Thursday, October 31, 2013

Kenapa Wanita Takut Melakukan Pemeriksaan Payu Dara



Ya entry hari ini lebih bersifat pandangan aku sendiri.
aku tidak melakukan interview mahupun mengugut mana-mana doktor untuk memberi keterangan perihal pemeriksaan payu dara ini.
 
Aku hanyalah insan biasa yang bekerja sambil belajar dan kekadang sambung buat kek, aku suka baca komik dan tengok anime, aku suka dengar gossip dan sekali-sekala terturut serta merancakkan arena gossip antarabangsa. Maka janganlah terlalu mengambil hati sangat mengenai perihal pemeriksaan payu dara yang akan aku ceritakan ini.
 
Umum sedia maklum kanser payu dara antara penyakit yang jika tidak dilakukan pemeriksaan awal boleh membawa maut.
 
-kenapa aku serius tetiba ni?-
 
melihat pada diri aku sendiri *bior la aku jadi model dalam ini cerita*
sejujurnya aku antara wanita-wanita yang penakut untuk membuat pemeriksaan payu dara
walaupun beberapa tahun lepas aku pernah memaksa diri membuat pap smear, itu aku dah awardkan diri aku dengan cemerlang gilalah! sebab berani kangkang depan doktor secara free of charge....siap aku pulak yang bayar doctor tu untuk tugasan mengangkangkan aku secara live telecast tika itu.
 
kini aku rasa tiba masanya aku memberanikan diri untuk melakukan pemeriksaan payu dara yang lebih serius.
 
ok, disini aku terangkan serba serbi kenapa aku takut sangat untuk membuat pemeriksaan payu dara. Para doktor sila take note
 
ni faktor paling popular aku.
 
Kurang Keyakinan
Hmm di sini untuk aku katakan yang aku kurang yakin untuk pergi ke hospital and suruh orang check dada aku. Tapi susah jugak, datang sewel aku nanti, ok jer aku tunjuk (dalam keadaan terdesak maybe) aku bab-bab tunjuk body ni memang cemerlang kengkadang. Tapi depends pada doktorlah, yang mana aku prefer tunjukkan asset aku pada doktor pompuan.
 
Perasaan Takut Pada Keadaan Sekeliling
Pernah tak korang merasa perasaan berdebar-debar atau kupu-kupu dalam perut di saat korang nak melangkah masuk ke hospital? bagi aku tak payah tunggu hospital, melangkah keluar dari rumah dah cukup buat aku bedebar-debar, kalau ada kucing melompat depan aku time tu memang terjojol la aku terlentang keras depan pintu. Dasyatkan cara aku ekspresikan ketakutan aku.
Tapi punca sebenarnya perasaan takut tu aku rasa depends jugak pada orang, maybe ada yang berani tapi entahlah maybe aku ni kretif bab-bab bermain dengan perasaan. So aku layankan jer perasaan aku tu kan. Tu yang jadi over takut kengkadang dan akupun kurang pasti maybe aku takut kalau kena marah dengan doktor atas alasan aku tak pernah nak buat pemeriksaan sebelum ni ataupun mungkin aku takut dengan hospital yang berbau ubat-ubatan.
 
Percaya Pada Gossip Semasa
Ya, aku akui bab-bab penyakit ni aku memang mudah benar percayakan gossip.
Contohnya senario di satu acara majlis mesyuarat tingkap kampong sendoyon.
 
"Eh! Tijah, ko dengar cerita tak? si Miah tu dah hilang tetet nyer ha. Sebab pergi buat chek tetet tu la habis kena himpit tekan-tekan dengan besi panas. Tu yang sampai hilang tetet"
 
ha, silalah percaya, aku memang akan telan bulat-bulat apa yang dikatakan.
tak silap aku yang dikatakan besi impit tetet tu is Mamogram.
 
Maaf gambar agak sedikit menjengkelkan tetapi tertarik untuk melihat lagi dan lagi dan lagi.
 
Source : Google Image
 
Aku dulu sebelum membaca artikel berkenaan pemeriksaan payu dara ni, aku bayangkan yang payu dara kita ni akan digelek oleh besi panas. Ala-ala steamroll tu. Naya jer kalau kena gelek macam steamroll. Confirm leperlah dada aku nanti. Time tu terpaksalah fikir macam mana nak harungi hidup sehari-harian dan hari-hari terpaksa gulung balik dada yang leper tu dan sorok elok-elok dalam sampul bra. *lihat! imaginasi ketakutan aku agak melampui batas normal seorang manusia*
 
so far ada dua tiga orang yang pernah buat mamogram ni memberi tahu yang ia agak menyakitkan. ya, aku telan bulat-bulat kata-kata mereka. Mestilah sakit jika dipenyet oleh mesin tu. Lainlah kalau dipenyet oleh doktor lelaki, haaa tu dah lain cerita ya. Sila ignore imaginasi aku yang ini. Aku dah ke laut dah.....tunggu nak terjun jer.
 
Risau dengan Result Pemeriksaan
Aku memang allergic kalau bab-bab result ni. Since UPSR bawalah ke Universiti, perkataan result memang cukup aku menyampah dengar. Mungkin sebab aku tak suka dengar keputusan yang akan aku hadapi nanti. Samalah dengan pemeriksaan payu dara. Ko takkan sesuka hati bagi free tetet ko dilanyak mesin tu dan berlalu pergi ke starbuck untuk minum kopi sambil layan internet free. Tiiidaaaakkkk, antara mahu atau tidak, result kesihatan akan keluar dan part ni lah aku paling gerun. Doktor takkan sekali-kali akan buat surprise seperti panggil clown atau tiupkan belon dan pecah depan muka kamu semata-mata nak umumkan yang kamu bebas kanser payu dara. Doktor juga tidak akan menangis teresak-esak tatkala nak umumkan yang kamu dah kena jackpot yang mana akan buat kamu keras tidak berdarah di depan meja doktor.
Samalah juga bila kamu menerima panggilan telefon, situasinya tetap sama. Sama ada kamu akan dikompang happy oleh nurse ataupun nurse minta kamu berjumpa doktor yang akan menjerentatkan nafsu makan kamu selama beberapa hari.
 
Takut ditinggal Suami
 Oh! alasan yang ini aku kurang pasti pula. Tapi adakalanya takut juga. Mungkin ada sesetengah lelaki yang bila isterinya baru nak pergi jumpa doktor, mereka dah mula sedih dan mulalah melakukan aktiviti mencari ibu baru untuk menjaga anak-anak. Konon dah macam bini ko nak mati sangat dah, padahal baru jumpa doctor jer pun, itupun kalau jumpa, kalau bini tersinggah MC D sampai habis waktu appointment kan dah naya. Alasan tak boleh blah! Eh! emo pulak.
 
Malu
Ya, aku ni kan sebenarnya pemalu. Uhuk! Uhuk! Uhuk!
dan sebab pemalu punya pasal la aku tak mo story yang ni...
dah namapun pemalu. kan kan kan
 
 
so far itu je la alasan aku tapi ada juga alasan-alasan lain cuma masa tak ada untuk aku bercerita lebih. Memang la takut kehilangan asset penting tu......penting untuk susukan anak dan bapak anak.
tapi bila tengok sepupu aku si Angelina Jolie tu buang payu dara untuk elak kanser, aku jadi sedikit WOW! beliau sangat berani dan mungkin pemeriksaan payu dara tak seteruk yang aku sangkakan. Akukan suka melebih-lebih.
 
 
Ok, walaupun korang dah sedia maklum, ini antara tanda-tanda yang perlu kalian perhatikan:-
 
- ketulan di payudara atau ketiak
- perubahan luar biasa tekstur, bentuk dan size payudara (yang ni aku kurang pasti penyebab dada tak sama size, cuba minta suami masing-masing tiup bahagian yang kecik sebelah tu, insyallah sama lah size nanti)
- kulit payudara bengkak, berkedut dan ke dalam (jangan ko tuduh moyang korang ada kanser payu dara pula bila tengok dada diaorang yang dah berkedut tu and paksa buat mamogram....nayaaaaa jer ke moyang)
- puting susu tenggelam
- pendarahan atau lelehan luar biasa dari puting
- kulit payudara berbintik seperti kulit limau (yang ni aku kurang pasti jenis limau, sama ada limau abung ke, limau kasturi atau limau mandarin - tak tahu la pula)
 
 
Akhir sekali aku nak nasihatkan diri aku dan juga korang yang sama macam aku,
buat pemeriksaan sendiri dan kalau ada apa-apa yang mencurigakan jumpa doktor.
Ingat!!! jangan sekali-kali beri abang angkat, adik angkat, suami neighbour sebelah ataupun rakan tugas lelaki membuat pemeriksaan ke atas payu dara anda.
Dikhuatiri anda dan mereka-mereka itu yang akan dilenyet mesin memogram nanti.
 
 
SEKIAN
 
 
 
Me Naughty..me Netty

WIWT.......Saya Suka Hadir Meeting Sebab Boleh Makan Free

Assalammualaikum dan Selamat Pagi
 
minggu ni saya perasan,
saya kerap hadir meeting
sama ada bagi pihak orang lain ataupun diri saya sendiri
 
and today saya ada dua meeting yang perlu saya hadir pada waktu yang sama.
hmmm....and so far tiada siapa yang nak ganti tempat saya untuk meeting yang satu lagi?
 
tapi rasanya saya sudah berjumpa mangsa yang sesuai untuk gantikan saya untuk meeting yang satu ni.
jika tidak, terpaksalah saya bahagikan masa, separuh masa pertama masuk meeting ni dan separuh masa lagi untuk meeting seterusnya.
 
....
Saya rasa ada sesetengah dari kita yang memang tak suka hadir meeting
sayapun adakalanya begitu juga but depends pada jenis meeting
kenapa?
ada juga meeting (mesyuarat) yang sah-sah kita tahu akan menjadi mangsa penggal kepala hidup-hidup (tau dah nak kena hamun)
dan
ada juga meeting yang kita memang nak attend sebab pegawai boleh lihat kredibiliti kita dalam memberi taklimat dan menjawab soalan keramat tanpa ada aaaaa errrrr hmmmm dan - - - (tak bersuara langsung)
 
walaupun begitu,
tidak bermakna meeting adalah sesuatu yang tidakmenyeronokkan.
Meeting akan menjadi lebih fun dan interesting apabila tuan rumah mempersembahkan hidangan breakfast ataupun tea time yang best-best di atas meja meeting  *wink* *wink*
dan saya akan pura-pura tidak nampak dan tidak berminat di atas makanan-makanan tersebut
padahal dalam hati......tuhan jer tahu bertapa gairahnya tangan ni nak capai sebiji kuih dan terus ngap dalam mulut.
 
Seingat saya ada dua mesyuarat yang saya kira best persembahan hidangan makanannya.
Satu di Putrajaya dan satu di ofis saya sendiri tapi bahagian yang lain.
Di Putrajaya standard la mereka bagi hidangan ala-ala hotel dan satu lagi di ofis saya hmm hidangan yang simple tapi mengiurkan. Bila kamu makan cucur bawang panas-panas, ikan bilis dengan air teh perghhhhh! Sentap.
 
satu lagi.
meeting yang tak ada makanan adalah sangat tidak membantu saya untuk berfikir dengan cemerlang yer, sekian eheehehe.
 
oh! ada lagi.....fikiran saya akan keliru jika air yang diberikan kepada saya merupakan air kopi semata....saya terpaksa minum seteguk untuk menjaga hati tuan rumah. T_T nangis.
 
anyway
saya tertunggu-tunggu juga meeting yang dihidangkan dengan pavlova or cake
hmm bila agaknya?
 

 
 

Wednesday, October 30, 2013

My Favourite Supplement

VCO - Virgin Coconut Oil - treenea
 
I bet some of you have already known about the product
 
As for me,
I've been taking VCO for almost a year as it is good for support healthy skin.
(Oh! ini bukan iklan berbayar yer sayang)
 
So far I rasa kulit muka ni macam senang je nak make up
ye la  bila guna foundation macam kadang-kadang tu jenuh nak bagi sama rata
but since I ambil supplement ni, rasa macam make up tu cantik jer.
(tak tahu la kalau make up tu sendiri yang sedia cantik)
 
Lagipun VCO memang terkenal dengan khasiatnya such as:-
-melancarkan sistem pencernaan (kan senang nak beraks tak payah susah-susah kena masuk ubat bontotla, nak kena minum yogurt satu botol la)
-meningkatkan sistem dan daya tahan tubuh (good)
-membantu mengurangkan berat badan (still waitin')
-mengurangkan risiko sakit penyakit jantung (ingat! mengurangkan risiko yer, bukan menghilangkanpenyakit jantung)
-membantu merawat pelbagai masalah kulit (haaa ya sangat membantu and don't expect makan dua tiga biji and kalian dah fefeeling retis ok)
-dan lain-lain (nah! aku malas type dah!)
 
haaaa, murah jerpun, tak rugi kalau uols beli and kalau nak beli sila cari dealer-dealer hot yang jual VCO ni yer as aku just sebagai pengguna and penyembang kosong jer. So since I am not a dealer maka jangan beli dari aku sebab aku adalah sangat pemalas nak jual product. Heh!
 
*_*
 
By the way, Virgin Coconut Oil ni is totally different from other cooking oils tau.
So don't ever-ever try to change your cooking daily routine by adding VCO to your masakan eh.
 
Nyampah I nak jawab soalan-soalan cepumas ni lagi.
VCO BUKAN MINYAK MASAK!
 

 
satu hari I ambil 2 - 4 biji
or kadang-kadang I campurkan jer dalam air the o.
 
heehehe
selamat bersupplement
 

WIWT......Akhir Tahun yang Menyibukkan



 
As usual it's VARIANTE and I'm loving it!
 
*-*
 
Di akhir tahun ni disaat anak dah nak start cuti sekolah and mak bapak sibuk plan for holiday,
I pula sibuk dengan final sem, kursus, kerja yang sememangnya banyak but buat-buat tak nampak dan bebanyak lagilah.
haish.
perasaan oh perasaan.
 
Eh! ada tak I mention before ni yang I tak jadi buat birthday party anak-anak?
hmmm will postpone next year la bila si starbucklatte dah lebih matang dalam cake cutting and lebih berani berdepan dengan clown and some more I dah berpindah di tempat baru. Buat birthday party di rumah sendiri lebih puas hati gayanya.
 
tata
 
kerja-kerja-kerja

Tuesday, October 29, 2013

ADIDAS KOTR - Aktiviti Larian Pertama Saya Selepas Beranak Dua - Karangan Part I

Gambar diambil dari website ADIDAS -King of The Road (KOTR)
-minta izin ya pak Didas.
 
Ok, hari ni, semangat aku untuk menaip karangan 360 patah perkataan sehangat sewaktu aku join larian ADIDAS KOTR di Lebuhraya NPE pada 20 Oktober 2013 tempoh hari.
 
dan betul, bukan choobaaan bila aku katakan ini merupakan larian pertama aku setelah bergelar bini orang dan wanita anggun beranak-pinak.
 
dan chooobaan membabi-buta aku dalam mendaftar diri untuk menjadi peserta ke berapa ribu dalam larian tersebut membuahkan hasil apabila aku berjaya memperolehi dua biji pisang, sebuah medal dan air mineral tatkala aku berjaya menamatkan larian.
 
pisang tu beb! orang lain dapat sebiji, aku jer dapat dua bijik!...tak ke rare tu.....
 
ok, ikuti kisah pengembaraan aku sebagai peserta larian ADIDAS berstatus bini orang beranak dua.
 
seawal jam 6 pagi aku dah standby nak pick up member ofis aku and sampaipun kat Sunway pyramid tempat acara bermula jam lebih kurang 7 pagi. Larian akan bermula tak silap aku jam 7.15 pagi
lihat gambar bawah.
 

 
ya acara bermula, teka mana aku?????
Ya, aku pasti kalian gagal meneka dengan tepat,
aku berada di bahagian belakang sekali sebab datang lambat
rupa-rupanya ramai lagi bersemangat keadidasan yang dah awal-awal pagi dok pilih tempat paling ke depan.
Ibaratnya aku duduk bahagian bontot keretapi la.
dan time ni ko jangan harap dapat berlari sepantas Usain Bolt.
asal ko nak start lari, ko akan terlanggar dengan minah-minah yang dok selfie gambar sendri.
asal nak lari, ko akan tersondol orang depan yang betulkan tali kasut, maka nak taknak ko just jalan and lambai-lambai tangan pada cameraman yang memang dok standby nak ambil foto buruk muka ko. Candid katakana.
 
ya, lihat gambar di bawah lagi.

 
inilah pisang yang aku kepoh-kepohkan tu
Enak Nampak (aku yang Nampak, korang tak namak), aku memang aim pisang ni seawal ketibaan aku di kawasan acara.
pisang ni sangat seksi dan mengiurkan, aku kira hanya ada jual di cold storage dan mydin hypermarket sahajer.
tak tahulah kalau ada di pasar malam, sebab kulit pisang ni sangat cantik tanpa ada sebarang cela mahupun noda hitam kelihatan. awwwww. Oh! yang kiri adalah air mineral dan kanan adalah medal. (aku pandang sebelah mata jer)
 
lihat gambar bawah, jangan lihat laki orang.

 
ini adalah band-band jemputan yang memberi semangat kepada kami ketika kami mahu memulakan larian. Aku kurang pasti sama ada mereka ni masih kanak-kanak sekolah ataupun sudah berstatus bapak orang dan aku juga kurang pasti apakah lagu yang mereka mainkan. Takpe janji bukan lagu Negaraku, kalau lagu Negaraku memang confirm aku tak dapat merasa pisang yang enak tersebut setibanya di garisan penamat dan dah confirm-confirm aku akan duduk terpacak sehingga selesai lagu tersebut dimainkan.
Apa-apapun aku bersyukur kerana aku tidak turut serta ter'join ketuk-ketuk dram tersebut.
awwww lagi.
 
Tengok bawah.
'
'
Tengok gambarlah! Siapa suruh tengok celah kangkang!

 
ok, sewaktu aku berlari di laluan sebelah, aku dah nampak orang bersorak di laluan bertentangan.
Perasan juga, aku ingatkan mereka menyorak aku yang berleher jinjang ni, oh! rupanya tidak.
 
Memang agak samar-samar, sebab aku ingat baju yang berlari, tapi oh rupa-rupanya manusia.
Daripada perbualan curi-curi dengar dari member sebelah yang tidak ku kenali susurgalurnya,
dia mengatakan geng-geng sawo matang ini memang dijemput khas oleh ADIDAS untuk memeriahkan majlis tersebut dan memang dasyatlah diaorang lari. Aku baru nak bermula dan diaorang dah separuh jalan nak sampai.
Oh! diaorang masuk kategori larian 16.8km yer.
Bravo untuk diaorang.
 
sila lihat bawah

 
haaa nilah si tukang cerita
NOTTINETTI
yang sebelah tu la member ofisnya yang berjaya membuka hati aku
untuk samborono join larian ni and samborono menghabiskan duit membeli kasut beratus hengget just untuk larian ni. Bagus!!
 
tengok bawah

 
sebelum lari, aku sempat berangan yang aku antara peserta yang akan naik pentas ni dan mendapat replika cek bernilai RM4000
yaaa..kalau berangan memang tak dapatlah kan...ko nyanyilah lagu rasa saying hey secara kepala ke bawah kaki ke atas pun, memang takkan dapatpun.

 
Sila lihat gambar bawah
 
hmm aku faham, aturan gambar macam ke laut sikit
tapi takpe asal korang faham.

 
ini acara permulaan.
bertuahlah kalau aku dapat duduk barisan paling depan sekali
unless kalau aku sogokkan salah sorang dengan kereta mini cooper, insyallah adalah space sejengkal untuk aku.
 Itupun "kalaulah"
 
sila lihat gambar bawah lagi

 
aku simpati betul dengan Adam & Hawa ni.
kenapalah di black and whitekan gambar ni????
dah aku blur mana tiang lampu? mana jambatan? mana orang-orangan?
isk..simpati...simpati....
mawrah betul aku.
 
lihat gambar bawah

 
yaaa, pisang aku masih banyak and masih belum terusik
Alhamdulillah.
 
Sila lihat gambar bawah lagi
sampai korang muntah hijau.

 
sewaktu berlari, kalian juga akan diberi sesi kaunseling atau tazkirah pagi secara percuma.
seperti wanita di atas, saya kurang peka apa yang ditazkirahkan oleh mamat sebelah.
mungkin mamat tersebut cuba memberi kaunseling mengenai adab-adab berpakaian ketika berada di khalayak ramai. Ini sedikit sebanyak ya, boleh mengelakkan dari budaya cabul atau ghogol beramai-ramai berlaku.
 
mamat tersebut juga boleh bertukar bidang menjadi tukang tunjuk arah
atau tukang pemberi semangat kepada kalian. Itupun kalau kalian perlulah, kalau tak perlu, ignore kan jer.
 
Lihat gambar bawah

 
adakalanya mamat yang bertindak sebagai staf bertugas ini juga boleh menukar profession kepada kaunter pertanyaan. Tanyalah apa jua yang anda ingin tanya. Seperti balance bayaran PTPTN anda, kedalaman laut Cina Selatan, gossip artis dan sebagainya
jangan risau, mereka tidak teragak-agak untuk menjawab soalan anda tanpa dikenakan bayaran.
 
lihat bawah
confirm ni gambar last...takde dah!
betul...tak tipu.

 
sewaktu berlari juga, anda tidak akan kebosanan.
seyes tak tipu...selain kumpulan dram yang menghiburkan anda seawal larian bermula, anda juga akan terserempak dengan kumpulan bhangra di atas.
Ya, tujuan mereka bukanlah untuk melalaikan anda sehingga anda terpaksa meng'stopkan larian dan join sama mereka menari bhangra. bukan...bukan...mereka tidak sejahat itu.
tujuan sebenar mereka adalah untuk menaikkan semangat anda.
sekuat mana rentak muzik mereka, sekuat itulah kalian perlu berlari.
Awas!! ada juga yang leka di buai muzik bhangra tersebut yang mana mereka akan diketegorikan sebagai peserta tertewas dan perlu diberi nasihat setelah acara tamat.
 
 
buat tika ini, ini sahajalah cerita saya untuk aktiviti larian ADIDAS KOTR pada hari ini...
inyaallah saya akan sambung lagi dengan cerita seterusnya mengenai pengalaman saya meng'joinkan diri dalam larian ini.

'
'
 ' 
sila lihat atas semula
 
 
 

Me Naughty..me Netty

Dah lama tak buat entry geng blogger/bachelor

PERINGATAN!
Ini cerita/entry lapuk
(sila lap skrin monitor/hp anda bila baca)
 
Seyes, memang lama sesangat aku tak bercerita kisah lunch bersama geng-geng blogger.
nak kata sibuk tak jugaklah, ada jer masa kalau nak berblog time Sabtu & Ahad.
tapi yer la sebab dah namapun malas, memang rare lah kalau aku rajin update on da spot cerita ceritun geng blogger ni kan.
 
ni pun makan-makan ni rasanya date 18 Oktober 2013
at Chilis KLCC
 
Kehadiran:
 
Notti Netti
Mummy Ayu
MamaTisya
AfidahArif
 
Masa - 1230 tengahari/Jumaat
 

 
taraaaaaaaa........
percaya tak kita orang makan ni jer?????
percayalah! percayalah!
(aku sendiripun tak percaya)

 
menu French fries with a looootttt of cheese tu aku order sendiri
sebab lapar + jenuh menunggu mokcik-mokcik blogger yang lain
memanjat dari level bawah KLCC ke bahagian atas Chilis.
akukan tak boleh lapar, kang gastric ahahahah.
 
*sebenarnya ada banyaklah lagi menu cuma aku jer malas nak snap gambo, kang buat merana mata, jiwa dan perut jer aku hupdet gambar-gambar makanan*
al maklumlah, perut aku ni memang gatal, time makanan depan mata, time tu lah kenyang time tu la takde selera, bila makanan berubah jadi bentuk gambar, haaa time tu la perut aku berbunyi-bunyi and mengidam macam-macam.
nafsu lembu betul!

 
dan akhir sekali, terima kasihlah pada Mamatisya sebab ambilkan gambar senget ni,
dah macam menara condong pisa jer gaya kitaoraang.
ko kemain yer Aimi. Time kitaorang silap sikit ambil gambar confirm kenalah bebel dengan mak tiri tu.
tapi takpelah ko amik gambar sesenget manapun Aimi, aku tetap berdiri mentain sebelah wording Adidas tu. hahahah
 
oh! pada yang tak tau (rasanya semua tau) sebelah tu Madam MummyAyu ok. Kesilapan Mummy Ayu ialah dia tidak kepit dua pangkal peha dia, kalau dia kepit sikit confirmlah-confirm punyalah boleh sama levelkan gambar ni (sebab dalam gambar ni Nampak macam berat belah aku jer)
terima kasih lagi kepada MamaTisya.
 
as fo Fida??? dia jadi pom-pom girl depan kitaorang sudeh.
sekian
 
Me Naughty..me Netty

Monday, October 28, 2013

Drama Korea Baru - The Strange Housekeeper-



Ok I am not in the mood of story telling yet
baru jer tengok episode 3 ni without knowing nothing tentang episode 1 &2
kan....

yang aku tau kisah satu family yang kematian ibu/wife
and datang pembantu rumah yang macam scary sikit.

oklah...nanti-nanti story
tak guna story kalau tak tau jalan cerita
and hey! si wanita winter sonata berlakon watak tak berperasaan la....

hmm.....

Me Naughty..me Netty

My New Blog Makeover





My third major update on my blog template and I am So incredibly excited to show you my new blog design.

So, do you like it?

Apa? why white??

Well I'm quiet obsessed with white color currently.

White house, white sofa, white dining table, white kitchen cabinet, white panties, white bra, white me err...white bla..bla..bla...ahhh forget it.

by the way, my blog....taraaaa

Don't you think I did a fabulous job? ha? ha?


-ntah apa-apa!-

Me Naughty..me Netty

Siapa Tak Sayang Anak Oiiiiiii....

Yer...sepatutnya tajuk tu lebih kepada siapa tak sayang bini! tapi aku sendiripun bertitle bini maka aku ubah jer tajuk tuju khas buat anak lelaki aku yang dua orang tu.
 
Aku pada mulanya tak sangka dapat anak yer la kan aku ni family yang bertotal kecil
bila dapat dua anak lelaki ni syukur sangat
dan aku just nak sorang jer lagi anak pompuan kalau boleh.
geram tengok baju cantik-cantik ha....
nak dimangsakan si starbucklatte macam tak sampai hati
maka banyak aku beli baju cantik-cantik and emas permata untuk anak-anak buah berjantina pompuan jer la.
 
bila dah ada anak ni kengkadang best, kengkadang aku rasa nak perah-perah jer diaorang (time tak dengar cakap) kengkadang rasa macam nak picit jer si bapak (sebab tak membantu)
tapi semalam aku rasa sangat emo
emo happy dan emo hangin satu badan jer.
 
mana taknya, bangun pagi-pagi tengok anak aku dah siap cuci kereta
haloh haloh haloh anak siapa lah ni?!
memang si anak sulung aku ni ada cakap a day before yang dia nak tolong aku cuci kereta but aku just ajak-ajak ayam....ye la budak-budak takkan nak cuci kereta tak?
tapi memang tak sangka, dia bangun awal dari aku, dengan baju tidur dia haaa
 
emo sayu jer tengok - bagus anak aku ni, rajin.
tapi yang paling aku emo bila tengok dia cuci kereta aku guna berus sabut. waaaaa
jam jam tu jugak aku jerkah dia.
huk calar la kereta ibu!!!!!
 
nasib baiklah dia baru start cuci, kalau tak akupun tak tau nak buat ekspresi muka macam mana...
apa-apapun terima kasih la anak sebab basuh separuh jalan jer,, yang selebihnya lebih kepada main air. Aku jugak yang kena settlekan sampai habis.
 
 
yang sorang ni memang orang geram jer nak cubit pipi dia yang tembam konon.
akupun geram sama nak cubit montot dia sebab kuat merajuk.
kalau merajuk tolong cuci pinggan ok gak, ni merajuk jenis masuk bawah katil dan nasib baiklah katil rumah mak aku ni tinggi-tinggi. Kalau tak kena lah aku jadi hulk untuk angkat katil tu ha.

 
apa-apapun anak adalah anugerah tuhan
kita sebagai mak bapak ni kena lah pandai mendidik mereka.
kalau agak bapak tak boleh pakai, mak kena main peranan yang penting, begitulah sebaliknya.
so far anak aku di bawah jagaan bapak aku memang berdisiplin gila lah
hahahah and harap tahun akan dating bila aku ambil alih jaga anak-anak aku, mereka akan menjadi lebih berdisiplin...hehheh (usap batang buluh)
 
.....cancel birthday party yer, duit tu kita buah pergi hohoholiday!.....
yeay
mak yang xcited.
 

Friday, October 18, 2013

Kamu Blog, Kamu Dapat Kawan and Dapat Hadiah

Yeay, apa lagi yang mampu I katakan. Mempunyai kenalan-kenalan dari alam blog yang baik-baik amatlah menyeronokkan. (Ayat macam baik-baik sahaja ini malam) mungkin sebab hujan turun lebat and otak asyik ligat fikir what kind of doa yang best time-time cenggini ( kan doa mudah dimakbuklkan waktu hujan....insyaallah ).

And talking about kawan blog. I bersyukur sangat alhamdulillah (gaya menadah tangan) sebab dikurniakan member-member yang sangat baik hatilah sangat. 

Buktinya, mereka rajin bagi hadiah. Ya, maaflah kira kamu andaikan saya gila hadiah ahahha eh! Bukankah kamu juga begitu? Eheheh wink wink

Anyway thank you sesangat kepada firahadifa (afidah arif) sebab murah hati hadiahkan I and geng-geng blogger yang lain dengan gift yang marvelouse! Tengok bawah.

Oh! Bukan-bukan ini hadiah. Jangan uols nganga pulak. Bukan handbag ya. Kalau fida bagi handbag longchamp memang I gomel pipi dia kasi gebu macam pau.

Dia hadiahkan jubah dari Dubai untuk I, MummyAyu, Mamatisha, Suziey.com and Watie Wynn. Alhamdulillah. Sukalah sangat. Sebab tu lah buat baik di mana-mana sahaja kamu berada and insyallah kamu akan dikurniakan kawan yang baik-baik juga. Amin


To Fida, thank you yer. Selamat menjadi warga kuwait pula nanti. Eheheheh Luv Ya.

Dapat Duit Raya During Raya Haji??


 
Seyes tak tipu.
Cousin aku bagi duit raya pada anak-anak aku
time Rayo Haji.
Yang anak-anak aku tau....yeay dapat duit!
 
Aku yang terkulat-kulat ni terimalah bagi pihak diorang.
dalam hati
eh! perlu ke aku bagi duit raya kat anak buah dia???
ayoooo...
 
korang pernah dapat duit raya time raya haji tak???
tetiba aku jadi confius.

WIWT........Unflattering Harem Pants (Baggy Trousers)

Spot me wearing unflattering harem pants yet?
eheheheh LOL
 
I just love the cut of the trousers which is similar to the one
80's MC Hammer (rapper) used to don back in the day.
Feels like I'm wearing balloon style trousers (baggy fit) hahahahah.
 
 
lihat contoh bawah

Modern day hammer time: She tucked a form-fitting black sweater into her baggy trousers, and settled for a masculine pair of shoes
 
ask my apek tailor (SK2000) at Tampin custom made this style
and the apek look like
"ini 80's - 90's punya fashion oooo"
ahahahaha
and I was...
"saya mau ini fashion uncle"
 
so yes...I got one....
love it...berangiinnnnnn jer rasa.
 
 
ahahahahah

Wednesday, October 16, 2013

Paling Malas Lipat Baju

Haiyoooooo
Memang teruklah ini perangai
Memang tak gemar nak lipat baju
And because of habit yang buruk ni, maka baju yang belum berlipat makin bertimbun macam gunung-ganang.

And paling teruk bila pakaian lagi banyak dari almari tempat penyimpanan and lagi lagiii teruk is saya sayang nak buang or bagi orang baju-baju yang agak tak boleh digunakan.

Tapi at least, saya suka sikit lipat tuala. Eheheh


Part paling lemau bila kena lipat baju kurung. Ayooooooooo
Nak upah maid separuh masa lipatkan baju hmmmm memang x berapa cantiklah lipatannya. Macam nak taknak buat jer. At least I lipat, even tho malas, takdelah buruk sangat wink wink.



Psst; korang suka lipat baju x?

Menjenguk ke blog REZAB TANAH MELAYU

Assalammualaikum
amacam? kenyang makan daging korban?
wah kalau dapart part lidah, otak, ekor, limpa, perut, batang pinang....waduuuuhhhhhhhhh
aman!
 
tapi part-part tu memang hilang cepat ye, eheheheh
.............
 
pagi ni menjengah ke blog
 
haaa...pada yang berfikiran tenang lagi akil baligh jer digalakkan melawat blog ni yer
sebab gambar dan penulisan si empunya blog amatlah terus ke depan (straight to the point)
......
sesiapa nak lepaskan amarah bolehlah baca blog ni or siapa nak bagi pendapat pon bolehlah ke blog
 
.....
 
okey sekian,
 
What I Wore Today.....
 

 
Jubah hitam bertingkek-tingkek
beli from
 
best pulak pakai jubah ni...
sekian.

Friday, October 11, 2013

Hujan lebat dan Jalan Jammed

Dannnnn.... Hari ni confirm ramai balik awal bagi mengelakkan jammed.
Lagipun ramai yang nak pulang ke kampung kan.

Hahahaha....

What I Wore Today....


 

Wednesday, October 9, 2013

WIWT....... Nafsu Makan oh Nafsu Makan

What I Wore Today,
Variante Peplum
 

 
it's totally weird
bila nafsu makan mebuak-buak
mereka mereka kata saya Nampak kurus sikit.
 
and bila I'm suffering with Diet
and berat badan makin berkurang,
then 
mereka-mereka kata saya nampak berisi..
 
hmmmmm
.....
mood sekarang makan...makan...makan tanpa had.
lepas raya haji baru exercise balik.

Monday, October 7, 2013

WIWT.......


 
Bila berat badan kamu sudah kurus sedikit
memang agak buruk memakai baju kemeja yang agak lobos (besar).
so what I did is
pakai belt di luar baju kamu
and yeay, baju kamu tidak lobos lagi
kalau belt rasa tak selesa (mungkin disebabkan asyik bergerak saja talinya)
kamu boleh cuba ikat pinggang kamu menggunakan ribbon kain
 
ehehheeh....
it's my fashion ehehe
 
tata

Friday, October 4, 2013

Sweet like Candy.....My Niece is awesome!!

 
Thank you happy ducklings
Mak Ngah is soooooo teruja and want to sing along.
*_*
 
Me Naughty..me Netty

Keadaan Di Mana Kamu Sedang Masuk Ke Alam Demam

Yes, yesterday in my Facebook status I did mention
That's 3 of my colleagues had fever
Before that I try to keep my distance from their sneezing
but hey antibody lemah ni memang mudah nak berjangkit la.
And today it seems that automatically join the club.
Oh! I try to avoid catching a cold-fever, so I can go balik Kampong happily healthily
...urgghhhhh kesat air hidung melelah...
 
Anyhow,
The fever will always be a fever
apalah sangat kan berbanding orang yang lagi kronik sakitnya
 
So, stay focused.... no no to mc
because ramai yang dah tombang kat pejabat ni
 
I just follow the rules...
 
- Drink a lot lot lots of water
-rajin buang hingus and jangan telan hingus....(apa ewwwewww???...tipulah kalau kamu tak pernah telan hingus sendiri kan kan kan?)
&
- Think positive
 
Sniff sniff *_=
 
 
What I Wore Today....
 
Sniff...sniff...
 
demam demam jugak...WIWT tetap ado.
 

 
Just now got sms from my other colleague...
dia pun tombang jugeks...
demam..
 
ahhh patut dihukum si pembawa VIRUS!!!!

Thursday, October 3, 2013

What Happen When The New Heels Turn Up to be Unfriendly

Buying a new shoe is like haven
How excited you can be and smile all away starting from trying the shoes until you pay for it.
(and the SA will terkebil-kebil sangka you senyum ngorat pada dia)
 
yes recently I bought a new high heels.
She's cute alright
and I wore it today with confident feeling emmm as always.
 
but unfortunately
the new high heels not so friendly
(Oh! I seldom face with this kind of problem)
 
and I suffer from the painful blister, owch!
 
See??
 
 
ok it's not a Hansaplast plaster
Its ermm actually slightly different from hansaplast...
a binding tape actually ahahahaa
 
I get confused on which want to choose...
Double sided tape? Blue binding tape with bigger size or the yellow binding tape..
 
so I choose you!
yeah the yellow tape.
(time-time emergency ni siapa pedulik)
 
 
moral of the story is
bite your shoes first before they bite you.
Come on, jangan pandang I cenggitu
you've heard that myth before right? right?
(tolonglah angguk)
apa nak buat kekoh kan jer la kasut baru mu itu.
jangan risau gigi kamu takkan tercabut punya..
insyallah,
;
;
;
 
 
so....still blame it on your heels????
 
I DON'T THINK SO
 
*_*

Happy Birthday to My Niece, Lina

Yeay!
birthday, birthday, birthday
 
happy birthday October born child
wish u be a good girl, rich girl, obedient girl to your parent and ME hahahahah
 
HAPPY BIRTHDAY my dear LINA
 
- oh somebody emailing me and type a simple word-
"asyik tunjuk gambar kasut jer"
 
oh! oh! no ! no hard feeling here....
nantilah wait until I ubah angin where I load less my shoes and more on my lingerie
ok tak? amacam?
red bra? blue bra? seppendar or corset????
heheheh
 
WIWT......sakit perut.
 


Wednesday, October 2, 2013

The Girl of My Best Friend - Happy Little Surprise


Best Friend Forever
 
I just love the way my BFF (Mummy Ayu) surprises me
 
buat breakfast awal pagi
Even though she knew that kawan dia ni on a diet
 
but I guess setakat omelette tak naik berat badan kan?
ahahahah
 
thanx again cayang
and for the chocolate thing ahahaha
penuh muka aku kannnnn??????
 
I spend hours thinking how my BFF wants to surprise me?....
for the breakfast....heh very the sehweetttttt sangat
bangun pagi buatkan breakfast
wish that my husband will do the same but errkk lupakan.
dia dah wish kira besar rahmat dari dia lupa langsung and make dono.  
 
 
Nampak lemak merdu jer omelette tu ahahahahha
Share with my guy friend.
sebab I tak habis okey.
 
 
oke....ni yang memang kawan aku sorang ni kretip sangat
hahahahha
tak sampai hati nak campak merata-rata kertas pembalut chocolate ni kihkihkih
 
apa-apapun..tq BFF ku...
ehhehehe....
muah muah muah
 

WIWT...... What a Lovely day today eh?.

It's Wednesday
And it's my birthday

Thanx for all the wishes
Thank you to all my wonderful family and friends. 

My day is so much brighter knowing that uols a part of it.

WIWT...... See see how bright i look?. 


My shoe for today eheheh Lewre

Tuesday, October 1, 2013

WIWT.........last minute bayar yuran belajar

Memang favourite bayar last last minute ni
Dah dapat auto reminder dari utm baru terhegeh-hegeh nak bayar.
Bulan ni sesak sikit sebab yuran cecah 2k. Takpe menuntut ilmu punya pasal. Ok lah.

WIWT......


© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno