Showing posts with label mood. Show all posts
Showing posts with label mood. Show all posts

Thursday, November 5, 2015

Aku dan Make Up - Pore Fit Cushion Bottle

Hello, apa khabar kawan-kawan

Hari ni aku terajin la pula nak review produk kecantikan.
Takde la dapat bayaran or tips or puji ke hapa....memang just nak review produk jer...

Makanya meh aku nak story pasal produk dari Korea Selatan ni.

Nama produk ialah
PORE FIT CUSHION BOTTLE keluaran Skinfood.


haaa amacam? muntah tak tengok modle separuh umur Skinfood ni?

So far aku memang ok jer dengan mana-mana produk make up. Belum ada lagi la produk yang sekali oles terus menggerutu kulit muka aku. Setakat capuk-capuk tu adalah tapi sekarang sebab ilmu penuh stuck kat dada, maka masalah capuk-capuk tu mudah jer nak hilangkan.

Oh lupa pula nak cakap, produk Pore Fit Cushion Bottle ni sebenarnya lebih kurang macam foundation atau bedak sejuk gitew (memang sejuk pun). Teruja betul aku tengok botol dia ni. lain dari yang lain. Kalau habis boleh buat baling boypren korang yang buat hal...insyaallah jendul dahi beliau.

    Baiklah.........

Aku pesan produk ni dari member ofis. Saja gatal nak habiskan duit.
Yang bawah kiri tu kotaknya, yang tengah tu dapat la ole-oleh mask face and yang kanan sekali tu foundation. Unik kan? kan?.....

Aku ingat style spray pada muka sampai ko lemas...rupanya tak.

Meh aku tunjuk cara-caranya.  


    

Ok......yang korang tengok gambar kiri bawah tu....botol bila buka penutupnya. dari atas nampak macam bedak compact. So korang kena goncang-goncang dulu botol tu sesambil belly dancing. Pastu tekan penutup botol tu, maka akan keluar la cecair keruh bernama foundation. Haaa nampak tak kat span tu macam ada bedak colat-coklat tu. Haaaa apa lagi...tepek jer kat muka.....seyes sejuuuuukkkkkk.


Aku kengkadang leka bila dap...dap pada muka....sebab sejukkan....
Apa yang aku suka produk ni ialah benda ni bila oles pada muka aku, takdelah kesan capok bedak....nampak natural kulit muka aku...orang nampak takde apa-apa tapi aku tau ada apa-apa...eh faham tak maksud aku?


Korang tengok jer la gambar aku kat bawah ni...aku pakai benda alah Pore Fit Cushion jer...tak sapu bedak dah after that. cuma pakai eye liner, liptik...calit skit tang kening...dah settle.

Tapi problemnya....kulit muka aku berminyak, so kena kerap dap-dap dengan kertas minyak...
kalau tak dap-dap maka nampak berkilat jer kulit aku dari jauh. Adehhhhhh


dah tu jer produk yang aku review hari ni....
and aku still pakai tak tukar-tukar dah.
kalau dulu aku pakai ronasutra....best juga tapi bila dah ada Pore Fit Cushion Bottle ni...
maka...carry on jer la.....

ok adios.....

psst- aku tak baca kali ke-2...so mana-mana kesalahan ejaan..
harap tutup mata jer..ok.



Wednesday, August 12, 2015

My Tummy Feels Yummy!!!

Assalammualaikum semua....burrbbb....see...see...
baru bagi salam dah burb tahap ulaw sawer bunting haaa

Apa-apa I is very the syukur alhamdulillah aminnn sebab
dalam kita masih menyambut Hari Rayo yang mulia ini
makanan amaaaaaaaaat mewah hai!

Toleh kiri orang jemput makan, toleh kanan makan toleh depan makan toleh belakang pon maaaaakannnnnn.
Pendek kata murah rezeki dengan makanan jer la.
Duit pun tak keluar merapu sangat nak beli itu ini begitu begini.
Tika dan saat ini pun aku dapat wassap dari member ofis yang paksa ajak makan open ofis.
Wah! ayat paksa tu tak menahan wei.

Menu pula bukan calang-calang menu ya....ok fine kita kita tolak tepi ketupat lemang rendang tu semua.
Menu tu kalau takde memang tak anggap hari raya lah.
Tapi tadi aku memang berkenan betul menu yang salah satu sub seksyen ofis aku hidangkan.
Memang muka tak tau malu aku datang makan 2 kali ooooo...kalau tiga kali datang confirm aku transfer terus seksyen tu....choiiiii!!!!!

Menu simple jer...sedap kat tekak aku tapi kat tekak korang tak tau la pulaks....

Menu dia is - Sup kaki ayam-
hahaha terkedu tak?.....kedu????
hahahah memang aku ni spesis survivor tu haaa..
dalam banyak-banyak makanan kaki ayam yang aku hadap sangat.
ahhhhh tak kiralah janji sodap....I is okey jer

orait lah......aku out dulu....
so aku belanja satu gambar aku minum green tea....bujet tak makan banyak tapi lengan serupa ulaw sawa batik lukis.

awwww...tata....

Wednesday, April 15, 2015

Pagi yang Psycho

Hi kengkawan jelites and handsemness sekalian.

Pepagi lagi I dah psycho dengan diri sendiri. Eh! kenapa ko kak???.
Semalam adalah hari yang tak berapa nak indah. Padan muka untuk diri sendiri. Pagi ni dah tobat taknak dah ulangi perkara yang I buat semalam. Hazabnya Ya tuhan ku. 

"Pernah tak korang nak "gossip" sesama group member dalam whatsapp sekali korang tersalah hantar pada (pelakon utama) orang yang ko gossip tu. Ahhhhhhhh!!!! menyesal and pengajaran berguna untuk I and taknak dah buat. Tu la dah kata jangan gossip, ko gatal tangan nak gossip. Ambikkkkk. Sekelip mata apa sahaja kerja yang kau nak buat jadi serba tak kena. Haaa meroyanlah sampai dalam tidur. 

Ok baki sisa-sisa serba salah masih ada pagi ni. Maka nak muhasabah diri, mulalah google surah-surah bagi tenteram jiwa sikit. Betul la apa orang kata. Dah terkena baru nak insaf. Hahahah memang I insap...insap sangat. Tapi apa kan daya, time ko dah insaf, ada jer yang ajak bergossip. Maka kengkawan ku yang berkenaan, kalau I diam tu maknanya I dah taknak join gossip ya. Namapun dah insaf gitew.

Tapikan....

Biasalah manusia, bila dah google surah-surah then tetibalah terbuka youtube konon nak dengar certain-certain ayat Al-quran.....tapi bila kat hujung youtube tu kau tengok ada model Victoria Secret 2015, mulalah kau ter'click' ahhhh! ngengada. Kau perati model two piece tu satu persatu yang mana at the end kau pula yang psycho sorang-sorang depan monitor. Psycho sebab kenapa kau anak dua tak dapat body guitar macam model-model VS tu. Padahal model tu ada dah anak 3 kot. tapi pinggang, peha humakaiiiiiii........dan kau mulalah nak sedih meratap sayu sorang-sorang depan PC. Ni kalau aku ngadu pada kawan gym aku si Liya tu confirm kena maki hamun + tazkirah free. Dah siapa suruh taknak berubah kenz.

Maka aku pangkah youtube. Aku buka website Zalora.com pula. Haaa aku memang berkenan design baju Fiziwoo. Seyes kenan sangat dah. Tapi bila tengok measurement terus ko slow-slow pangkah website tu. Haaa heart broken lagi sambil menyumpah dengan kadar pengeluaran kasar pada body sendiri yang mencanak-canak naik.

Then ko dah jadi tahap feed up and terus buka instagram lalu ternampak seorang fashion designer handsome. Ko baca lagi insta mamat tu. Eh! dah bertunang....mati-mati ko ingat gay. Lalu kau senyum sorang-sorang sambil tengok siapa bakalnya. Sekali kau perasan bakal nya adalah very low profile (bukan tahap-tahap retis) and biasa jer bagi kau. Terus kau whatsapp BFF kau and hantar gambar si polan yang dimaksudkan. The best part with your BFF is....she never kutuk or gossip or hina or whatever. She is very happy with that news dan terus kau rasa tenang sbb ada BFF yang berjiwa murni yang mana boleh jer dia nak ajak gossip disamping tambah dosa. Tapi BFF I tidak ke arah itu. I luv u la BFF.

at the end adalah rasa kurang sikit psycho
walaupun dalam hati ada terdetik

"kenapa lah laki aku bukan fashion designer?"

opps matilakatak.

Me Naughty..Me Netty

Monday, April 13, 2015

Semoga Pagi Ini Berjalan Dengan Lancar



Assalammualaikum dan Selamat Pagi

Amin, amin masih lagi bernafas dan sihat untuk pagi ini.
Kalau ikutkan aku ni memang lesu kalau tibanya hari Isnin. Itu yang pagi-pagi sampai ofis, kemas itu ini dan terus menung. Eh! camon, camon, tak boleh jadi ni. Pagi-pagi aku dah sendu memikirkan macam mana nak body macam 'Natasha Balck Widow - Avengers'. Eeehhhh! kalau terus sendu maka sampai ke balik aku akan terus layan perasaan sendu tu. Maka apa lagi google la apa-apa doa nak halau perasaan sendu/malas/sangap dan sedara mara penyakit negatif yang seangkatan dengannya.

Ok, mari kita bertugas. Selebihnya kalian baca lah entri-entri yang aku dah auto publish kan dari semalam. Kot banyak perkara nak dicerita kan kan kan. Tata 


Me Naughty..Me Netty

Tuesday, November 25, 2014

WIWT.......Baju Kurung dan Rempeyek Royale



What I Wore Today.....Baju kurung 

Kain baju kurung ni aku beli dah lama dah cuma baru berkesempatan hantar tailor. Siapnya cepat jer.
Beli 2 tahun lepas kalau tak silap di Kota Bharu. boleh tahan harga batik crepe ni. Fikir la juga 15 kali before beli ahahahahah.

Anyway nak ucap terima kasih kepada Kamarul and Ain (sorry baru kenal) untuk Rempeyek Royale yang sedap ni. Ain bagi aku rempeyek ni kat opis. Buat susah-susah jer bagi barang free ahahaha. Bila try makan amboiiiii sedap. Tak tipu and bukan bodek eh......tak keras kekung macam rempeyek yang aku pernah makan. Dah habis dah pun budak opis aku kerjakan. Nanti boleh pula aku order ya....eheheh


ok dah...adios!!!

Monday, November 24, 2014

What I Wore for My Convocation Day

Assalammualaikum and Salam Hormat Uols.

Tenang jer rasa hari ni....sebab pagi-pagi tak banyak kereta al maklumlah CUTI SEKOLAH sudah bermula.
Yeayyyyyyyy........

Mari bercerita perihal Majlis 'convocation' aku yang tak seberapa ni.

Pagi ni aku mulakan bercerita pasal pakaian, nanti-nanti bila dah free sikit aku cerita pasal majlis convo yer.

2 semester sebelum majlis convo aku bermula....kepala otak ni as usual la asyik fikir baju apa aku nak pakai kan?. (biasalah aku memang over bab-bab baju ni) Baju convo time degree dulupun sekali jer aku pakai then simpan gobok (atas masalah-masalah kapasiti yang berlebihan di kiri kanan body). Segala mak nenek majalah aku survey segala pattern aku copy and paste and siap berangan bagai...tapi dalam 2 minggu before convo baru aku hantar tailor ahahahah tailor yang aku baru kenal.
Salam kenal buat 'amoi si tukang jahit'

yang bestnya bila jumpa tailor...satu hapah design yang aku copy paste tu tak guna. Gara-gara ternampak satu design dari Majalah Thailand yang oh!! sungguh ohsem rekaan designer dia. Tq la pada office mate aku yang comel kurus melidi *AIN* yang tak lokek nak tunjuk siapa tailor dia. Selama ni tailor aku semua ambil harga ikut harga lemak kat body aku. Kali ni punya tukang jahit ambil memang harga yang aku tak terfikir akan bayar harga tu. Korang faham tak?....eheheheheh


Ni baju aku yang bahagian atas....Mak aku snap time aku tengah dok kalut sarung jubah. Tapi senyum itu harus!!!!....tak senyum bukan nottinetti la kan....ater jatuh bukit dengan kasut high heels 5 inci pun aku boleh tergolek sambil senyum inikan pula duduk statik jer kan.....makanan aku ni.

So berbalik pada design baju. Tatkala aku nampak jer model pakai design ni....aku terus tanya amoi tu...."can aaa I buat ini fesyen"...uish amoi yang serba serbi berkebolehan tu apa lagi support aku 101%. And dia mulalah suggest kain jenis apa aku patut beli. Sepatutnya bahagian kain adalah prada lace. Tapi warna macam aku nak tu tak ada so aku terpaksa tukar dengan kain lace corak lain. Kain yang bawah ni. Lace dia warna hijau sebenarnya tapi aku lawan kan dengan kain chiffon murah warna magenta. Alhamdulillah cantik pada pandangan mata kasar aku dan mata tukang jahit tu.


Selebihnya aku serah circle-circle pada amoi si tukang jahit dan berdoa agar kain beberapa meter tu jadi eloklah di body aku yang badang ni.

dan hasilnya......

AKU PUAS HATI.
10 * untuk amoi si tukang jahit.


Ini yang complete bajunya lebih kepada peplum berlapis . Top lain kain lain. Ada yang ingat macam bersambung. Takkkk
Amoi si tukang jahit kata aku boleh pakai dengan seluar if aku nak and the best part......aku dapat extra baju lagi lebihan kain. (Lagiiiiii cantik dia buat) Kagum betul aku dengan amoi si tukang jahit. Yo laaaa ingat lagi aku hantar kain sari pada Nyonya si tukang jahit di Semua House. Harga memang dasyat gila lah. Buat baju kurung jer. Kain sari extra dapat ke dia. Isk.....

ok....then untuk sepatu konvo pula.....aku dah order satu kasut heels ni.....tapiiiii at the end kasut tu tak sampai lagi ke bumi Malaysia. Some more....errmmm tinggi kot.....kang terpeleot aku depan Naib Canselor tu...naya jer kat Tan Sri. Mana nak sambut aku...mana nak pegang sijil...mana nak maintain senyum depan kamera.... Eheheheh

So aku reda dan pakai jer kasut lama yang tinggi 2 inci. Nasib baik warna masuk dengan tema baju.


So...itu jer la cerita WIWT...
biasa jer sebenarnya...korang laaaa bising nak tengok macam luar biasa bebenor baju aku. ahahahaha apa-apa pun thanx korang.....wassap pertama aku dapat dari salah sorang member....di awal subuh sore satu hari before majlis convo...."Net tunjuk sikit baju apa ko pakai esok?" ahahahahaha you know who you are kan....eheheheh

adiossss amigos......

Tudung?????? kak peah jer.....eheheheh

Tuesday, November 18, 2014

New Skirt For My Project



assalammuaalaikum....eheheh
dah over a week tak update my blog...busy there busy here...

and suddenly tempahan skirt saya tiba...
hmmm tak zzsabar nak 'WIWT' esok and see how kaaaannnn
kalau okey....boleh masuk dalam project tempahan gitew....

ok...sambung kerja. 
Adios...

Thursday, November 6, 2014

Tips Elak Di Buli oleh Nottinetti



Ya, minggu ni heboh diperkatakan isu buli membuli dikalangan pelajar sekolah. Memang aku boleh naik hantulah bila tengok video buli membuli ni. Dah macam bermusim pula. Aku sendiri sebagai ibu pun dah mula rasa semacam jer kalau nak hantar anak ke sekolah berasrama ni (wah! macam komfom dapat masuk jer kan?). Aku tak tahulah suasanan boarding school ni since aku sendiri tak pernah merasai stay asrama sekolah, haaaa laki aku tau la kot sebab dia produk boarding school.

dan syukur alhamdulillah aku tak pernah jadi mangsa buli walaupun aku kerap pindah sekolah. Dari darjah satu sehingga tingkatan 6, aku dah berpindah sekolah sebanyak 7 kali. So korang mesti nak tau macam mana aku adapt dengan suasana mesra pelanggan kan?. Nak cari kawan baru ni memang susah. Lebih-lebih lagi kalau yang jenis pendiam. Tapi untuk spesies rare macam aku ni....hahah alhamdulillah mudah aje dong.  Mungkin tips-tips ni boleh jadi pedoman bagi mengelakkan jadi mangsa buli ahahah...tips kononnnnn...ini tips dari buah fikiran aku dan pengalaman aku, mana yang elok anggukkan while mana yang rasa merepek...ignorekan dan maki aku cukup-cukup eheheh.

Situasi jika anda pelajar baru di salah sebuah sekolah. Tips mengelak jadi mangsa buli.

tips pertama

Kau pelajar baru sooo buat cara kau pelajar baru. Jangan sampai jer dalam kelas, ko belagak macho terus ambil tempat duduk orang. Bagi salam dulu dan perkenalkan diri. Suara kena lantang dan dada maju ke depan. Jangan pula tersipu sepit bagai yang secara tak langsung menunjukkan yang engkau cik sotong ataupun penakut. Perkenalkan diri dengan lancar tapi tidak bernada sombong. Secara tak langsung kawan-kawan baru nampak ketegasan dalam suara kau.

tips kedua

Selalunya kamu akan diberikan tempat duduk yang kosong di dalam kelas. Ya la kan takkan nak duduk atas riba cikgu. Isk!!! Aku pernah di beri tempat duduk bahagian belakang since depan semua dah penuh. Tapi, alah no hal la.....bila dah ada geng....silap hari bulan kamu dapat tempat duduk yang best nanti!. Ok disini sebaik kamu duduk dan cikgu tiada.....haaaaaa time ni lah beberapa kenalan baru akan menuju arah kamu dan soal itu ini begitu begini. Jangan risau, anggap sahaja kamu celebrity yang sedang diinterview oleh wartawan tempatan/luar negara/luar planet. Jawab satu-satu sambil senyum. Selalunya antara soalan:
-Apa nama kamu? (walaupun dah diexplain depan kelas, jangan marahkan mereka....anggaplah mereka terkedu melihat wajah kamu depan kelas tadi sampai tak dengar nama kamu)
-Tinggal mana (bagitahu jujur, mana tahu ada member yang tinggal area kamu.....haaa dah ada geng pergi sekolah sama-sama)
-Bapak kerja apa (kena tegas menjawab.....bapak saya kerja Polis!/Biznesman berjaya!/Doktor!)
-Kamu dari sekolah mana sebelum ni? (jawab dik, jangan tak jawab)
- Matematik kamu dapat berapa (yang ni sila jawab kurang jujur sikit, walaupun maths or any subject kamu adalah teruk.....tak salah upgradekan sikit markah kamu menunjukkan kamu bukanlah vongok sangat. Ingat!! kamu nak mencari kawan bukan? jika tiada kawan...chances untuk diperbulikan adalah tinggi. Balik rumah gi pulun baca kembali subject yang kamu gagal)

tips ketiga

Sila aktifkaan diri dalam olahraga. Kalau di sekolah dulu kamu dicop sebagai kaki bangku, kaki gajah, kaki kudis...hmmm apa kata ubah sikit jati diri tu. Kamu boleh bermula dengan permainan batu seremban atau lompat getah. Aku dulu begitu. Ini bukan joking ya. Di sekolah Convent dulu. Aku bermula dengan bermain getah dengan kawan-kawan yang baik...ermm kiranya okey la, kawan setaman. Bila kau dah terror and jadi buah mulut kekakak senior hmmm kekuatan kau di sekolah tersebut mula bertapak. Okey aku darjah 4...and kakak senior darjah 6...seeee....kecik-kecik lagi dah bersenior bagai (siap berkakak adik angkat-aku tak suka ni). Step seterusnya, daftar diri masuk dalam pertandingan sukan. Seriously aku dulu tak gheti main netball. Sebab aku bukan minah sukan. Taaaaaapiiiii ko nak elak jadi mangsa kan? Ko main apa jua sukan dengan sepenuh hati. Aku dulu ada tanya tips dari cikgu macam mana nak layakkan diri untuk masuk team Netball sekolah. Alhamdulillah cikgu berbangsa India (aku lupa nama) bagi tips yang amat mudah dan berkesan. "Mudah sahaja Netty....Kamu just tangkap bola and shoot!!!" ok itu jer tips cikgu...Eh!!! akupun apa lagi mulai saat itu praktis shoot bola kat belakang rumah. Siap minta mak aku beli bola Netball and baldi gantung ahahahah. Ya....tektik aku berjaya. aku diserapkan sebagai pemain Netball sekolah and menang beberapa perlawanan bertaraf sekolah rendah. Cheeewah!!!
Haa disini aku nak tekankan...bila kau dah mula masuk pasukan athlete sekolah...maka secara automatiknya...tiada sesiapa pun berani kacau kau termasuk cikgu. Statemen belagak kan?....time tu la kau rasa diri macam Dato LCW. Kenapa? sebab kau adalah manusia yang mengharumkan nama sekolah. Gitewwww. Beranilah si pembuli nak buli kamu...silap hari bulan si pembuli pula yang bagi kamu ufti...ehhhh!!! 

tips keempat

Jadi pengawas!!! Pengawas library tak kira ya. Kuasa mereka di library sahaja. Eheeheehe macam simple jer kan...tapiiii pengawas la kengkadang yang jadi mangsa bulikan?.... Aku pun tak pernah sangka nak jadi pengawas. Pangkat ketiga tinggi pula tu. Eh!!! Ok, apabila anda dilantik sebagai pengawas sekolah....ini bermakna hubungan anda dengan cikgu cikgi adalah rapat. Jadilah pengawas yang disegani dan bukan pengawas yang sibuk nak mengadu hal rumahtangga si polan-polin pada cikgu disiplin. Aku juga pernah berdepan dengan budak gangster sekolah (yang kini jadi alim sealim alimmmmmmmnya, tak sangka aku), pernah juga kena perli dengan member-member yang marah bila tau aku nak buat spotcheck (macamlah aku desperate sangat nak selak kain korang just nak tau pakai kain dalam ke tak eeeee nyampes!!) tapi kau gunalah sikap ramah mesra alam kau tu. Senyum dalam tegas. Macam mana tu. Ahahahaha. Di sini juga peranan cikgu disiplin perlu ya. Kalau apa-apa jadi pada kau...adu sikit jer pada guru disiplin...insyaalllahhhh guru disiplin akan meroyan dan kawan yang mengenakan kau akan dikenakan tindakan tanpa bicara. Ehehehehe.

tips kelima

Pilih kawan yang sesuai. Oh! jangan pula macam tukar baju ya. Kamu rasa kawan ni tak best...kamu pergi pada kawan yang best!..jangan ya...tak elok tu. Member-member akan cop kamu sebagai memilih kawan, habis madu sepah dibuang, hidup segan mati tak mahu, pergi mampus adalah lebih baik. Kamu budak baru di sekolah and for sure kamu akan berkawan dengan kawan baru yang duduk disebelah. Dalam beberapa hari sahaja kamu akan kenal siapa kawan sebelah kamu sama ada dia fames atau tak, pendiam atau tak, bijak atau tak, friendly atau unfriendly. Teruskan berkawan disamping itu buat kawan dengan member-member kelas yang lain. Bila kamu dah ada group yang sesuai...jangan ditinggalkan member yang pertama sekali menegur kamu. Jangan dik, jangan...... Beberapa bulan sahaja kamu dah join group yang best tapi dalam masa yang sama teruskan berkawan dengan member kamu yang dulu yang pernah tanpa segan silu menunjuk kamu cara ke kantin, ke toilet, ke bilik guru, ke bilik Sains. Dengan cara ini member-member akan beranggapan kamu adalah baik (walaupun kamu memang baik), peramah, mudah bergaul dan mesra kawan. Yang paling pentingggggg....jika ada sesuatu terjadi pada kamu...kawan-kawan inilah yang akan menjadi benteng memprotect kamu. Wah!!!! dah jadi puteri lilin dah ni. Tapi jika kamu sendiri nak pilih group gangster atau si pembuli...hmmm tak dapek acik nak tolong. Berkawan boleh tapi join buat benda bukan-bukan....jauhkan!! Amaran dari police cop Gaban.

tips keenam

Ini memang biasa. Join martial art di sekolah. Tunjukkan kamu ahli Karate Do black belt kaler biru. Cuba join mana-mana pertandingan. Kalah takpe....janji nama ko di bibir cikgu bab-bab masuk pertandingan KATA atau apa-apa jer la. Janji member-member sekolah tau ko ahli karate. Nak jadi best...sebarkan gossip ko pernah tampar dan karate 5 orang bangla mabuk tepi jalan yang cuba nak touching-touching ko. Maybe si pembuli sekolah akan kagum dengan ko. Di sini chances ko untuk mendaftar ahli group pembuli adalah tinggi. Maka fikir sehabis baik. Elakkan.

tips ketujuh

Hindarkan diri dari melalui kawasan atau port goup kanak-kanak kurang kasih sayang ni *si pembuli*. Contohnya dari jauh kamu dah nampak group ni lepak di toilet sekolah. Elakkan dari masuk ke tandas tersebut. Nak terkucil atau terberaks sesangat pun..elakkan.....cuba sedaya upaya tahan kesakitan perut yang kamu alami, cari mana-mana longkang sekolah yang tersorok dan lepaskaan hajatmu *jangan tiru aksi ini*. Macamlah ada satu jer tandas kat sekolah kan???? Tapi, jika kamu yakin dapat menumbangkan sorang-sorang macam pijak lalat jer *if kamu dikacau* maka pergilah ke tandas tersebut. Tapi jangan pula *sarang tebuan dijolok*....dia tak usik kamu and just lepak dalam tandas, alih-alih kamu pula yang naik minyak serang diaorang. Selidik dulu Tipah......jangan dibuai perasaan takut punya pasal terus kamu serang mereka membabi buta. Sometimes mereka lepak tandas just untuk membuat aktiviti-aktiviti terlarang seperti merokok, ambil dadah, tengok porno jer. Kamu jangan yaaaaa cuba-cuba buat aksi Jet Li. Insyallah jika kamu melakukan aksi tersebut, maka kamu akan jadi mangsa pembuli sampai tamat persekolahan. Insyallah ya. Tuhan bersama-sama dengan mereka yang benar.

tips kelapan
Berpada-pada, jangan tunjukkan sangat kamu ni ulat buku, scorer atau nerd. Peluang dibuli adalah sangat tinggi ya. Macam stock exchange. Jika kamu scorer and at the same time ahli sukan....tu takpe. Sebab kamu ramai peminat and bodyguard tak bertauliah. Ni pada yang nerd tu...hmmm sometimes tak susah nak klasifikasikan diaorang ni nerd. Tapi nak buat macam mana...mereka ni lah pemimpin masa akan datang. Sepatutnya mereka dijaga dengan sebaik mungkin. Khazanah negara ni. Akupun pernah tengok budak nerd kena buli lite-lite. Kesian diaorang. Dah memang nature mereka sukakan buku dan hmmmm nerd. Tapi selalunya di alam persekolahan jer. Dah masuk Uni dah kawin, nerd tu hilang lah. So kalau boleh berpada-pada lah jadi nerd. Jangan nampak sangat. Jadi biasa-biasa sudeh. Awal-awal jangan tunjuk bijak sangat. Final exam jer tunjukkan yang ko memang otak geliga tahap langit ke tujuh. Baru orang macam respect...waaaaaaaaaaahhhh kat kau. Tak ke kembang kempis hidung ko bila dapat pujian?....ehehehhe

tips kesembilan

Hubungan baik dengan cikgu. Haaa ni aku nak jelas terang-terang. Hubungan baik adalah kamu baik dengan cikgu tu. Cukuplah cikgu tu kenal siapa kamu. Bukannya hubungan baik seperti hubungan terlarang, hubungan abang adik, hubungan laki bini tak sohih, hubungan belakang tandas sekolah, eh!. Hubungan baik dengan cikgu juga bukan hanya pada seorang guru. Ooooo mentang-mentanglah cikgu tu handsome....maka cikgu tuuuuuuu jerlah ko hadap.Tolong hantarkan buku latihan, angkat bag cikgu tu, cuci kereta cikgu...baik ko mintak nikah jer kalau lagu tu. Sometimes murid-murid ni ada yang memilih cikgu. Tak bermaksud cikgu yang garang and muka ketat tu tak dapat membantu kamu jika kamu dilanda masalah dan sometimes tidak bermaksud guru yang dah lanjut umur jalan slow tu tak boleh menjaga kamu. Bagi aku....buatlah baik dengan semua guru. Jika di mana situasi kamu dibuli berlaku....cikgu-cikgi inilah yang akan menjadi benteng menegakkan keadilan bagi kamu. Selalunya gossip-gossip sesama guru ni cepat sampai pada si pembuli yang menyebabkan si pembuli berdebar. Takut tak lah kot...tapi berdebar ada, cukup untuk membuat si pembuli macam cacing kepanasan. Dah nama si pembuli jiwanya kental. Jiwa lanun kannn.

tips kesepuluh

Ko couple jer dengan salah seorang konco-konco si pembuli. Cari yang handsome sikit. Tak pun pegang ketua pembuli. Muka pecah pintu tak apa....bukan buat lakipun, yang penting kamu selalu dilindungi dan dilayan sebagai kakak kawasan. Jika kamu terbreak separuh jalan pun tak apa...sebab si pembuli ni tak akan sekali-kali menyakiti hati kamu. Huiiiii kaki buli ni sometimes bab cinta cintun memang hati kaca....sakitnya menusuk kalbu. Mau meleleh air mata belakang tandas. Gitewww. Tapi kalau dah terover falling in love pun nak buat macam mana. Kamu tu kenalah bawa dia ke jalan yang diredhai. 

dah itu jerlah tips aku. Sebenarnya banyak lagi tips nak bagi tapi aku ada kerja yang belum diselesaikan. Karang aku pula kena buli dengan bos aku. Haaaa sometimes buli ni bukan sahaja di sekolah, tapi tempat kerjapun ada. Cuma tak berapa nampak sangat. Eh!! cukuplah....aku kena kerja...nk buli orang bawah pulak ehehhehehe. Babai.

Me Naughty..me Netty

Friday, October 31, 2014

WIWT......It's Friday - Teaser Jubah Dress by Me



Assalammualaikum and selamat pagi
Yeay.....excited kan bila tiba hari Jumaat.
Macam nak sambut Hari Raya kaedahnya.

hari ni aktiviti adalah melawat geng blogger yang baru bersalin di Prince Court M.C then heading to KLCC mungkin just to melempiaskan nafsu di Kinokuniya. 
haish!! bertabahlah BFF eheheeh

ok WIWT

Jubah Dress by Me
Heels?...as usual tak nampak
Tudung by Tengku Rinanda (ig)

Yes, I know ada yang pm, wassap, jumpa secara membabi buta just untuk tanyakan dress jubah I.
Yeayyyy happy sangat!!! walaupun teaser jer baru. Bila dah siap all the jubah dress dari kilang, i will let you know yer...sabaq naaa....
apa-apapun I love you all dari bumi ke bintang singgah ke bulan tersangkut di satellite dan kembali semula ke bumi.......betoiii tak tipu.

sampai ketemu lagi buk!! 
tata

Wednesday, October 29, 2014

Zumba Zebra, Another Jubah Dress By Me~Teaser~



Syukur alhamdulillah.....walaupun stuck dalam jammed di muzium negara tadi tapi still aku orang pertama buka pintu ofis. Heh!!!....huisshh bangga kau....nak heboh satu planet yang kau orang pertama buka pintu opis.
Tunggulah tahun depan bila anak-anak dah stay dengan aku.....maybe aku jadi orang kedua akhir sampai ofis....haru jer.

So hari ni aku tak nak merapu panjang
sebab ada mesyuarat dalam tandas kejap lagi 
semalam makan banyak cili oooooo...so pepaham udeh.

Dress jubah yang aku pakai tu adalah teaser......ada yang berminat ker?....aku test dulu kainnya. Kalau okey and dipersetujui CEO-CEO syarikat dan akak cleaner *Wah!!!* maka akan terialisasilah jubah dress zumba zebra ni. Target aku untuk menjual dress jubah dalam size badang (big size) dan size Sizuka (petite size). 
Adios!!!

Jubah - Zumba Zebra By Me
Tudung - Tengku Rinanda IG
Kasut - as usual tak nampak.

Tuesday, October 28, 2014

Telur Rebus as My Breakfast



okey...korang jangan percaya sangat yang aku makan sebiji jer telur rebus.
Sebenarnya ada dua biji. Satu aku dah sedekah kat office mate sebelah yang sama diet dengan aku. Then before telan telur ni, aku dah lahap dulu hot dog bakar sebanyak 2 biji.
Cukuplah breakfast pagi ni. Kalorinya pun tak tinggi. Telur rebus yang sebiji jer ni akan aku makan around 10 o'clock nanti...bila dah start lapar.

adios!!!! oh...aku juga ada beli karipaap kat member office....itu untuk makan bila rasa lapar menggila...hehehehe

Friday, October 24, 2014

What I Wore Today..........Dress Jubah by Me



Bagi peluang pada minah mata sepet ni berbicara sebentar okey.
Yes, currently I tengah berurusniaga dengan teman-teman untuk mengeluarkan rangkaian pakaian untuk dijual. Alohhhh biznes kecil-kecilan bak kata orang kampung. 

dan saya tahu biznes jual baju ni memang bersepah kalau nak dikatakan. Tapi hey berapa banyakpun yang jual dress jubah yang size badang macam I ni. I know ikut pada pengalaman memang frust bila order pakaian online size XL tapi bila pakai eh? ukuran kecil macam size M. So disebabkan alasan frust tersebut, I and my kengkawan kepercayaan pun cuba try test la nak hidupkan satu rangkaian pakaian design kami sendiri di bawah nama _______ *akan dimaklumkan setelah didaftar nanti*

Buat masa ni......I akan pakai dulu dress-dress yang I rasa sesuai untuk kawan-kawan berbidang besar macam I ni. Bagi uols teliti dan lihat kot sesuwei ke tidak dengan citarasa uols.

Ok dah! itu jerlah, nanti kalau dah siap semua dress-dress design kami....insyaallah akan I war-warkan kepada kalian semua. Oh! ini bukan buka kedai yer...just online boutique saahaja. So jangan ditanya alamat kedai.

Jubah chiffon by me
Model tak make up pun by me
Tudung by Tengkurinanda (IG)
Shoe??? tak nampak sebab jubah labuh.

tata

Thursday, October 23, 2014

Siapa Suka Planner? Angkat Tangan!! It's From Stickerrific.

Assalammualaikum friends
Bestkan hujan renyai-renyai ni, rasa macam romantik jer.......berjalan terkepit-kepit pegang payung Avon di tepi-tepi lopak sambil control muka cas nealofa.......dan sekali zasssss!!!! kuyop ko dek non. Semua atas jasa baik kereta honda putih yang jeles dengan kegojesan ko bercatwalk tepi jalan sebelah lopak. Ahhhh! sialan loh!!!! tak sempat acik ambil no plat kereta....kot boleh gores dan menang kereta honda kamu lepas ni.!!!!
Rosak akhlak.

Baiklah lupakan tragedi melanda akak pagi buta tadi. I maafkan si pelaku durjana sebab I perasan gojes pagi ni. Sekian.

Hari ni mari bersama-sama mendengar cerita Planner terbaru I, It's for 2015.

Begini ceritanya ya adik-adik, kakak-kakak dan kekabang sekalian.

Pada hari Selasa 21 Oktober 2014, I telah dapat satu bungkusan yang maha keramat. Awwwww....see betapa eksited nya I bercerita pasal Planner ni.

Sebaik dapat jer bungkusan ni......I buka and memang tertanjat I  sebab suka ooooo dapat sampul cover yang bersepah dengan sticker siap ada nama I lagi. Baguslah! kena betul dengan nama FB owner ni....Stickerrific .

Then persis kanak-kanak yakult....I terus carik-carik cover tu *rakuslah konon* and yey!! keluar benda alah ni...tu kat bawah. Julingkan mata uols di bawah.

Saat dapat jer barang-barang ni, I dah tak fikir Brad Pitt, Azman, leman, Saiful, Darren, Sopian, Ah Kaw, KJ, Helman ASST...ahhh semua jantans yang terpampang di computer I time tu.....
I terus lurus bendul buka one by one barang-barang yang I order.....
and terharu bila tuan kedai kasi nota kasih sayang pada I...wow.....dengan hanya RM 237, I dapat nota kasih sayang dan beberapa barang....and some more sticker free....Ko eksited tak???? menggeletis jer rasa urat kentut ko kan?


Kendian....I buka barang yang paling I suka....
sila julingkan lagi bebola mata anda di bawah

Inspired Midori Traveler's Notebook
Yeayyyyyyyy!!!
oh!! kenapa I kata inspired?....haaaaa ini kira klon pada original Midori Traveler's Notebook (MTN) la.....
Sama jer....cuma takdok la cop mohor MTN. Kalau ori MTN mau cecah RM400 complete set.
Lagipun kan I dah habaq before...MTN ni dah kebanyakannya Sold Out gitu. Dah tu bila I tanya siapa gi Jepun bulan ni? memasing diam membisu tuli jer...alih-alih sedar-sedar jer bagi I fridge magnet dari Jepun ....huh!!!! Nampak tak permainan di situ?. Ah!! nak kim salam otomen pun tak sempat.!!!!

Tapi kan.......Inspired MTN ni still like ori...apa orang cakap? grad AAA??? ahahahahah
still bagus...and isi dalam diapun mostly from original MTN. Isi dalam mahal ya...bukan mughah!!!!!

Haaaa ni I dapat terus touch up mana yang patut. Kebanyakakkan nya I beli di FB Stickerrific tu la....
Owner dia Si Szetoo tu baik sangat...5 patah ayat I tanya....5x5 patah ayat dia jawab. Huuuuu bravooooooo......

Balik rumah jer...apa lagiiii, I keluar semua bala tentera I (sticker, washi tapes, sticky notes...bla..bla)
and mulakan project bedah siasat Planner I....10 jam ngadap bendalah ni oooooo
but still tak habis lagi.....sambil lekat-lekat sticker sambil ketawa ngilai-ngilai then masak then kemas rumah then sambung lagi tepek sticker then ngilai lagi .....memang la 10 jam pun tak sempat kan?.


Penat hambat anak-anak panda ni masuk Planner I...Nasib baik dengar kata.

See..tempat pen holder tu pun I transformkan bagi nampak macam DIVA sikit
blink! blink! gitew.

Nanti nak akhir tahun baru I show off kan satu persatu isi dalam Planner I ni yer...
Buat masa ni kasi uols terliur dulu.

heheheheh nanti I tunjukkan satu lagi Planner yang sama macam MTN.
Tapi kali ni bewarna *belum beli lagi sebenarnya*...wowwww eksited lagi rasa macam nak hempuk kepala di atap kereta Porsche abang Ahmad Akhmar *sumpah aku tak kenal siapa mamat ni*

Adiossss!!!!


I Love Planner

Tuesday, October 14, 2014

Selamat Pagi Anda Semua



hari ni rasa ceria jer.....
sebab?.....

- business baru yang bakal bermula insyallah...
- business kek yang kian menjadi-jadi dan memang tak boleh tamak ambil order....cukup seminggu concentrate 2 jenis kek sahaja....maaf andai terasa...wah!
- 25 muka surat penulisan novel dari yours truly telah berjaya ditaip...wah!!!!! chaiyokkkkkkk!!!! (jangan kena buang tong sampah udehhhh.
- Manolo blahnik bakal dalam genggaman.....awwwwww.....kena marah ke kena maki ke...I tak kisah janji I senyum sampai ke telingga.

Sekian......sambung balik kerja

Thursday, October 9, 2014

Ok...I want This!

Money yang Suami bagi pada saya semperna My Birthday Hari tu masih belum digunapakai lagi. 
Memang sayang nak pakai sebenarnya......(dalam hati nak simpan Tabung Haji jer...cheewah) but I just can't help my self when terlook at this gojes Moschino iPhone casing. To die for la...buat masa ni.

So far I tanya the price around RM200 lebih.
hmmm perlu atau tak ya? 
Di kepala I sekarang ni fikir...If I buy Moschino authentic.....dah tentu mesti ada keluar yang inspired *lagi mughah* hahahahah..... 



Barbie Moschino Pink Collection Mirror iPhone 5 Case


hmmmm harus fikir dengan perasaan tenang.
Sabar Net sabar.


Tahun ni birthday saya lebih kepada hadiah berbentuk wang ringgit. Awwwww.....


Me Naughty..me Netty

Tuesday, September 30, 2014

Good Morning

Yeay esok dah start cuti....yahooooooo.....
best! best!

Dah itu jer nak bagi tau
Jom sambung kerja.

sshhhhh jangan bagitau Encik Suami saya ya....kihkihkih (hantuk kepala)

Thursday, September 25, 2014

Tragedi Pagi Hari - Salah Masuk Kereta.

Assalammualaikum and Selamat Pagi Kawan-kawan.

Pagi ni punya cerita memang buat malu muka je.
Dah macam mana boleh tersilap masuk kereta kan?. Adakah itu tandanya banyak betul masalah negara yang aku perlu fikir?. Hahahha atau memandangkan hari ini hari Pay Day so kepala otak ni ligat memikirkan apa perlu dibeli disamping apa yang perlu dibayar. Sepatutnya aku perlu fikir apa yang perlu dibayar dulu kan?.

Tapi betul aku asyik terfikirkan perbelanjaan untuk bawa anak-anak bercuti *dalam negara jerk*
ahahhaahha.....Seawal jam 6.30 pagi aku dah sampai Bangsar untuk order nasi lemak Pakcik depan Maybank tu. Niat di hati nak belanja kengkawan ofis. Then aku pergilah bayar apa yang patut di bank-bank terkemuka sekitar Bangsar tu. Wah!
"Pakcik saya pergi tempat lain nanti saya datang balik ya" Pesan aku pada pakcik yang baru susun lauk pauk tu. Eh! macam ayat novel lak.

Waktu aku park kereta di salah satu bank and siap berurusan di kaunter ATM aku cepat-cepat masuk kereta. Ya la korang, jam masih pukul 6.45 pagi. aku rasa aku sorang jer...memanglah aku cepat-cepat buat kerja kat ATM tu. Takutlah kan apa-apa kes ke kan....

Time aku masuk kereta tu aku perasan ada dua kereta warna hitam. Cuma ya la bila ko nak cepat, ko main masuk jer kereta dan terus nak start enjin. Haaaa tang ni la bila aku nak start enjin aku rasa lain. Bila masa pula depan stereng atas desk tu ada patung kucing kepala goyang-goyang.

Ehhhh...aku tengok tepi tempat duduk "eh! mana back pack aku?"....then tengok belakang...ok...kereta sudah tukar ka....suddenly pintu kereta terbuka and terpampang badan seorang lelaki baya aku kot. Muka dia ala-ala terkejut macam terserempak perompak (aku le tu) and muka nak marah tapi tak jadi marah maybe sebab aku comel sangat kot. Ahahaha maybe dia dah perasan aku tersalah masuk kereta.

Apa lagi aku cepat-cepat keluar and toleh sebelah kereta...ooooo confirm aku masuk salah kereta. Aku cepat-cepat cakap. "saya minta maaf encik. Salah kereta, Saya bukan nak curi kereta Encik" Tertunduk-tunduk aku minta maaf dah macam awek Jepun haaa gayanya. Orang tu diam and angguk jer....terkejut lagi kot. Nak sah kan lagi cerita aku betul. Cepat-cepat aku buka pintu kereta aku (time keluar dari pintu ATM tadi aku dah tekan switch kunci kereta, memang dengarlah bunyi) and start enjin kereta. Apa lagi tak pandang dah mamat yang masuk dalam kereta dia tu. Cepat-cepat aku blah. Haaaa camnolah kereta boleh sama brand and sama warna kan.
Encik tu pun satu...awatlah tak kunci kereta. Kan aku dah masuk senang lenang. Ataupun dia sama dengan aku keluar ke ATM untuk ambil duit. Entahlah.

Nasib baik tak kena cop pencuri kereta kan. ahahahahha

ok lah....cerita aku dah selesai...
meh belanja "What I Wore Today" ya.


dan sarapan yang tak habis....
ayam masak merah, telur mata and Quinoa
Sekian.



Tuesday, September 23, 2014

My Not So Rajin'nes' Cleaning Schedule

Yeah, I was looking at my agenda and examine the activities that should be done today, when
 suddenly I saw a page of my daily activities.
Ya....a page full of my routine (suppose to be) "Cleaning Schedule"

Why suddenly the words become big???
ehehhe

Ok la senang cerita. Actually I should always *must* (okay almost always) have to make sure to follow all the routine I've wrote. But nuhhh non off the routine I follow ahahahah benci ahhhh!!! My husband for sure gonna tease me for that (if he read my blog la kan)

As u can see, the following is my schedule. 

Konon!.....kiranya ada schedule rumah akan jadi bersih kilat tahap boleh jilat la.....purffhhhh but non...non...of that cleaning routine I followed. Again!!!

Ntah la why eh?...malas sangat walhal di office kemain rajin fikir nak balik nanti nak kema situ ini begitu begini but

.....at the end...Zzzzzzzzzz....cooking...TV...Zzzzzzzzz....


Better do something about it.....kena naikkan semangat rajin sekali lagi.
don't lazy lazy you bom bom....

huh!!! so...because of my Zzzzzzzz sangat!.....I've joined one private group at FB
"Deco Rumah ku Syurga ku"

trust me....it was soooo amazing!!!
sekaligus nafsu nak kemas rumah membuak-buak.
Gila ko!!! the house was sooo tidy and beautiful eventho it's only apartment or flat or rumah kampung. But entahlah...you guys should join the group. And yes!! no nudity no cakap-cakap merapu dalam group ni ok.
Semuapun baik-baik bagi pandangan and ilham.....

Balik rumah dah ada semangat baru...like...hmm nak tukar langsir itu nak buat design ni..
and for now...yup for now...I am going crazy on the wallpaper design....thanx for the group member yang show off sangat wallpaper diaorang yang marvelous tu.

ahahahah
Crazy la sangat angat angat

Net dah ngek! 

Busy Bee.....

Ini adalah breakfast saya untuk hari ini.
"Overnight oatmeal"

Resepi:

Oats 3 sudu besar
yogurt (natural) 2 sudu besar
chia seed 1 sudu
green apple 1 biji
yogurt buah 1 cawan
susu low fat 1 cawan

cara-cara:
humban semua bahan tu dalam satu bekas....dangdut-dangdutkan (goncang) bekas tersebut dan simpan semalaman dalam peti ais (kasi sejuk)

wallaaaaaah!!!!


pssst :/ pada yang order L'arome. Barang hanya sampai pada 20 October 2014. Sabar naaaa sabar. Siapa nak order meh habaq ka cheq naaa.

Monday, September 22, 2014

Saya Sebuah Punching Bag, Silakan Marah.

Punching bag tu gapo mek?

yang serupo bag beras tu ko?

ehehehehhe...sat sat naa......I google.


haaaaa ibaratnya I adalah punching bag tu, redhoooooo jer kena punch Ko tumbuklah macam manapun....body I solid jer rupa gitew.....dan yang menumbuk tu kiranya si tukang marah la....takkan happy-happypun nak menumbukkan. Unless nak keep fit. Tu lain cerita.

Al kisahnya sebaik sampai di ofis jam 6.30 pagi. I macam biasalah melepak dulu. Mengemas sambil mengilai sorang-sorang. Then datang sorang office mate (staf) I. Lalu mengetuk pintu bilik. I yang sedang mengilai versi vibrate ni pun cepat-cepat cakap. "Tunggu! Tunggu sat"...dah siap bersusuk bagai, ok terus buka pintu. Oh! staf I yang comel masuk sambil minta maaf sebab ganggu hilaian I pepagi buta.

"Maaf Pn. Net, ganggu pagi-pagi. Kita nak mengadu sikit"
lembut tutur kata staf I sorang ni. I pun ceria macam biasa. Hari Isnin kannnnn harus happy.

Lalu.....staf I ni meluahkan perasaan yang membelenggu. Dari seelok-elok tatabahasa terus menjadi sekeras-keras ntah apa-apa bahasa. Marah kemain koooooo. Terkebil-kebil aku dengar luahan perasaan dia yang membuak-buak bagaikan loji kumbahan taik air. Uissshh! orang pompuan kalau dah hangin.....tangan macam Karam S. W. Nasib baik dia tak pegang pisau time tu...kalau tak mau berlobang muka perut aku ni.

Aku macam biasalah terkebil-kebil sambil minum Chia Seed. Kot dengan harapan cepat sikit lemak aku terbakor.
Dia terus bermarah-marahan. Aku faham orang tengah marah ni kita kena diam and dengar dulu. Nak mengilai rasanya tak kena pada situasi. Nak turut sama marah pula kang ada pula adengan Hang Jebat and Hang Tuah.

Tindakan aku seharusnya ke arah lebih positif lah. Walaupun aku boleh buat dua perkara ni.
Sama ada hasut lagi staf aku ni.....bakar dia kasi rentung!!! Make sure sampai bunuh-bunuh.
Astagfirullah.....tu nak ke Neraka tu....

ataupun
Nasihat dia dan sabarkan dia. Ingatkan kembali saat-saat indah dia dengan kawan yang dimarahi nya. Walaupun aku tau susah nak feel balik kenangan manis time ko tengah marah-marah. Memang takdo nak imbau-imbau la.

Tapi aku still cakap...(before dia terbalikkan meja aku yang memang sedia bersepah). If dia dah tak tahan sangat dengan perangai kawan dia maka adu jer pada bos. Kalau takut, aku boleh tolong sampaikan (eh! aku bukan batu ronsen ya) aku membantu. Tapi kalau dah tahap aku sampaikan pada bos, maka akan adalah positif and negatif. Yang mana staf-staf yang takde kena mengena turut terbabit sama.

Maka aku..(eh! tadi ber 'I" kan....ni "aku" pula) takpe janji faham. Maka aku cakap....buat masa ni aku akan nasihatkan staf yang digossipkan tu. Kalau tak jalan juga....maka baru aku akan panjangkan pada bos. Aku tau kalau aku panjangkan pada bos...dah tentu-tentu bos suruh aku settlekan....tau sangat. Sebab ni kes terpencil, lainlah kes bunuh orang ke ataupun kes curi kereta bos bawa pergi Thailand untuk meronggeng ke....kan..eheheh

ahahahahah.......harap-harap takde kejadian bunuh-bunuh lepas ni.

dan kepada staf ofis yang lain.....bantu la sesama staf. Jangan longgokkan kerja pada staf yang cuti. Bila staf naik kerja terkezut beruk dia tengok kerja atas meja yang secara otomatik boleh mendidihkan darah perwira dalam badan.

dan lagi....berpada-padalah kalau tengok 'tonton.com' ker...you tube ker sampai kerja pun anggap bukan kerja dia. Tak baik camtu.....kita kawan-kawan takleh gaduh...kenapa????
nanti mak marah! dah tu jer.

Aku nak buat kerja...semangat lepas tumpangkan telinga pada orang tengah marah.

ni ada pula member panggil ke ofis dia just untuk tengok kulit muka dia yang mengelupas.....oh!! baru ku tahu...diriku amat berharga......patut ada alaun-alaun "tertentu" untuk orang macam aku ni.


heheheh maaf yer.


Me Naughty..me Netty

© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno