Wednesday, October 30, 2013

WIWT......Akhir Tahun yang Menyibukkan



 
As usual it's VARIANTE and I'm loving it!
 
*-*
 
Di akhir tahun ni disaat anak dah nak start cuti sekolah and mak bapak sibuk plan for holiday,
I pula sibuk dengan final sem, kursus, kerja yang sememangnya banyak but buat-buat tak nampak dan bebanyak lagilah.
haish.
perasaan oh perasaan.
 
Eh! ada tak I mention before ni yang I tak jadi buat birthday party anak-anak?
hmmm will postpone next year la bila si starbucklatte dah lebih matang dalam cake cutting and lebih berani berdepan dengan clown and some more I dah berpindah di tempat baru. Buat birthday party di rumah sendiri lebih puas hati gayanya.
 
tata
 
kerja-kerja-kerja

Tuesday, October 29, 2013

ADIDAS KOTR - Aktiviti Larian Pertama Saya Selepas Beranak Dua - Karangan Part I

Gambar diambil dari website ADIDAS -King of The Road (KOTR)
-minta izin ya pak Didas.
 
Ok, hari ni, semangat aku untuk menaip karangan 360 patah perkataan sehangat sewaktu aku join larian ADIDAS KOTR di Lebuhraya NPE pada 20 Oktober 2013 tempoh hari.
 
dan betul, bukan choobaaan bila aku katakan ini merupakan larian pertama aku setelah bergelar bini orang dan wanita anggun beranak-pinak.
 
dan chooobaan membabi-buta aku dalam mendaftar diri untuk menjadi peserta ke berapa ribu dalam larian tersebut membuahkan hasil apabila aku berjaya memperolehi dua biji pisang, sebuah medal dan air mineral tatkala aku berjaya menamatkan larian.
 
pisang tu beb! orang lain dapat sebiji, aku jer dapat dua bijik!...tak ke rare tu.....
 
ok, ikuti kisah pengembaraan aku sebagai peserta larian ADIDAS berstatus bini orang beranak dua.
 
seawal jam 6 pagi aku dah standby nak pick up member ofis aku and sampaipun kat Sunway pyramid tempat acara bermula jam lebih kurang 7 pagi. Larian akan bermula tak silap aku jam 7.15 pagi
lihat gambar bawah.
 

 
ya acara bermula, teka mana aku?????
Ya, aku pasti kalian gagal meneka dengan tepat,
aku berada di bahagian belakang sekali sebab datang lambat
rupa-rupanya ramai lagi bersemangat keadidasan yang dah awal-awal pagi dok pilih tempat paling ke depan.
Ibaratnya aku duduk bahagian bontot keretapi la.
dan time ni ko jangan harap dapat berlari sepantas Usain Bolt.
asal ko nak start lari, ko akan terlanggar dengan minah-minah yang dok selfie gambar sendri.
asal nak lari, ko akan tersondol orang depan yang betulkan tali kasut, maka nak taknak ko just jalan and lambai-lambai tangan pada cameraman yang memang dok standby nak ambil foto buruk muka ko. Candid katakana.
 
ya, lihat gambar di bawah lagi.

 
inilah pisang yang aku kepoh-kepohkan tu
Enak Nampak (aku yang Nampak, korang tak namak), aku memang aim pisang ni seawal ketibaan aku di kawasan acara.
pisang ni sangat seksi dan mengiurkan, aku kira hanya ada jual di cold storage dan mydin hypermarket sahajer.
tak tahulah kalau ada di pasar malam, sebab kulit pisang ni sangat cantik tanpa ada sebarang cela mahupun noda hitam kelihatan. awwwww. Oh! yang kiri adalah air mineral dan kanan adalah medal. (aku pandang sebelah mata jer)
 
lihat gambar bawah, jangan lihat laki orang.

 
ini adalah band-band jemputan yang memberi semangat kepada kami ketika kami mahu memulakan larian. Aku kurang pasti sama ada mereka ni masih kanak-kanak sekolah ataupun sudah berstatus bapak orang dan aku juga kurang pasti apakah lagu yang mereka mainkan. Takpe janji bukan lagu Negaraku, kalau lagu Negaraku memang confirm aku tak dapat merasa pisang yang enak tersebut setibanya di garisan penamat dan dah confirm-confirm aku akan duduk terpacak sehingga selesai lagu tersebut dimainkan.
Apa-apapun aku bersyukur kerana aku tidak turut serta ter'join ketuk-ketuk dram tersebut.
awwww lagi.
 
Tengok bawah.
'
'
Tengok gambarlah! Siapa suruh tengok celah kangkang!

 
ok, sewaktu aku berlari di laluan sebelah, aku dah nampak orang bersorak di laluan bertentangan.
Perasan juga, aku ingatkan mereka menyorak aku yang berleher jinjang ni, oh! rupanya tidak.
 
Memang agak samar-samar, sebab aku ingat baju yang berlari, tapi oh rupa-rupanya manusia.
Daripada perbualan curi-curi dengar dari member sebelah yang tidak ku kenali susurgalurnya,
dia mengatakan geng-geng sawo matang ini memang dijemput khas oleh ADIDAS untuk memeriahkan majlis tersebut dan memang dasyatlah diaorang lari. Aku baru nak bermula dan diaorang dah separuh jalan nak sampai.
Oh! diaorang masuk kategori larian 16.8km yer.
Bravo untuk diaorang.
 
sila lihat bawah

 
haaa nilah si tukang cerita
NOTTINETTI
yang sebelah tu la member ofisnya yang berjaya membuka hati aku
untuk samborono join larian ni and samborono menghabiskan duit membeli kasut beratus hengget just untuk larian ni. Bagus!!
 
tengok bawah

 
sebelum lari, aku sempat berangan yang aku antara peserta yang akan naik pentas ni dan mendapat replika cek bernilai RM4000
yaaa..kalau berangan memang tak dapatlah kan...ko nyanyilah lagu rasa saying hey secara kepala ke bawah kaki ke atas pun, memang takkan dapatpun.

 
Sila lihat gambar bawah
 
hmm aku faham, aturan gambar macam ke laut sikit
tapi takpe asal korang faham.

 
ini acara permulaan.
bertuahlah kalau aku dapat duduk barisan paling depan sekali
unless kalau aku sogokkan salah sorang dengan kereta mini cooper, insyallah adalah space sejengkal untuk aku.
 Itupun "kalaulah"
 
sila lihat gambar bawah lagi

 
aku simpati betul dengan Adam & Hawa ni.
kenapalah di black and whitekan gambar ni????
dah aku blur mana tiang lampu? mana jambatan? mana orang-orangan?
isk..simpati...simpati....
mawrah betul aku.
 
lihat gambar bawah

 
yaaa, pisang aku masih banyak and masih belum terusik
Alhamdulillah.
 
Sila lihat gambar bawah lagi
sampai korang muntah hijau.

 
sewaktu berlari, kalian juga akan diberi sesi kaunseling atau tazkirah pagi secara percuma.
seperti wanita di atas, saya kurang peka apa yang ditazkirahkan oleh mamat sebelah.
mungkin mamat tersebut cuba memberi kaunseling mengenai adab-adab berpakaian ketika berada di khalayak ramai. Ini sedikit sebanyak ya, boleh mengelakkan dari budaya cabul atau ghogol beramai-ramai berlaku.
 
mamat tersebut juga boleh bertukar bidang menjadi tukang tunjuk arah
atau tukang pemberi semangat kepada kalian. Itupun kalau kalian perlulah, kalau tak perlu, ignore kan jer.
 
Lihat gambar bawah

 
adakalanya mamat yang bertindak sebagai staf bertugas ini juga boleh menukar profession kepada kaunter pertanyaan. Tanyalah apa jua yang anda ingin tanya. Seperti balance bayaran PTPTN anda, kedalaman laut Cina Selatan, gossip artis dan sebagainya
jangan risau, mereka tidak teragak-agak untuk menjawab soalan anda tanpa dikenakan bayaran.
 
lihat bawah
confirm ni gambar last...takde dah!
betul...tak tipu.

 
sewaktu berlari juga, anda tidak akan kebosanan.
seyes tak tipu...selain kumpulan dram yang menghiburkan anda seawal larian bermula, anda juga akan terserempak dengan kumpulan bhangra di atas.
Ya, tujuan mereka bukanlah untuk melalaikan anda sehingga anda terpaksa meng'stopkan larian dan join sama mereka menari bhangra. bukan...bukan...mereka tidak sejahat itu.
tujuan sebenar mereka adalah untuk menaikkan semangat anda.
sekuat mana rentak muzik mereka, sekuat itulah kalian perlu berlari.
Awas!! ada juga yang leka di buai muzik bhangra tersebut yang mana mereka akan diketegorikan sebagai peserta tertewas dan perlu diberi nasihat setelah acara tamat.
 
 
buat tika ini, ini sahajalah cerita saya untuk aktiviti larian ADIDAS KOTR pada hari ini...
inyaallah saya akan sambung lagi dengan cerita seterusnya mengenai pengalaman saya meng'joinkan diri dalam larian ini.

'
'
 ' 
sila lihat atas semula
 
 
 

Me Naughty..me Netty

Dah lama tak buat entry geng blogger/bachelor

PERINGATAN!
Ini cerita/entry lapuk
(sila lap skrin monitor/hp anda bila baca)
 
Seyes, memang lama sesangat aku tak bercerita kisah lunch bersama geng-geng blogger.
nak kata sibuk tak jugaklah, ada jer masa kalau nak berblog time Sabtu & Ahad.
tapi yer la sebab dah namapun malas, memang rare lah kalau aku rajin update on da spot cerita ceritun geng blogger ni kan.
 
ni pun makan-makan ni rasanya date 18 Oktober 2013
at Chilis KLCC
 
Kehadiran:
 
Notti Netti
Mummy Ayu
MamaTisya
AfidahArif
 
Masa - 1230 tengahari/Jumaat
 

 
taraaaaaaaa........
percaya tak kita orang makan ni jer?????
percayalah! percayalah!
(aku sendiripun tak percaya)

 
menu French fries with a looootttt of cheese tu aku order sendiri
sebab lapar + jenuh menunggu mokcik-mokcik blogger yang lain
memanjat dari level bawah KLCC ke bahagian atas Chilis.
akukan tak boleh lapar, kang gastric ahahahah.
 
*sebenarnya ada banyaklah lagi menu cuma aku jer malas nak snap gambo, kang buat merana mata, jiwa dan perut jer aku hupdet gambar-gambar makanan*
al maklumlah, perut aku ni memang gatal, time makanan depan mata, time tu lah kenyang time tu la takde selera, bila makanan berubah jadi bentuk gambar, haaa time tu la perut aku berbunyi-bunyi and mengidam macam-macam.
nafsu lembu betul!

 
dan akhir sekali, terima kasihlah pada Mamatisya sebab ambilkan gambar senget ni,
dah macam menara condong pisa jer gaya kitaoraang.
ko kemain yer Aimi. Time kitaorang silap sikit ambil gambar confirm kenalah bebel dengan mak tiri tu.
tapi takpelah ko amik gambar sesenget manapun Aimi, aku tetap berdiri mentain sebelah wording Adidas tu. hahahah
 
oh! pada yang tak tau (rasanya semua tau) sebelah tu Madam MummyAyu ok. Kesilapan Mummy Ayu ialah dia tidak kepit dua pangkal peha dia, kalau dia kepit sikit confirmlah-confirm punyalah boleh sama levelkan gambar ni (sebab dalam gambar ni Nampak macam berat belah aku jer)
terima kasih lagi kepada MamaTisya.
 
as fo Fida??? dia jadi pom-pom girl depan kitaorang sudeh.
sekian
 
Me Naughty..me Netty

© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno