Friday, October 29, 2010

Promote Tudung Best......................Jom Singgah from BACARAT COLLECTION

 
Yeee...I know...for sure all of u akan cakap..biasa jer...cam tudung2 kat Malaysia nie bersepah jer
eheheh, nanti dulu......tudung nie best tau....
i bukan pandai promote but at least I nak show betapa bestnya tudung nie..

Didatangkan khas dalam balang.....from BACARAT Collection.............kain dia adalah 100% Cotton ok...dan sangat best!!!..
So far for me, tudung yang best cenggini ialah Tudung ARIANI jer....entahlah, rasa tudung ARIANI jer best, sebab pakailah berapa hari n bulan tanpa basuh...tak berbau pun..suker tau.......
 
Macam tudung nie ha, pun best, dari segi material dia, sejuk and owning dia tu diperbuat daripada plastik keras, ingat zaman sekolah2 dulu, sanggop potong kertas transparent A4 semata2 nak buat owning and tepek kat tudung sekolah....ahaahahahahhaha

Ini yang I pakai, kemas je tudung BACARAT nie....terletak jer.....hargapun boleh tahan, namapun berkualiti dan datang dalam balang cantik nie....Harga walau mahal, tapi berpatutan dengan jenis kain and cara jahitannya yang kemas. HARGA RM79 but kalau beli dua boleh dapat dengan harga RM75. 
Seyes, best tudung nie.......kalau berminat bolehlah tanya I...err bukan I jual tau....My SIL yang jual.....

Ini yang I beli semalam..terus pakai hari ini. Sebab selesa sangat...ada macam2, Selendang, tudung, tudung syria.....just ask me key?....muaah
Me Naughty..me Netty

Iyeee..iyee...aku lah orang ituuuuu.....

Hahahah, Kan bagus ko buat je Giveaway Aimi?
"Teka siapa gadis yang sopping tak hinggat kat Jusco Setiawangsa semalam"......ehehe leh blogger dapat hadiah..dan aku dengan rela hati membantu blogger2 meneka siapa gadis tersebut, biar habis barang rembatan ko jadi hadiah GA ..muahahahahahhaahhah
Aku kidnap gambar aku yer......kat blog ko....MAMA TISYA

Ya, seperti yang kalian sedia maklum, semalam Saya dan teman2 se'project telah ke JJ Setiawangsa. Ada kerja sebenarnya di sana..muahahahahah, Lihatlah gambar teman2 ofis yang tak tentu arah macam pelari marathon mencari pintu masuk JJ. And this is my 1st time ke JJ Setiawangsa and agak blur sikit. Tapi best, suasananya sunyi la kalau nak dibandingkan JJ IOI MALL PUCHONG, JJ MIDV kan?...............yang dah macam nak berperang jer rasanya.

Bawah nie je la hasil rembatan yang berjaya saya beli.....huyoiii dalam masa 45 minit jer beb...ini yang mampu jer......sib baik kaunter banyak and orang pun bukan jenis muka nak telan orang..semua manusia kat JJ Setiawangsa nie ada etiquette gitu, hormat menghormati, saling bantu membantu dan saling labur-melabur.

Ini je ha yang mampu pun, before this kata nak beli beras, pampers, sabun dinamo bagai..hmmm hampeh! x sempat..BOS CALL SUH BALIK!!!.............bila dah berjemput suh balik tu..apa lagi...langkah seribulah.....

Barang-barang nie untuk -
1-Kesayangan
2-My BFF
3-NOTTI NETTI
4-JiranSebelah Rumah
5-Birthday present

Tapi still ralat laaa tak dapat beli barang-barang lain. Nak beli kuali, anak baju, adik baju, baju kerja kesayangan, tokey jusco, cadar, frame gambar, termos, dumbell.....bla..bla..bla...bla.....

Oh! Mama Tisya, belagaks ko eehhh, mementang ko amik cuti, jusco tu ko buat macam umah sendiri. Aku saja je xnak ambik cuti...aku takut aku borong separuh barang penting kat jusco tu....sapa yang susah???? koooooooooooooooo jugak susah nak sopping2 kan??????

eehehehehehehehheeh

psst- tapi best bab ko tegur aku and ambil gambar aku tu......rasa cam celebrity lak......kalau aku tau, baik aku cakap...."No Picture plzz......." muahahahahaahahhahaha dah la tu, time ko tegur tu aku tengah kusyuk rebut baju dengan kaum laki.........almaklumlah, cari baju tok laki...ahahhaaha

Me Naughty..me Netty

Thursday, October 28, 2010

Baru balik Dari Jusco Setiawangsa........

Saya amat letih..terkejar2 membeli barang di Jusco Setiawangsa tengahari tadi
Masa tugasan untuk merembat barang J-Card hanyalah 1 jam sahaja.
Masyaallah.....beberapa barang berjaya di tangkap.....tetapi barang yang diingini..tidak sempat
Bermakna misi ada sedikit gagal.....Terserempak dengan Mama Tisya..sangat cemburu buta melihat hasil rembatan beliau...benci!!!!




Me Naughty..me Netty

Confirm berat badan bertambah 1 kilo lagi hari nie......................

Short en3, sebab nak buat kerja..
Seperti kenyataan hampeh kat atas, Ya! saya bakal naik 1 kilo lagi tanpa segan silu hari ini.
Sebabnya.....ingat nak makan jagung rebus yang dibeli di pasar malam sahaja untuk breakfast.
Sekali lupa bawak daaaaaaaaaaaaaaaaa.
So makan roti kering jer (lebihan semalam)
Then datang pula member kasi nasi goreng ayam (makan share2)
oke fine...
then ada pulak, cokis famos amos yang di tapau semalam (lupa nak bukak) ada tersimpan di dalam beg..apa lagi..kayuhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.....

Then datang pulak my ofis mate lelaki yang bawak sup katanya...ok..cecah roti lagi best..
Sekali tengok, sup mamak...yakni complete dengan rempah ratus, ayam beserta kulit ayam yang gebus..
Kayuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuhhhhhhhhhhh lagi......
Then nampak jem stoberi..member tolong sapu kat roti...\

akhir kata...memanglah kompom naik 1 kilo....

psst- tapi kalo bukan satu kilo????? agak2 berapa kilo lak naik?
haissshhhhh
Me Naughty..me Netty

"1st GA dr NUSHA"


 Ya, thanxxxxxxxxxxxxx ayu kerana meng'tag' saya, sangat kesukaan. Heehehehe.
Berusaha untuk menyetelkan tag ini ^_^. 
Giveaway nie datangnya dari NUSYA yang baru 1st time buat giveaway (Congratulationssssssssssssssssssssss!!!) 
and bersempena birthday dia tak lama lagi (so korang..prepare hadiah!!!). 
Oke..giveaway dia nak tengok kata mana ya? Haaaa..kat sini ha
Korang pun boleh join.
Simple jer GA dia tak macam I punya..eheheheheheh.
Last sekali kena tag dua orang yakni I choose Mushroom and Fazlin Irina (skema giler nama I letak)...soooooooooooooooooo...happy mengtag eheheheh.

Me Naughty..me Netty

HARI NI J-CARD DAY AT JUSCO SETIAWANGSA!!!!!!

J-CARD DAY????!!!
SETIAWANGSA?????

Harus ada muka I di sana nanti tengahari.
Dah plan dengan member.nak beli barang baby. I siap nak beli beras, sabun dinamo lagi...yang diwar-warkan kepada teman seproject I di ofis.....semua cakap "alaa, nak beli beras and barang2 camtu ker?"muahahahahahahaha.........

Ala...tengok dulu ye kengkawan, kalau penuh orang sangat kat bahagian jusco pasar basah tu eheheh, kita gie tempat baby yer.......

Jadi kawan2 blog ku sekalian, jom kita ke J-CARD Day at jusco setiawangsa!!!!!

bila lagi nak melabur duit time sale yang bebetul sale.....(untuk ahli je la kan..)
Me Naughty..me Netty

Wednesday, October 27, 2010

Kenapa Tandas lelaki lebih dasyat baunya dari tandas perempuan?

I tak tahulah dengan pendapat uols, ini cuma pendapat I je.
Tiap kali I lalu toilet lelaki, ya allah...baunya......sampai boleh menghentikan saluran tiub separa bulat I. Lebih-lebih lagi kalau lalu time petang. Dasyat giler.


Baunya boleh menghapuskan musuh-mush di muka bumi ini.
Kalau korang perasan, ada ke cicak, kucing, kura-kura lepak kat dalam toilet after 2 o'clock?......mereka pun sensitif gak dengan bau-bauan nie.
But lain pulak dengan kes toilet wanita, Of coz lah berbau, jangan ingat wangi jugak, but it just that tak lah seteruk toilet lelaki,
Hairankan, adakan berbeza saluran kumbahan lelaki dan perempuan?.....
Adakah disebabkan oleh molekul-molekul sisa pembuangan antara lelaki dan wanita adalah berbeza?.....atau, adakah lelaki akan mengeluarkan bauan yang amat busuk berbanding wanita jika mereka berada di dalam keadaan tertekan?.....hmm...I masih tidak dapat mencari jawapan.
Tapi mungkin ada hamba allah bernama lelaki ini telah secara tidak sengaja makan terlalu banyak petai yang membuatkan sistem imun di bdannya merembeskan tenaga pembuangan yang amat halus tapi tajam.
Yang secara otomatik emmbuatkan wanita ayu sepeti I yang lalu di tepi toilet tersebut terdiam dan bertafakur sambil menaham nafas selama 5 minit non stop dan hampir2 pengsan sebab tak dapat udara.

Menakotkannnnnnnnn!!!!!
Me Naughty..me Netty

Petua Saya Mengubati Hati yang Lara dan Susah hati

Uols pernah susah hati or Bersedih hati tak?
Tipulah kalau tak pernah....kan?

Selain dari Petua I yakni berjalan membuang masa di shopping-shopping complex, sambil berusaha tidak mengeluarkan duit.....saya juga mempunyai satu petua yang amat menakotkan.....iaitu.....Makan..makan..makan..dan makan.......haisshhhh dari pagi tadi menu saya ialah, nasi lemak, koteyaw goreng, roti, karipap dan kek cekelat. Tengahari tadi, Kenny Rogers, separuh tengahari pulah, double cheese burger....dan baru sebentar tadi, I menghabiskan kek cekelat yang tinggal separuh.....adehhh...apalah malam punya menu...menakotkannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn...........

pssst- ko nie sebenarnya nak kasi petua or nak makan lagi?
Me Naughty..me Netty

Ceritera Kisah jatuh Cinta Notti Netti dengan Blackberry Torch 9800 dan Celcom Exec Plan.........

Biarlah orang nak kata I play Girl, I tak kisah, 
Biarlah orang nak kata I suka bertukar-tukar pasangan, pun I tak kisah, 
orang nak kata I spesis yang suka barang baru and buang barang lama, biarlah. 
Senang cerita ADA AKU KISAH?!!

Ya, ya, I tau, skandal terbaru I dengan abang black dah lama tersebar, itupun I tak kisah, biarlah orang nak kata apapun I dah memang jatuh cinta dengan abang black. Uols tidak tahu betapa sucinya cinta kami. Saat terlihat wajah abang black yakni nama tulennya Blackberry Torch 9800, aku terpesona, terkaku tatkala melihat namanya yang cukup unik. Bukan mudah untuk aku menghafal nombor-nombor abang black. Tetapi melihat sepintas sahaja nama abang black, automatik aku boleh menghafalnya 9800 dengan senafas sahaja.

Aku dapat merasa instinct cinta abang black pada ku.
Uh! utuhnya ikatan cinta kami. Bertambah amazing pabila abang black didatangi bersama plan Celcom. Celcom BlackBerry Torch 9800, Oh! daku teruja. Uols tak tahu apa-apa, Kekasihku si Celcom BlackBerry Torch 9800 ini merupakan telefon pintar pertama dengan BlackBerry keyboard dan mempunyai full 3.2 inch touch screen, fuyuuuuuuuuuuu dan juga didatangi dengan 5 MP camera, 8 GB memory expandable dengan micro SD card, dan integrated social feeds, cukup membuat daku fall in lap gila dengan kekasih gelapku  Celcom BlackBerry Torch 9800. Dengan kekasihku Celcom BlackBerry Torch 9800, aku mudah bertweet or nak mengupdatekan facebook ku, nak cari skandal baru pun mudah, pantas dan cemerlang.
Oh! sememangnya email dan instant message senantiasa ada pada kekasih gelapku BlackBerry. 
Wah! kegatalanku makin membiak. 



Ya, kekasihku Celcom BlackBerry Torch 9800 tidak sama dengan adik beradiknya yang lain, kekasihku Celcom BlackBerry Torch 9800 dapat memberi the best deals in town dan coverage yang meluas di mana anda berada, wah! lihat servis kekasihku ini...merata-rata, dibilik tidur, dibilik air, di mana2lah!! 
cemerlang uols......!
Kalau nak vouge de vass lagi servis abang Celcom BlackBerry Torch 9800 uols, hmm apply lah Celcom Exec 50 plan, murah jeeee......uols boleh connect dengan cik puan Celcom dengan kadar serendah RM50 sebulan je. Wah! I dah macam Mak Ayam pulak. Tapi kalau korang dah tak tahan sangat nak dapat plan Celcom Exec 50 nie, uols boleh dapat pelbagai benefit if u langgan si Celcom Exec 50 ni. 
Benefitnya ialah.......
'
'
'
'

- 15 sen call rate ke pelbagai nombor, nombor ekor jer tak boleh. Nothing complicated; just a simple rate to all numbers
- Diskaun setiap bulan secara automatik tau..
- Talk more, save more. Lagi banyak anda pot pet pot pet or guna, lagi banyaklah diskaun yang uols dapat up to 30% every month tau. Sapa nak bagi??
- bayaran bulanan serendah RM50.
- Percuma Celcom Broadband Basic Plan untuk sebulan with speeds of up to 384 Kbps, yeeey....korang mesti suka kan?

Dah mula jatuh cinta pada Cik Celcom nie?...haaa....Cik Celcom akan launching Blackberry Torch 9800 pada 29 October 2010. Ye..tak lama jer lagi, dan di sana nanti akan ada amazing deals untuk anda bila anda sign up dengan Celcom, INGAT!!! hanya available at the event je tau. So, keep in you mind, kerap check Celcome website untuk tengok apa-apa offer ditawarkan dan jangan lupa datang tau on that day/event tu berlangsung, macam biasalah ada bermacam-macam aktiviti yang best, ada hadiah and giveaway (korang suka kan?). Ha...meh sini I nak tambah, kalau anda antara 1st 100 customers yang pre-register dan beli kekasihku si BlackBerry Torch 9800 beserta dengan Celcom Exec Postpaid plan, anda akan dapat the early bird promotion. Apa tu???
haaa...uols akan dapat extra peneman iaitu.....

- Jabra Bluetooth Headset beharga RM125
- 8GB Micro SD Card beharga RM68
- Energizer Portable beharga RM58



Anda dah mula rasa miang, jatuh cinta? nak skandal lebih seperti saya? dah tak sabar nak ada affair dengan  BlackBerry Torch 9800 ? So apa lagi? grab la skandal terbaru uols ni satu beserta Celcom Exec Plan sekali..........!!!!!
pasti puas hati ^_^
Nota kaki - Thanks to Nuffnang for informations and giving me this opportunity, muaaaaahhhhh


Me Naughty..me Netty

Nak tahu tak, time-time bila MidValley otomatik bertukar menjadi pasar borong.....

Salam sejahtera Uols,
Cepat je dah Wednesday kan?
Maknanya today ada Pasar Malam...yeaahhh berpesta kita di sana nanti.
suka-suka...

Actually nak cerita sikit nie, meh dengar meh..
Yesterday, after I went back from work
filled so damn bored
plus sore throat lagi and then running nose pulak
haissh
Bosan - maybe because stay up all night studying kot
tetiba je. (berblog tengah pagi buta oke pulak kan?)

So, knowing me yang memang malas nak layan sakit-sakit nie
so medicine nya....I went to Midvalley megamall yesterday....alone

perubatan kendiri namanya.

and heading back home after almost 2 hours there
masa adalah begitu jeles dengan saya tika itu.

As usual, kalau boring I ke MPH tengok buku
(I dengan rasminya menganggap MPH itu library awam, suka ooo dapat baca buku free)
and pihak MPH Midv bermurah hati menyediakan kerusi-kerusi kayu di setiap rak buku eheheh sukerrr.
Dalam hati keep on saying taknak beli and taknak keluar duit langsung
ya lah nak jimat, this month kena banyak pakai duit, so time-time nielah sikap berbelanja berkhidmah perlu diterapkan.
'
'
'
'
'
'
Ya...nampaknya sikap yang diterapkan ke atas saya itu hanya berjaya pada satu jam pertama sahaja.
sekali lagi...SAAAAHAAAAJAAAAA!
jam keduanya???????
hahahahah, rabakkkkk
'
'
'
'
'
semuanya gara-gara I tergezut bila around 9.35pm
Midvalley yang gah relax jer tetiba bertukar ala-ala pasar borong
Terjerit- terpekik
I pun terbeliak ternganga terkedu tersuka lah...
why?
each item yang jual kat kedai2 makan semua diskaun-diskaun belaka
I nampak indah jer suasana tika itu.
macam kat bawah nie
'
'
'
'
I lalu bahagian kedai 'bread story' then stop at area where those luvly2 cake ditayangkan dalam almari kaca tu...then suddenly, this one women with loud voice terpekik, sebelah telinga I jer...bagus dia nie.....
cair taik telinga time tu. 
And u know what?......they give 30% diskaun for each cake.
Apa lagi, I rembatlah choc cake kat atas tu, boleh bawa ke ofis dan diberi makan kepada teman2 ofis yang sangaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat dikasihi dan disukai 
(especially Lela keran mengemas bilik ofis saya..sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa). 
Bila bayar kat kaunter, tengok semua bread pelbagai sepisis turut diskaun....wah! I teruja......capai lagi roti yang ntah tak tahu nak makan dengan apa. Tarikh luput roti pun 29 oct. Bagus!!! So, dah beli girang bagai, I pun jalanlah nak balik bayar parking kan....So..terdengar pulak pekikan this one lady
(perempuan lagi...pompuan suka jerit eh??)
Ya, suara pekikan tu datangnya kat store HOMI - chicken curry puff - They give 25% diskaun...ya I teruja lagi, so rembatlah karipap gedabak nie 5 bijik (pun bawak kat opis bagi pada kesayangan ofismate)
.Then, sambung jalan lagi nie kira dah nak turun escalator dah nie..then, haaa yang nie takde suara pekikan, but I dengar sayup2 jer dalam sanubari I suara nasi lemak nie memanggil dan mengofferkan dirinya pada I....yaa
'
'
'
as usual...
I beli.....
Nak dijadikan ceritapun, this nasi lemak also diskaun. Tak basi pun, sedap. I nak satu jer but budak filifino yang tak fasih sangat bahasa malaysia tu cakap if I beli satu, dapat satu lagi free......haaa baguslah tu...sukaaaa lagi......tu I tak sambung jalan kat tempat2 lain, Idak..manjangggg jer diskaun ha......oh! before that I ada grab 2 buku masakan.....tapi takpe..memang nawaitu ada nak beli buku kat MPH pun.......

but 
I ada sedikit hairanlah....I tunggu jugak depan this one shop, almost 10.00pm, taknak pulak diaorang terpekik terlolong kata ada diskaun ker, tarikh dah nak expired ke...harus buat sale emergency ke.....
I tunggu punya tunggu punya tunggu, so I feed up...geram punya pasal, I masuk itu kedai and beli..lantak..tak diskaunpun takpe..sapa suruhkan......buat I tertunggu.
so dapatlah jugakkkkkkk (langsung tak nyesal ehehehehehehehhe) barang itu ialah.....
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
Ayu.....again, sila jangan bebel kat aku....
'
'
'
'
'
'
'
'
As usual size 8 muahahahahahah sihat terus sore throat and running nose........ ^_^

Me Naughty..me Netty

Tuesday, October 26, 2010

Sedang jawab Exam.........ssshhh jangan kacau and oh! wish me luck!!


Okee...salam semua,
ketika ini, I sedang bertarung jawab final exam (Hubungan Etnik)
Tiada talian hayat yer....memandangkan talian hayat semua telah terputus dengan sengajanya..cuma jelingan2 manja ke arah member kiri dan kanan sahaja berleluasa.
Final exam maaaa...mana leh bawak toyol........pawang besar ada dalam bilik exam tu......

oke..apa-apa pun, WISH ME LUCK ok...............
doakan I dapat menggoreng jawapan esei dengan jayanya.......
sekian...wasalammualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh!

aminnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn
Me Naughty..me Netty

Studying For My Final Exam....

Laporan di pagi buta
Di saat korang semua sedang siyook tidur diulit mimpi kiring dan basah

Saya sensorang diri sedang membaca buku dan sedang jehles giler dengan bunyi dengkorang orang sebelah
Sangat berperasaan dengki ketika ini.

Pertama kali berasa dengki dengan dengkuran orang.

Takpe...continue ready ya netty....sapa suruh last seminit baru nak study...kan? kan?

Me Naughty..me Netty

Monday, October 25, 2010

Lagu fehmes ketika ini, My dad akan duduk depan2 tibi melihat koir berpasukan ini......bekas kekasih kah????



Sanggat terkesima melihat amoi yang nyanyi solo itu, cam senyum pun iya, cam nak tahan gelak pun iye...., nyanyi seperti miming, but bukan miming....terpesona sungguh, air lagu yang menarik.....Mereka-mereka ini masih berada di muka bumi atau sudah berada di bawah tanah kah?.........

Sungguh harmoni ini lagu.........kan? kan? kan? dan pinggang mereka juga 'secekak' rupanya......jehles I....rambut juga adalah dari sepisis yang serupa......hmm......dan rambut si lelaki, amat rapat sisir ke tepi.....
hebat-hebat koir zaman dolu-dolu......kan?  kan? kan?

Korang bley nyanyi cam diaorang nyanyi???? ha? ha?
Me Naughty..me Netty

Make over My Personal Recipe Book...................jom join?

This is My Personal Recipe Book.
It is my favorite!!! all time fav.
Born on??? forgot the date but remember the year - 2004
That time I was still fresh....frsh from oven ker? no laaa...meaning that fresh lagi masuk kerja daaa.
Who inspired me on doing this benda alah?
Yup...she is, tak lain tak bukan..the gojes..Mummy Ayu.....
she is the 1st person yang dok busy giler nak buat cookbook nie..and of coz being me yang always teruja tak bertempat.....maka here it is....my own recipe Book Netty Noreen (namapun print skema jer)
Let's look inside the book. Don't expect ada Table of contents pulak. I divide 3 part of recipe ( Lauk2 kampung/berlauk, Baking membaking and Dessert/kueh-mueh) oh! last 2 to 3 page, I tuliskan petua-petua masakan do and don't. Most of the recipes came from worldwibeweb, my rahsia resepi keluarga turun temurun (sangguh bunuh membunuh nie), and from cooking class i attend.
Sangat suka tengok picture color itu yang dicopek dari www.

Hmm..almost 7 years buku nie dengan I, each time nak bake or masak-masak, this book lah yang jadi peneman setia. Ya, only this book yang i ada (buku recipe yang bercetak beli mahal nak mampos tapi ingredients tipu-tak dikira ya) Mostly recipe dalam my personal cook book nie, semua I dah cuba and mana yang tak betul tu I pangkah and mana yang betul I ok kan aje....but ada juga resepi yang I ubah-ubah untuk kasi sedap or mana2 resepi yang tak betul, I betulkan - kira this is my bible la dalam arena masak memasak and baking membaking nie. See, dah hampir koyakpun haaaa..........tunggu masa nak buang ke laut jer - sanggup ker kau Net??)
Since, umurpun dah lanjut, kalau kira umur kucing dah boleh kata dah tua and kejung dah, tunggu time nak fly ke atas jer. So di atas kesedaran sivik yang ada dalam diri I, dan bersempena minggu sayangi bahasa kebangsaan kita, I telah memaksa diri gebu i untuk mendeco-deco my personal recipe book nie. Meaning that, time for deco-deco bersama Notti netti....muahahahah....
Mari paksa diri anda lihat,
1st step, I xtend kan cover book I, using hard cover paper. Nampak yang hitam tu??? haaa tu tengah dok extend la tu...(korang ingat rumah jer ke kena xtend?) Sebab apa xtend?...sebab ada resepi yang I cut and paste jer, so makin tebal la setiap helaian, and cover makin ke belakang, nak tutup pun tak sama dengan setiap helaian kertas.
Step 2- choose ur fav. wrapping paper and balut jer. In my case, I use my cupcake theme wrapping paper. Sebenarnya I sukak sama purple color. ehehehe
3rd step - dah balut, dengan sedikit kasih sayang yang tidak berbelah bahagi, sambungkan or lekatkan ribbon di tengah-tengah cover page. What for??? hmmm, cook book I nie tebal. Tebal gilos sampai nak tutup pun susah, asyik nganga jer....cam make love la kan, yang pompuan belom apa-apa lagi dah terkangkang jer kaki, so in my case, I kasi sopan sikit, tu yang kena ikat tu....kang nampak gedik susah.Buat malu orang tuo je.
See???? macam tu la, sopan sikit, anak dara zaman sekarang nie, nak kena ikat ketat-ketat baru nak dok diam. Idok, ngango jer, bughuk perangai.
Step ke 4- I tepekkan my biznes card at front cover. Why biznes card Net?....fedulik haku la!!! ada haku guna duit ko?? muahahah giler jawapan cari gaduh sungguh. Sebenarnyam, I suka deco my biznes card, sangaaaaaat suka oke and I rasa sangat cocok bila coklat bertemu unggu, macam anak indu sungguh.....
(errr ayat ini bukan mahu mengwujudkan perselisihan kaum ya)
The 5th step- Oh! jangan dilupai ya, after udah dibaluti dengan wrapping paper kaler unggu demam campak, balutkan sekali lagi dengan plastik tahan lasak tahap tuang asid tak lut!. Iyelah dek nok, buku nie I bawak sampai dapur, kena air tu perkara normal, kalau kena telur? kicap? hasiiih kan susah?......so gunakan pembalut plastik ya, I use pembalut plastik yang dah siap bergam (macam korang balut buku sekolah anak2 korang tuuuu - di zaman moden ini, pembalut plastik sudah sedia bergam. 
Maka selesailah upacara make ober my personal recipe book. Cantik tak?....I rasa cantik....nak-nak lagi bila model kat bawah tu pegang....makin ayu itu book. Oh! selepas sesi bergambar, hadiahkan diri anda dengan ais cream Mcdonald perisa oreo mcflurry yang enak dimakan begitu sahaja. tuuuu...nampak tak kat belakang model itew....aahhh bahagianyaaa.....
Jadi kengkawan sekalian?...udah kah kamu mengmake oberkan buku resipi kalian?????????

Me Naughty..me Netty

Dessert Meringue Yang ku harapkan........batu ronson yang Muncul......Apa Kes???


Kes tak ada lah besar manapun
sebesar zarah jer
sebab tu tuhan marah lenkali cakap pandang-pandang, sedar diri tu, jangan riak takbur
haaaa.....bukan at tanah suci jer kena jaga pertuturan, at rumahpun kena jaga jugak,
tengok..kan tuhan dah kasi cash, xde hutang-hutang.

hmmm...mengeluh....
Puncanya????

Sabtu lepas, I tak buat apa-apa...baca buku for final exam je....--- pentipu!!!


So, tetiba lak rajin nak buat English Dessert
bernama Meringue
 Simple je sebenarnya nak buat, egg white dan sugar je dan sedikit kasih sayang
So, dengan berlagaknya I dah war-warkan kat neighbour sebelah
I nak buat meringue

Jiran sebelah dengan muka terujanya ask me
"Mereng tu apa?....."
"Oh! Meeerank ye....bukan mereng kak, takpe, dah siap nanti, saya kasi akak...sedap kak"
"Ok...oke...nanti kasi yer..akak nak rasa kueh omputeh nie, noreen belajar kat mana? obersea ker"
"hahaha...mak mentua kasi resepi and adalah belajarkat worldwideweb...."
ober the sea la jugak tukan...

So..dengan rakus tanpa membaca doa penerang hati
I pun bake laaaa that so call merank tu kan....
and sebab terlebih ingredients bersamaan dengan berlagak+eksyen nak mampos+bongkak
maka merank ku bebetul jadi mereng..
lihatlah hasil yang berjaya membuat I terkedu selama 10 second tanpa bernafas.
Segala sistem urat kentut, urat hijau, biru tua, urat nfsu barakah semua ter'stop' otomatik time tu

Ni yang dikatan batu ronson ya puan-puan,
jarang-jarang ditemui di Malaysia nie
sangat baik i show pada uols
sila tatap dengan keikhlasan hati yang maksimum ya...

first2 I pegang and makan, ada sedikit kerapuhan di situ
dalam hati
"Jadi kot but ghupa jer a little bit scary"
then I sejukkan seketika...
nak tau apa jadi selepas tu???
"
'
'
'
'
'
'
'

Ya, Meringue ku bertukar jadi barang permainan untuk diri sendiri.
Ini dah kira feed up sebenarnya
sebab feed up+frust+sedey giler
maka I transformkan dessert ini menjadi mainan
memandangkan Meringue yang I buatnya begitu kuat, utuh, keras dan bersemangat waja seperti badang,
maka.....
I try letak tupperware berisi air atas dessert tu..
Ya..seperti diduga!!! I berjaya menahan tupperware tersebut tanpa menggeletar mahupun penyet..
Ia begitu tebal dan angkuh!!
seangkuh Tuan yang membuat merank tersebut
Then..I cuba pulak pada
"
'
'
'
'

kotak tisu
ya...masih utuh dan bersemangat waja dessert tersebut
kira tahan lasak lah....
"kalau baling kat perompak, boleh koma kot..." (ayat tak bleh blah Maya karim)
'
'
So, kesudahannya, I buang jer dalam tong sampah.
Kalau kasi neighbour I makan kang, mau patah gigi dia...
kang dia ingat I kasi santau veri latest edition kang..naya jer
Takpe la kak, hari nie, I buat buttercake untuk akak yer...buttercake yang i buat nie lembut gebu jer..tak akan keras..sedap pulak tu..

Ha..tengok tu!!! ko riak lagi net......
isk isk isk..
Me Naughty..me Netty

Selamat pagi dan selamat ambil gaji ^_^



WAKING UP TO A NEW DAY IS A GIFT
APPRECIATE IT AND DO REMEMBER YOU ARE OVED.
GOOD MORNING AND HAVE A SPLENDID DAY

"Selamat Pagi Semua"
^_^

Charles & Keith size 8

Me Naughty..me Netty

Friday, October 22, 2010

Masalah Armpit Sweat????? Meh sini Super notti netti tolong...

Ketiak anda sering basah???

Ingat pakai deadorant saja,
aktiviti perpeluhan dibahagian ketiak dapat di atasi???

no..no..no...basah tetap basah
lagipun sistem perpeluhan di antara badan setiap manusia adalah berbeza..
ada yang berpeluh dibahagian muka...
lebih-lebih lagi dibahagian atas mulut....
nak ciumpun susah

ada yang mudah berpeluh bahagian belakang badan..
hmm susah tu..basah je kat belakang...
kalau pompuan, siap nampak tali bra.
and
ada jugak yang berpeluh dibahagian ketiak
hmm memang tak best kalau nak pakai baju plain or silk
confirm nampak....
malu kan?..
er yang tang bawah berpeluh tu...I no komen...itu normal.
jadi.....
Dengan teknologi yang kita ada sekarang
sesuatu yang mustahil itu pasti dapat ditangani...betoi tak?
nak harapkan petua nenek moyang..hmmm lama la kot nak ok kan?
peluh tetap peluh...

Ya, dengan adanya Nu Arm Sweat Pad
perasaan malu anda untuk memakai baju yang ala2 mudah sangat nampak peluh kat ketiak
pasti dapat diatasi.



Mudah saja pakainya, macam pakai pad....
yang lelaki nak pakai pun boleh....
tekap je.....

dapatlah at least cover bahagian ketiak kan?...
pun boleh hilang bau kalau berpeluh.
dalam satu kotak tu ada 20 pad
dan harganya RM 15.90
I beli di SOGO
tak payah pun merantau jauh-jauh...
Nak I tunjukkan cara-cara pemakaiannya??
boleh..
macam nie ha
'
'
'
'
'
'
'
'

 Sila tengok red devil tu pakai kat ketiak dia
selitkan je kat ketiak korang dan ia akan melekat
mudah gitu
jadi..peluh tidak akan nampak dah pada baju anda.
oleh itu,
selamat membeli dan hapuskan kemaluan anda di khalayak ramai..
(err..macam tak betul je ayat tu kan?)

Me Naughty..me Netty

Oke......lihatlah breakfast I and kengkawan hari nie pulak....

Ya.....peserta-peserta yang bakal menjadi korban perut gendut I terdiri daripada....
drumrollllllllllllllllll

brrrrrrrrrrrrrrrrrrrr dush!!!
(macam bunyi orang jatuh laut jer net....?)
'
'
'
'
'
okeee...peserta pertama jatuh kepada.......

NASI LEMAK 50 SEN.....
(tipu..harganya seringgit lebih...over tau...)
aplikasi - sangat sedap dibalut dengan daun pisang
dan dialasi oleh suratkhabar tak tahu tarikh bila tapi terteracerita mengenai kisah pasangan ditangkap khalwat
bagusnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....
berkhalwat-khalwat aku makan........


Peserta kedua dan terakhir
ialah.....cheesecake berladyfinger tanpa jari notti netti (rentetan kisah I terbayang movie final destination)
diselangi dengan taburan coklat berrys...errmm yammy..
(sangat kehairanan dan kemarahan-budak2 ofis yang bernama lelaki main buang je cekelat itew..mereka menggelarnya telur dinosaur sambil gelak-gelak ceh!) ahhh confius.....
korang tau tak mahal aku beli telor dinosaur tu???????
try la dulu before buang...isk isk isk


yaaa......gambar setelah dicopek oleh manusia2 yang rakus tak sabar nak breakfast ^_^
jadi??? selamat menjamu selera...........

Me Naughty..me Netty

Beyonce Pregnant????...Really......?......Apa kena mengena dengan I????

Salam Pagi Jumaat dan salam ceria semua?
Soooo berapa RM duit korang habis untuk J'Card semalam at Jusco Midv????
I pergi Midv semalam....singgah jusco,.....kelihatan ramai customer yang masing2 dah macam muka singa kelaparan nak terkam mangsa.......seyes! sale nie boleh buat orang gila serta merta.....

Ya! dan pastinya penggunaan card credit adalah di luar batas etika kemanusiaan semalam.
I beli mana yang penting jer, kononnnnnnnnnn......
tengok harga barang2, rasa nak buat giveaway serta merta..isk........

okee enough about J'card

let's talk about something else.
Yesterday night my mom called me
Ingatkan nak gossip pasal neighbour sebelah kampung or nak bagi comment professional about my son. Ghupa-ghupanya my mom tepon just nak tanya I.....begini perbualan secara tak langsung kami.


"Eh wen! si negro body cantik tu ngandung dah eh?"

"Negro mana nie? laki ke pompuan?"

"Hapalah! dah mak sebut ngandung......pompuanlah..........ala...yang body cantik tu, yang nyanyi kalau tak nampak separuh tetek tu ...kira tak sah laaa........"

"Sapa, mak nie,?"

"Ala, lembabnya....yang dulu diaorang bertiga, sekarang solo, takkan tak kenal kot...yang kawin dengan negro tak handsome tu......yang nyanyi lagu charlies angel tuuuuuuu..........."

"Ooooooooooo beyonce, yang body cantik tu ker?

"ha...dia la tu, hmmm kamu tu la asyik makan jer...kalau kamu menten...mesti dapat body macam tu. Kuranglah minum coke tu, badan makin beso....bla...bla..bla..bla....." (bla...bla..bla..bermaksud kata-kata perangsang yang saya tak dengar, sebab saya letak telifon di atas buku sambil mak saya bebel sorang-sorang...........baguskan? eheheheheh)

"wen!...wen! dengar tak mak cakap nie?...."

"iyeeee..dengar, biarlah dia ngandung pun, mak nie...macam sedara kita lak"

"ala, dulu ada negro syok kat mak, kalau ngandung sure wen macam beyonce...melentik jer...rambut keriting2...awwww" (yang awww tu I sengaja tambah.....penambah perisala katakan...)

"ah! xde pasal lah nak rambut kerinting....eeeeeeeee........Mana mak tau si benyonce tu ngandung? gossip ngan acik lela la tu...........ke gossip dengan abah? eheheeh"

"Apa gila nak gossip ngan abah kamu. Xde la.....mak mana ada masa gossip.....nak jaga uwan lagi (nenek) nak jaga anak2 kamu lagi, nak jaga bapak kamu lagi..........mak tengok channel E...entertainment la"

"Ooooooooo................takpe..bior le dia ngandung, bagus laaaa........rezeki dia"

"Wen xnak ngandung lagi ke? kasi dapat girl pulak...bla..bla..blaaa....bla....?"

(perbualan diteruskan lagi selama 1 jam setengah...........I cuma hi-lite perbualan berkenaan beyonce je)

So.....tadi dengar kat Hot FM......Boyonce ngandung kah???????
dan kenapa i tetiba berbicara pasal Beyonce?????hmmmmmmmm

Me Naughty..me Netty

Thursday, October 21, 2010

Sekarang nie, kat channel Astro musim tayang cerita hantu and cerita bunuh kan?.......

Channel yang dimaksudkan ialah channel HBO, channel MAX and channel SMV.

pantang I on tv, mesti ada je cerita seremsss antara ketiga2 channel nie. tak pun serentak tiga-tiga channel  terus tayang cerita seram.....ala-ala sengaja je nak kasi I jerit sorang2 kat rumah and berperasangka buruk bahawa toilet rumah I ada seorang lelaki memakai topeng scary sedang tunggu di sebalik pintu toilet dan tunggu masa nak curi-curi stab I.......benci tau!!!! Kalau i naked camne?......tak pasal2 kena kasi tazkirah pada orang tersebut....(kalau deme ada masa nak dgr tazkirah la........kalau di tariknya I????......teeeeeeeeeeeeeetttttttttttttttttttttttttttttttttttttt)

sengaja bikin I tak tenteram ketika membuang hajat. Mesti kepala dok usha cermin tingkap toilet kiri kanan. Tak suka eeeee.....minda I tak boleh concentrate ketika membuang hajat. Bukankah sepatutnya membuang hajat perlu dengan hati yang tenang.........setenang membuat yoga?........Ini asyik teringat lelaki bukan muhrim memakai topeng penjaga gol hokey ice sambil memegang pisau, atau tombak atau cangkul atau apa2 laaa....

Tadi pula tertengok Movie final destination......haaa....otak dah fikir macam2 ketika I sedang buat kek.....kotnya benda alah pemutar kek nie terputar jari i ke.....dah jadi Notti Netti finger cheese cake.......hmmmm ntah la...pengaruh tv sangat kuat hokey!

sampaikan nak buang sampah sekangkang kera kat depan rumah pun, I rasa macam ada orang ikut. Isk.....adengan betul!!
Bilakah pihak astro akan slow2 kan tayangan cerita seremss ini?......sebabkan tayangan cerita seremss inilah, i amat gerun untuk membuka pintu di kala malam hari. Sehinggakan bangla tukang kutip duit maintenance rumahpun I anggap hantu. (ya...hantu pemungut hutang......hantu sungguh!!!)

hmmm......tapi ada jugak certain2 cerita seremsss nie best. Kalau tengok dengan couple lagi best....hantu belum keluar, tapi dah peluk sakan......takot la kononnyeeeee...........hantu sungguh!!!!!

okeee....sekarang ni kat Channel HBo cerita Orphan...seremsss gak, kat channel MAX......Buried Alive..eeee...cerita bunuh2 nie...eeeee then hmm sib baik channel star movies nie tayang X-Men...before X-men ada gak ditayang movie Goblin......pun scary tapi lepas x-men ada movie children of the corn II.....adeeehhh la...I need romantic movies plzzzzzzzzzzzzzzz..............

tak semena-mena terus open channel ANIMAX!!!!!
Me Naughty..me Netty

Unit Trust!!!! Care to share????

UNIT TRUST
detail please?????

Me Naughty..me Netty

menu pagi nie.................ahahaha


 kenyangggggggggggggggg................alhamdulillahhhhh
Me Naughty..me Netty

Measuring Equivalent - susah kalau tak tahu nie, kek tak jadi.

okeee.....salam semua, gambar di atas, bukan label botol susu atau toyol nak jawab exam yer............

seperti kalian sedia maklum, itu merupakan measurement number untuk suku sukat bahan2 untuk membuat kek.

ye la kan, kengkadang tu kalau kita beli buku resepi orang putih kan...diaorang nie suka measure guna cup kan....kalau setakat one cup or 1/2 cup....memang kita semua tahu...but buatnya orang macam saya yang benak maths.......1/3 or 3/4 pun x tahu nak ukur timbang camno....takkan nak ambil kalkulator kot kan?

disebabkan itu, saya dengan ikhlas hati menepek measuring equivalent ni yang di copy dari web makcik martha. Mudah jer, kalau guna sukatan di atas. Insyaallah, measuring nie takkan buat anda silap buat kek nanti. So, bolehlah anda cut and paste and crop kan dan tepek kat mana2 tempat anda berkenan. Contohnya macam yang saya buat nie.....kalau nak lagi best...sila kaler-kalerkan ia..................nescaya minat anda untuk membuat kek membuak-buak.............seperti mana membuaknya nafsu anda di atas katil. Sekian.




Selamat mengcopy and paste and crop :)


Me Naughty..me Netty

Tak dapat lelapkan mata.............

Saya blur...
mata nie segar bugar jer...
patutnya dah time tidur dah nie
tapi x boleh tidur
menci nyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee..............................

masa untuk kira kambing
zzzzzzzzzzzzzzz
Me Naughty..me Netty

Wednesday, October 20, 2010

Tengah menaip kertas kerja....dengan khusyuknya.......sambil meleleh air liur......TIBA-TIBA!!!!!!!!!

ya...sambung or nak cerita balik semula title entry????
salin baliklah tajuk en3......................

Tengah menaip kertas kerja....dengan khusyuknya.......sambil meleleh air liur......TIBA-TIBA!!!!!!!!!
sesuatu terjadi di ofis saya...............sangat ketakutan tapi menggumbirakan...
errr camne tu????

suara pekerja2 mula terjerit2 kegirangan.....hairan?.....

kisahnya begini,
di sebuah bilik yakni ofis I
err, ini bukan ofis I..ini ofis cik puan google, dan itu bukan I, I kurus lagi.

semua pekerja-pekerja bertungkus lumus membuat kerja (mukabuku, Ym juga dikira kerja)
keadaan amat sunyi.....lebih2 lagi bos tiada......anak2 buah masih khusyuk membuat kerja
saya juga kusyukkkkkkkkkkkkkkk........
betoi!!! x tipu!!!
kemudian perkataan TIBA-TIBA inilah muncul....
saya salin balik tajuk en3 tadi........
Tengah menaip kertas kerja....dengan khusyuknya.......sambil meleleh air liur......TIBA-TIBA!!!!!!!!!
errr ofis saya tidaklah berupa begini, jika berupa begini saya hanya buat kerja di kaki tangga sahaja

Blackout/lampu terpadam
office yang tadi sunyi sepi, diam membisu, silent seperti di tanah kuburan....
tetiba je meriah dengan sorak tawa girang ntah datang dari mulut siapa ntah!!!!!!
ntah macam mana ofis yang sunyi menjadi seperti pesta buih.......adakah hanya disebabkan blackout????
saya terkedut aka tersengih
apabila melihat keadaan ofis yang terang benderang tadi sekelip mata menjadi gelap gelita dan elektrik juga seperti sengaja tidak berfungi.............hanya lampu laptop saya sahaja yang bernyala itupun berkat kuasa bateri yang ntah...nyawa2 ikang (bak kata org trengganu)

saya keluar dari bilik melihat suara sorakan datang dari mulut siapa
ahhhh! susah dikenal pasti!!!!
hanya gigi2 putihh sahaja yang kelihatan...........hmmmm susah mahu menyiasat....
tapi hanya suatu suara sahaja yang jelas dan saya kenal suara itu yang dari tadi menjerit
"MERDEKA!!!!! MERDEKA!!! boleh balik awal kita!!!"
hmm..tidak syak lagi...suara tersebut datangnya dari Cik Puan MAYA KARIM aka errr sapa yang baca my previous en3 tahu about her..................
so..............sesiapa yang rindukan MAYA KARIM...nahhhh dia sedang ketawa girang ketika ini
sebab apa???
sebab my office blackout........

dan tetiba jer ada jamuan ringan di depan bilik saya.....menyambut sempena ofis takde elektrik??? oh apakah!!! (saya tumpang gumbira)

isk isk isk.............................

Me Naughty..me Netty

Memo Xpress untuk mummy ayu......................

URGENT
PESANAN BARANG BERPERINGKAT
Perkara di atas adalah dirujuk. Puan Net Cute akan ke Daya bumi untuk cari gaduh dengan pihak pengurusan Maybank dan Pihak Pos Malaysia. Sehubungan dengan itu, di minta jasa baik Puan untuk membuat pesanan serta merta berupa makanan ataupun buah-buahan. Sila call saya serta merta. Harap maklum.

Me Naughty..me Netty

20.10.2010 - cantikkan tarikh hari nie.....

 20.10.2010

Ada sesiapa kahwin hari nie tak?
Kalau saya belum kawin, saya dah paksa pasangan saya propose hari nie gak

Hari nie saya bawak sup ayam, teman ofis nak buat moi aka bubur
(jadi apa kena mengena dengan tarikh tersebut?)
ohhhh! ia sempena tarikh ayam tersebut dimasak dan direbus tapi tarikh kematiannya tetap jatuh pada semalam yakni 19.10.2010 - sangat kasihan.

Harap-harap hari ini merupakan hari yang best buat saya

Jadi...........tarikh 20.10.2010 ada memberi apa-apa makna tak pada kalian semua????

Me Naughty..me Netty

Tuesday, October 19, 2010

Okeee.....2 org jer teka betoi........(Biznes NameCard saye) orang itu iyalaaaahhhhh.........

Oh! before that I choose No 2............
with this kind of design
muahahahah terkezut tak? I order kat  http://incrediblesdesign.blogspot.com/
(I ciluk gambar nie jer kat blog tuan kedai)
sangat berpuas hati....and sangat suka.....

So, ada 2 orang yang teka betoi.....
jadi..
untuk tanda kesukaan hati I,
so..nah ..I kasi ciummmmm puas2...muaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
kepada 
LIYANA & CIK ANON- UMIABICYG
anda teka tepat...kih kih kih...
ciummmmmmmmm anda puas-puas....

'
'
'
'
'
'
'
'
Apa???? x suka??????
hahahah.......nak suka ya?
kepada 2 pemenang tu, 
haaa sila kasi alamat sekarang jugak kat
notti_netti@yahoo.com

saya nak kasi cokelat!!!!
bukan sebarang cokelat tau.....jadi,,,,,sila kasi alamat ya :)


Me Naughty..me Netty

Siapa tahu tentang Maybank VIP 50 investment????

okee......sebenarnya I dah ada brochure dia. Semalam I ambil dari Kaunter Maybank while waiting Mummy ayu buat urusan dia di sana. Actually saja jer baca2...bukankah kita digalakkan membaca?..........tataaapiiii...tetiba lak terbaca kertas cantik sebab kaler maroon.....and tetiba terminat, tatapi nak baca lebey cam tak faham or saja jer malas nak faham.............tanya mummy kayu,....dia langsung taknak ambil pot bab2 invest yang kena mengena dengan peratus- peratus darab bahagi nie........so..I nak tanya uols yang pernah invest dalam VIP 50 or tahu tentang VIP 50 investment nie...plzzzz x plain to me...can????

phhhhhlizzzzzzzz........


Me Naughty..me Netty

© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno