gitewwww. Beranilah si pembuli nak buli kamu...silap hari bulan si pembuli pula yang bagi kamu ufti...ehhhh!!! 

tips keempat

Jadi pengawas!!! Pengawas library tak kira ya. Kuasa mereka di library sahaja. Eheeheehe macam simple jer kan...tapiiii pengawas la kengkadang yang jadi mangsa bulikan?.... Aku pun tak pernah sangka nak jadi pengawas. Pangkat ketiga tinggi pula tu. Eh!!! Ok, apabila anda dilantik sebagai pengawas sekolah....ini bermakna hubungan anda dengan cikgu cikgi adalah rapat. Jadilah pengawas yang disegani dan bukan pengawas yang sibuk nak mengadu hal rumahtangga si polan-polin pada cikgu disiplin. Aku juga pernah berdepan dengan budak gangster sekolah (yang kini jadi alim sealim alimmmmmmmnya, tak sangka aku), pernah juga kena perli dengan member-member yang marah bila tau aku nak buat spotcheck (macamlah aku desperate sangat nak selak kain korang just nak tau pakai kain dalam ke tak eeeee nyampes!!) tapi kau gunalah sikap ramah mesra alam kau tu. Senyum dalam tegas. Macam mana tu. Ahahahaha. Di sini juga peranan cikgu disiplin perlu ya. Kalau apa-apa jadi pada kau...adu sikit jer pada guru disiplin...insyaalllahhhh guru disiplin akan meroyan dan kawan yang mengenakan kau akan dikenakan tindakan tanpa bicara. Ehehehehe.

tips kelima

Pilih kawan yang sesuai. Oh! jangan pula macam tukar baju ya. Kamu rasa kawan ni tak best...kamu pergi pada kawan yang best!..jangan ya...tak elok tu. Member-member akan cop kamu sebagai memilih kawan, habis madu sepah dibuang, hidup segan mati tak mahu, pergi mampus adalah lebih baik. Kamu budak baru di sekolah and for sure kamu akan berkawan dengan kawan baru yang duduk disebelah. Dalam beberapa hari sahaja kamu akan kenal siapa kawan sebelah kamu sama ada dia fames atau tak, pendiam atau tak, bijak atau tak, friendly atau unfriendly. Teruskan berkawan disamping itu buat kawan dengan member-member kelas yang lain. Bila kamu dah ada group yang sesuai...jangan ditinggalkan member yang pertama sekali menegur kamu. Jangan dik, jangan...... Beberapa bulan sahaja kamu dah join group yang best tapi dalam masa yang sama teruskan berkawan dengan member kamu yang dulu yang pernah tanpa segan silu menunjuk kamu cara ke kantin, ke toilet, ke bilik guru, ke bilik Sains. Dengan cara ini member-member akan beranggapan kamu adalah baik (walaupun kamu memang baik), peramah, mudah bergaul dan mesra kawan. Yang paling pentingggggg....jika ada sesuatu terjadi pada kamu...kawan-kawan inilah yang akan menjadi benteng memprotect kamu. Wah!!!! dah jadi puteri lilin dah ni. Tapi jika kamu sendiri nak pilih group gangster atau si pembuli...hmmm tak dapek acik nak tolong. Berkawan boleh tapi join buat benda bukan-bukan....jauhkan!! Amaran dari police cop Gaban.

tips keenam

Ini memang biasa. Join martial art di sekolah. Tunjukkan kamu ahli Karate Do black belt kaler biru. Cuba join mana-mana pertandingan. Kalah takpe....janji nama ko di bibir cikgu bab-bab masuk pertandingan KATA atau apa-apa jer la. Janji member-member sekolah tau ko ahli karate. Nak jadi best...sebarkan gossip ko pernah tampar dan karate 5 orang bangla mabuk tepi jalan yang cuba nak touching-touching ko. Maybe si pembuli sekolah akan kagum dengan ko. Di sini chances ko untuk mendaftar ahli group pembuli adalah tinggi. Maka fikir sehabis baik. Elakkan.

tips ketujuh

Hindarkan diri dari melalui kawasan atau port goup kanak-kanak kurang kasih sayang ni *si pembuli*. Contohnya dari jauh kamu dah nampak group ni lepak di toilet sekolah. Elakkan dari masuk ke tandas tersebut. Nak terkucil atau terberaks sesangat pun..elakkan.....cuba sedaya upaya tahan kesakitan perut yang kamu alami, cari mana-mana longkang sekolah yang tersorok dan lepaskaan hajatmu *jangan tiru aksi ini*. Macamlah ada satu jer tandas kat sekolah kan???? Tapi, jika kamu yakin dapat menumbangkan sorang-sorang macam pijak lalat jer *if kamu dikacau* maka pergilah ke tandas tersebut. Tapi jangan pula *sarang tebuan dijolok*....dia tak usik kamu and just lepak dalam tandas, alih-alih kamu pula yang naik minyak serang diaorang. Selidik dulu Tipah......jangan dibuai perasaan takut punya pasal terus kamu serang mereka membabi buta. Sometimes mereka lepak tandas just untuk membuat aktiviti-aktiviti terlarang seperti merokok, ambil dadah, tengok porno jer. Kamu jangan yaaaaa cuba-cuba buat aksi Jet Li. Insyallah jika kamu melakukan aksi tersebut, maka kamu akan jadi mangsa pembuli sampai tamat persekolahan. Insyallah ya. Tuhan bersama-sama dengan mereka yang benar.

tips kelapan
Berpada-pada, jangan tunjukkan sangat kamu ni ulat buku, scorer atau nerd. Peluang dibuli adalah sangat tinggi ya. Macam stock exchange. Jika kamu scorer and at the same time ahli sukan....tu takpe. Sebab kamu ramai peminat and bodyguard tak bertauliah. Ni pada yang nerd tu...hmmm sometimes tak susah nak klasifikasikan diaorang ni nerd. Tapi nak buat macam mana...mereka ni lah pemimpin masa akan datang. Sepatutnya mereka dijaga dengan sebaik mungkin. Khazanah negara ni. Akupun pernah tengok budak nerd kena buli lite-lite. Kesian diaorang. Dah memang nature mereka sukakan buku dan hmmmm nerd. Tapi selalunya di alam persekolahan jer. Dah masuk Uni dah kawin, nerd tu hilang lah. So kalau boleh berpada-pada lah jadi nerd. Jangan nampak sangat. Jadi biasa-biasa sudeh. Awal-awal jangan tunjuk bijak sangat. Final exam jer tunjukkan yang ko memang otak geliga tahap langit ke tujuh. Baru orang macam respect...waaaaaaaaaaahhhh kat kau. Tak ke kembang kempis hidung ko bila dapat pujian?....ehehehhe

tips kesembilan

Hubungan baik dengan cikgu. Haaa ni aku nak jelas terang-terang. Hubungan baik adalah kamu baik dengan cikgu tu. Cukuplah cikgu tu kenal siapa kamu. Bukannya hubungan baik seperti hubungan terlarang, hubungan abang adik, hubungan laki bini tak sohih, hubungan belakang tandas sekolah, eh!. Hubungan baik dengan cikgu juga bukan hanya pada seorang guru. Ooooo mentang-mentanglah cikgu tu handsome....maka cikgu tuuuuuuu jerlah ko hadap.Tolong hantarkan buku latihan, angkat bag cikgu tu, cuci kereta cikgu...baik ko mintak nikah jer kalau lagu tu. Sometimes murid-murid ni ada yang memilih cikgu. Tak bermaksud cikgu yang garang and muka ketat tu tak dapat membantu kamu jika kamu dilanda masalah dan sometimes tidak bermaksud guru yang dah lanjut umur jalan slow tu tak boleh menjaga kamu. Bagi aku....buatlah baik dengan semua guru. Jika di mana situasi kamu dibuli berlaku....cikgu-cikgi inilah yang akan menjadi benteng menegakkan keadilan bagi kamu. Selalunya gossip-gossip sesama guru ni cepat sampai pada si pembuli yang menyebabkan si pembuli berdebar. Takut tak lah kot...tapi berdebar ada, cukup untuk membuat si pembuli macam cacing kepanasan. Dah nama si pembuli jiwanya kental. Jiwa lanun kannn.

tips kesepuluh

Ko couple jer dengan salah seorang konco-konco si pembuli. Cari yang handsome sikit. Tak pun pegang ketua pembuli. Muka pecah pintu tak apa....bukan buat lakipun, yang penting kamu selalu dilindungi dan dilayan sebagai kakak kawasan. Jika kamu terbreak separuh jalan pun tak apa...sebab si pembuli ni tak akan sekali-kali menyakiti hati kamu. Huiiiii kaki buli ni sometimes bab cinta cintun memang hati kaca....sakitnya menusuk kalbu. Mau meleleh air mata belakang tandas. Gitewww. Tapi kalau dah terover falling in love pun nak buat macam mana. Kamu tu kenalah bawa dia ke jalan yang diredhai. 

dah itu jerlah tips aku. Sebenarnya banyak lagi tips nak bagi tapi aku ada kerja yang belum diselesaikan. Karang aku pula kena buli dengan bos aku. Haaaa sometimes buli ni bukan sahaja di sekolah, tapi tempat kerjapun ada. Cuma tak berapa nampak sangat. Eh!! cukuplah....aku kena kerja...nk buli orang bawah pulak ehehhehehe. Babai.

Me Naughty..me Netty

Monday, November 3, 2014

Decorating My Filofax Week #29 & Current Set Up

Owh!! before that....this you tube video does not belong by me.
Just share it because I like it.
Tq luv.



Me Naughty..me Netty

© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno