Thursday, October 31, 2013

Kenapa Wanita Takut Melakukan Pemeriksaan Payu Dara



Ya entry hari ini lebih bersifat pandangan aku sendiri.
aku tidak melakukan interview mahupun mengugut mana-mana doktor untuk memberi keterangan perihal pemeriksaan payu dara ini.
 
Aku hanyalah insan biasa yang bekerja sambil belajar dan kekadang sambung buat kek, aku suka baca komik dan tengok anime, aku suka dengar gossip dan sekali-sekala terturut serta merancakkan arena gossip antarabangsa. Maka janganlah terlalu mengambil hati sangat mengenai perihal pemeriksaan payu dara yang akan aku ceritakan ini.
 
Umum sedia maklum kanser payu dara antara penyakit yang jika tidak dilakukan pemeriksaan awal boleh membawa maut.
 
-kenapa aku serius tetiba ni?-
 
melihat pada diri aku sendiri *bior la aku jadi model dalam ini cerita*
sejujurnya aku antara wanita-wanita yang penakut untuk membuat pemeriksaan payu dara
walaupun beberapa tahun lepas aku pernah memaksa diri membuat pap smear, itu aku dah awardkan diri aku dengan cemerlang gilalah! sebab berani kangkang depan doktor secara free of charge....siap aku pulak yang bayar doctor tu untuk tugasan mengangkangkan aku secara live telecast tika itu.
 
kini aku rasa tiba masanya aku memberanikan diri untuk melakukan pemeriksaan payu dara yang lebih serius.
 
ok, disini aku terangkan serba serbi kenapa aku takut sangat untuk membuat pemeriksaan payu dara. Para doktor sila take note
 
ni faktor paling popular aku.
 
Kurang Keyakinan
Hmm di sini untuk aku katakan yang aku kurang yakin untuk pergi ke hospital and suruh orang check dada aku. Tapi susah jugak, datang sewel aku nanti, ok jer aku tunjuk (dalam keadaan terdesak maybe) aku bab-bab tunjuk body ni memang cemerlang kengkadang. Tapi depends pada doktorlah, yang mana aku prefer tunjukkan asset aku pada doktor pompuan.
 
Perasaan Takut Pada Keadaan Sekeliling
Pernah tak korang merasa perasaan berdebar-debar atau kupu-kupu dalam perut di saat korang nak melangkah masuk ke hospital? bagi aku tak payah tunggu hospital, melangkah keluar dari rumah dah cukup buat aku bedebar-debar, kalau ada kucing melompat depan aku time tu memang terjojol la aku terlentang keras depan pintu. Dasyatkan cara aku ekspresikan ketakutan aku.
Tapi punca sebenarnya perasaan takut tu aku rasa depends jugak pada orang, maybe ada yang berani tapi entahlah maybe aku ni kretif bab-bab bermain dengan perasaan. So aku layankan jer perasaan aku tu kan. Tu yang jadi over takut kengkadang dan akupun kurang pasti maybe aku takut kalau kena marah dengan doktor atas alasan aku tak pernah nak buat pemeriksaan sebelum ni ataupun mungkin aku takut dengan hospital yang berbau ubat-ubatan.
 
Percaya Pada Gossip Semasa
Ya, aku akui bab-bab penyakit ni aku memang mudah benar percayakan gossip.
Contohnya senario di satu acara majlis mesyuarat tingkap kampong sendoyon.
 
"Eh! Tijah, ko dengar cerita tak? si Miah tu dah hilang tetet nyer ha. Sebab pergi buat chek tetet tu la habis kena himpit tekan-tekan dengan besi panas. Tu yang sampai hilang tetet"
 
ha, silalah percaya, aku memang akan telan bulat-bulat apa yang dikatakan.
tak silap aku yang dikatakan besi impit tetet tu is Mamogram.
 
Maaf gambar agak sedikit menjengkelkan tetapi tertarik untuk melihat lagi dan lagi dan lagi.
 
Source : Google Image
 
Aku dulu sebelum membaca artikel berkenaan pemeriksaan payu dara ni, aku bayangkan yang payu dara kita ni akan digelek oleh besi panas. Ala-ala steamroll tu. Naya jer kalau kena gelek macam steamroll. Confirm leperlah dada aku nanti. Time tu terpaksalah fikir macam mana nak harungi hidup sehari-harian dan hari-hari terpaksa gulung balik dada yang leper tu dan sorok elok-elok dalam sampul bra. *lihat! imaginasi ketakutan aku agak melampui batas normal seorang manusia*
 
so far ada dua tiga orang yang pernah buat mamogram ni memberi tahu yang ia agak menyakitkan. ya, aku telan bulat-bulat kata-kata mereka. Mestilah sakit jika dipenyet oleh mesin tu. Lainlah kalau dipenyet oleh doktor lelaki, haaa tu dah lain cerita ya. Sila ignore imaginasi aku yang ini. Aku dah ke laut dah.....tunggu nak terjun jer.
 
Risau dengan Result Pemeriksaan
Aku memang allergic kalau bab-bab result ni. Since UPSR bawalah ke Universiti, perkataan result memang cukup aku menyampah dengar. Mungkin sebab aku tak suka dengar keputusan yang akan aku hadapi nanti. Samalah dengan pemeriksaan payu dara. Ko takkan sesuka hati bagi free tetet ko dilanyak mesin tu dan berlalu pergi ke starbuck untuk minum kopi sambil layan internet free. Tiiidaaaakkkk, antara mahu atau tidak, result kesihatan akan keluar dan part ni lah aku paling gerun. Doktor takkan sekali-kali akan buat surprise seperti panggil clown atau tiupkan belon dan pecah depan muka kamu semata-mata nak umumkan yang kamu bebas kanser payu dara. Doktor juga tidak akan menangis teresak-esak tatkala nak umumkan yang kamu dah kena jackpot yang mana akan buat kamu keras tidak berdarah di depan meja doktor.
Samalah juga bila kamu menerima panggilan telefon, situasinya tetap sama. Sama ada kamu akan dikompang happy oleh nurse ataupun nurse minta kamu berjumpa doktor yang akan menjerentatkan nafsu makan kamu selama beberapa hari.
 
Takut ditinggal Suami
 Oh! alasan yang ini aku kurang pasti pula. Tapi adakalanya takut juga. Mungkin ada sesetengah lelaki yang bila isterinya baru nak pergi jumpa doktor, mereka dah mula sedih dan mulalah melakukan aktiviti mencari ibu baru untuk menjaga anak-anak. Konon dah macam bini ko nak mati sangat dah, padahal baru jumpa doctor jer pun, itupun kalau jumpa, kalau bini tersinggah MC D sampai habis waktu appointment kan dah naya. Alasan tak boleh blah! Eh! emo pulak.
 
Malu
Ya, aku ni kan sebenarnya pemalu. Uhuk! Uhuk! Uhuk!
dan sebab pemalu punya pasal la aku tak mo story yang ni...
dah namapun pemalu. kan kan kan
 
 
so far itu je la alasan aku tapi ada juga alasan-alasan lain cuma masa tak ada untuk aku bercerita lebih. Memang la takut kehilangan asset penting tu......penting untuk susukan anak dan bapak anak.
tapi bila tengok sepupu aku si Angelina Jolie tu buang payu dara untuk elak kanser, aku jadi sedikit WOW! beliau sangat berani dan mungkin pemeriksaan payu dara tak seteruk yang aku sangkakan. Akukan suka melebih-lebih.
 
 
Ok, walaupun korang dah sedia maklum, ini antara tanda-tanda yang perlu kalian perhatikan:-
 
- ketulan di payudara atau ketiak
- perubahan luar biasa tekstur, bentuk dan size payudara (yang ni aku kurang pasti penyebab dada tak sama size, cuba minta suami masing-masing tiup bahagian yang kecik sebelah tu, insyallah sama lah size nanti)
- kulit payudara bengkak, berkedut dan ke dalam (jangan ko tuduh moyang korang ada kanser payu dara pula bila tengok dada diaorang yang dah berkedut tu and paksa buat mamogram....nayaaaaa jer ke moyang)
- puting susu tenggelam
- pendarahan atau lelehan luar biasa dari puting
- kulit payudara berbintik seperti kulit limau (yang ni aku kurang pasti jenis limau, sama ada limau abung ke, limau kasturi atau limau mandarin - tak tahu la pula)
 
 
Akhir sekali aku nak nasihatkan diri aku dan juga korang yang sama macam aku,
buat pemeriksaan sendiri dan kalau ada apa-apa yang mencurigakan jumpa doktor.
Ingat!!! jangan sekali-kali beri abang angkat, adik angkat, suami neighbour sebelah ataupun rakan tugas lelaki membuat pemeriksaan ke atas payu dara anda.
Dikhuatiri anda dan mereka-mereka itu yang akan dilenyet mesin memogram nanti.
 
 
SEKIAN
 
 
 
Me Naughty..me Netty

WIWT.......Saya Suka Hadir Meeting Sebab Boleh Makan Free

Assalammualaikum dan Selamat Pagi
 
minggu ni saya perasan,
saya kerap hadir meeting
sama ada bagi pihak orang lain ataupun diri saya sendiri
 
and today saya ada dua meeting yang perlu saya hadir pada waktu yang sama.
hmmm....and so far tiada siapa yang nak ganti tempat saya untuk meeting yang satu lagi?
 
tapi rasanya saya sudah berjumpa mangsa yang sesuai untuk gantikan saya untuk meeting yang satu ni.
jika tidak, terpaksalah saya bahagikan masa, separuh masa pertama masuk meeting ni dan separuh masa lagi untuk meeting seterusnya.
 
....
Saya rasa ada sesetengah dari kita yang memang tak suka hadir meeting
sayapun adakalanya begitu juga but depends pada jenis meeting
kenapa?
ada juga meeting (mesyuarat) yang sah-sah kita tahu akan menjadi mangsa penggal kepala hidup-hidup (tau dah nak kena hamun)
dan
ada juga meeting yang kita memang nak attend sebab pegawai boleh lihat kredibiliti kita dalam memberi taklimat dan menjawab soalan keramat tanpa ada aaaaa errrrr hmmmm dan - - - (tak bersuara langsung)
 
walaupun begitu,
tidak bermakna meeting adalah sesuatu yang tidakmenyeronokkan.
Meeting akan menjadi lebih fun dan interesting apabila tuan rumah mempersembahkan hidangan breakfast ataupun tea time yang best-best di atas meja meeting  *wink* *wink*
dan saya akan pura-pura tidak nampak dan tidak berminat di atas makanan-makanan tersebut
padahal dalam hati......tuhan jer tahu bertapa gairahnya tangan ni nak capai sebiji kuih dan terus ngap dalam mulut.
 
Seingat saya ada dua mesyuarat yang saya kira best persembahan hidangan makanannya.
Satu di Putrajaya dan satu di ofis saya sendiri tapi bahagian yang lain.
Di Putrajaya standard la mereka bagi hidangan ala-ala hotel dan satu lagi di ofis saya hmm hidangan yang simple tapi mengiurkan. Bila kamu makan cucur bawang panas-panas, ikan bilis dengan air teh perghhhhh! Sentap.
 
satu lagi.
meeting yang tak ada makanan adalah sangat tidak membantu saya untuk berfikir dengan cemerlang yer, sekian eheehehe.
 
oh! ada lagi.....fikiran saya akan keliru jika air yang diberikan kepada saya merupakan air kopi semata....saya terpaksa minum seteguk untuk menjaga hati tuan rumah. T_T nangis.
 
anyway
saya tertunggu-tunggu juga meeting yang dihidangkan dengan pavlova or cake
hmm bila agaknya?
 

 
 

Wednesday, October 30, 2013

My Favourite Supplement

VCO - Virgin Coconut Oil - treenea
 
I bet some of you have already known about the product
 
As for me,
I've been taking VCO for almost a year as it is good for support healthy skin.
(Oh! ini bukan iklan berbayar yer sayang)
 
So far I rasa kulit muka ni macam senang je nak make up
ye la  bila guna foundation macam kadang-kadang tu jenuh nak bagi sama rata
but since I ambil supplement ni, rasa macam make up tu cantik jer.
(tak tahu la kalau make up tu sendiri yang sedia cantik)
 
Lagipun VCO memang terkenal dengan khasiatnya such as:-
-melancarkan sistem pencernaan (kan senang nak beraks tak payah susah-susah kena masuk ubat bontotla, nak kena minum yogurt satu botol la)
-meningkatkan sistem dan daya tahan tubuh (good)
-membantu mengurangkan berat badan (still waitin')
-mengurangkan risiko sakit penyakit jantung (ingat! mengurangkan risiko yer, bukan menghilangkanpenyakit jantung)
-membantu merawat pelbagai masalah kulit (haaa ya sangat membantu and don't expect makan dua tiga biji and kalian dah fefeeling retis ok)
-dan lain-lain (nah! aku malas type dah!)
 
haaaa, murah jerpun, tak rugi kalau uols beli and kalau nak beli sila cari dealer-dealer hot yang jual VCO ni yer as aku just sebagai pengguna and penyembang kosong jer. So since I am not a dealer maka jangan beli dari aku sebab aku adalah sangat pemalas nak jual product. Heh!
 
*_*
 
By the way, Virgin Coconut Oil ni is totally different from other cooking oils tau.
So don't ever-ever try to change your cooking daily routine by adding VCO to your masakan eh.
 
Nyampah I nak jawab soalan-soalan cepumas ni lagi.
VCO BUKAN MINYAK MASAK!
 

 
satu hari I ambil 2 - 4 biji
or kadang-kadang I campurkan jer dalam air the o.
 
heehehe
selamat bersupplement
 

© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno