Friday, May 30, 2014

Guide to Face Makeup Brushes and Hantu Pakai Yogurt.


The Ultimate Guide to Face Makeup Brushes

Harap membantu kekakak and kekabang yang masih belum mahir selok belok penggunaan berus makeup.

dan
saksikan hantu pakai yogurt untuk kecantikan abadi
Cheewah!


video

Natural Yogurt memang bagus untuk kulit muka.
Sila cuba.
daaaaa



Me Naughty..me Netty

Thursday, May 29, 2014

My Early Makeup Routine

Hollah!

Let me first admit that I am no makeup artist but I do LOVE touch up/conteng-conteng my face.
and as uolls can see below
.....


taraaaaa.....my desk work. Penuh barang make up atas meja ofis I.
hey, makeup can be really fun la kan?
I truly enjoy it! everything that goes with make me look pretty *blueek*
Now, my office makeup routine is pretty natural. Kata pun berada di pejabat kan?...takkan nak make up ala-ala mak jemah pergi clubbing kot. But natural makeup pun sebenarnya not easy. Kita tak nak nampak natural yang langsung tak ada make up. Kita nak natural yang natural but with makeup....err do you know what I mean?. Tak tahu takpa la...nanti-nantilah I show you what I mean by natural to natural makeup look.


haaa sebut pasal Mascara, Since gambar tu menunjukan tuan tanah kedaun tengah bermascara bagai. Applying mascara is the best part for me.
Macam after apply it tetiba rasa ada banyak rambut tumbuh di kelopak mata.
hahahahah. Bestkan?.

ok daaa. Masa untuk kerja....kerja...kerja...

Tip: If you're prone to rushing in the morning, always keep a stick of lip gloss on hand. Even with neutral or clear shades, an extra layer of sheen will help make your lips pop. No more pale dull-looking lips. The great thing about lip gloss is t you can carry it in your purse and reapply it throughout the day as needed.

http://www.mydailymoment.com

Tuesday, May 20, 2014

Mencari Custom Made Gown Princess Elsa (Frozen) Untuk Anak Anda???

Haaaa......meh I tolong promote skit. Sikit jer...since I promote free of cas.
I takdelah kenal tuan tanah baju gown kanak-kanak ni.
It just happen bila I browse cari baju Pwincess Frozen untuk mak budak ni kat Fesbuk minggu lepas.
Suddenly I bum into this. 


Haaa korang boleh tempah untuk :

- Aqiqah/Cukur Jambul Gown
• Casual Dress
• Special Occasion Dress
• Flower Girl Dress
• Muslimah Children's Dress
• Accessories ( Shoes / Hairband / Veil )

Nak datang kedai pun boleh at:

Address : No 115G, Jalan Taman Komersial Senawang 6, 
Taman Komersial Senawang, 70450 Seremban

hp: 013-6993939



cantikkan?.....custom made uols.
untuk kanak-kanak pompuan jer....kanak-kanak lelaki pi main jauh-jauh.
I tau ramai yang cari uniform pwincess frozen ni untuk naak-anak kan? kan?
ahhh cemburu buter nya I.......


Ahhh berkenannya I rasa nak beli simpan buat koleksi sendiri. Kot tetiba terpendek kan?.

Photo: Tempahan :)

Eeee gewwwwram dengan baju ketot tu..eeeeee rasa nak kunya computer ni.

Photo: Custom-made. A quick snap before delivery :)

Ayoo maaa apaaa....why la tuan tanah yang jahit baju ni buat baju cantik-cantik?...
and why only for kids???? why why why......
Malas cakap..korang layan jer gambar.





eeee cantiknya...rasa nak lempang member sebelah!!!!


ahhh kenan yang ni.....tailor I mampo buat ke untuk orang besar gajah macam I ni?.




Photo: Special Occasion Dress
Age : 2
Fabric : Cotton
Features : Band - Fully lined with netting
Garment Measurement :-
Shoulder : 9½"
Chest : 24"
Waist : 23"
Length : 27½"
Price : RM159 (Excluding Postage)
For on-line purchase, please PM us this photo for further details. Thank you

Photo: Special Occasion Dress

Age : 4
Fabric : Cotton
Features : Ribbon & Lace
Fully lined with netting

Garment Measurement :-
Shoulder : 9"
Chest : 24" 
Waist : 22"
Length : 34"

Price : RM189

Photo: Tempahan peplum dress dah siap :)

Photo: New Arrival

Satin with laced top & tulle/princess cut skirt
Perfect for special occasions
For 3-4 years

Contact us for more details


Photo: Tempahan dress flower girl.

Photo

Photo: New collection on display at Anastashia Children's Boutique.

Photo: Sneak peek of our new arrivals.
Come over & check it out.. ;)

Photo: Paper bags just arrived. love it..

cantikkan....?
ada banyak lagi.....kalau tak nak check fesbuk, boleh check kat website diaorang




Selamat Shopping untuk anak-anak pompuan uols....
I jeles!



Me Naughty..me Netty

Jom Kenal Juru Make Up Saya - Yaya Aziz

Kembali uols gojes-gojes bersama Mek Net.
Muka I kalau tak bersusuk (make up le tu) memang nampak macam pembantu ghumah warga Sepanyol.
Orang yang sedia cantik ni bila nak make up memang susah sikit sebab uhuk! uhuk! nak serasikan make up tu dengan muka yang memang cantik uhuk! uhuk! eksekius me....

ahahahah
ok lah uols siapa tak teruja main make up- make up ni. 
Gila tak teruja???......Bila start juru make up keluar sponge muka...I dah tau dah dia nak buat apa, tapi I buat-buat blur...tak tau kan? kan?...ahahahha

ok nama juru make-up I untuk malam dinner tu is
YAYA AZIZ
ingat? sebut betul-betul...
YaaaaaaYaaaaa Aziz (satu harkat tang Aziz tu)

comel kecik molek cute jer orangnya and kulit pun flawless gitu. Sampai tersasul "Eh! make up retis ke atau patung bergerak?".

and biasalah I ingat Yaya ni make up yang biasa-biasa orang make up tu. Ya la, masuk kelas grooming terus cas diri make up artis gitu. Tapi Yaya ni berguru and bertapa dengan bukan calang-calang orang. 
and best lah dia akan spray kan muka uols dulu bila nak start make up. Maybe untuk hilangkan minyak or daki. kalau tak hilang juga jangan bimbang, sebaldi air Yaya jirus kat muk uols...gerenti black head white head semua hilang jugeks. *I tipu*

Hari kejadian, I kesian jugak kat Yaya ni sebab dia pregnant. Takutlah mood orang pregnant ni lain sikit, time dia tengah happy...dia renjis-renjis jer bedak tu kat muka I...haaa dah jadi Pengantin. Buatnya time dia mood sedih, kot nanti di make up nya muka I sambil menangis melalak macam ponti...dah ko tak tentu arah pulak nak lari tang mana kan?..... tapi if combine kan mood melalak and ketawa tu sambil make up muka I and hasilnya jadi Janniper Lopez....haaaa tak teruja koooooo????....

Tapi alhamdullillah, sewaktu kejadian make over tu..
Yaya ber mood baik dan hasilnya...
taraaaaaa.....


'
'
'
'
korang macam tak teruja jer?....
lagi sekali...
Taaaaaarraaaaaaaaa......
'
'
'
'
'
'
''
'
'



haaa nampak tak sebelum and selepas.
kejadian sebelum tu sebelah kanan atas. Muka I macam maid sepanyolla
and belah kiri utara timur barat tu, muka I selepas di modified oleh si Yaya.
Magic kan?...hidung kembang I terus jadi lurus macam baru bedah di Korea 5 minit lepas.

Uols nak tak tengok rupa juru make up I???
'
'
'
haaa ni dia.


eh! bukan! bukan! bukan yang mancho (macho) tu. Kalau yang tinggi mancho tu make up I.....mau kejung I  kat situ and pasti bulu mata pelesu I berada di atas bibir jauh dari tempat sepatutnya. Silap hari bulan, I pulak jadi mancho man.

Yaya tu kat sebelah abang mancho tu. Yang buat peach yo tu.


Haaa time ni Yaya tengah make up kan retis drama. I rasa uols kenalkan Mamat ni.....
I tak kenai...bye. 


Hebat Yaya ni...haa see...see.....luar kereta pun dia boleh make up kan artis.
uols kalau nak request Yaya make up sambil belari pecut ke, sambil memasak ke, sambil merompak ke...sila lah...confirm Yaya boleh buat punya. Insyaallahhhh...bayar lebih sikit kot, berbaloi dengan penat lelah Yaya nak kejar korang and follow korang merompak sekali.


Haaa tengok....dia make up husband dia pun lawa. Dari rambut hitam pendek terus beruban kaler yellow. Member sebelah memang terkejutlah dengan hasil tangan Yaya. Cayalah...apa lagi mampu I cakap. Yaya ni memang hebat lah. Tak rugi uols calonkan dia jadi make up artis of the year.

Ni la Yaya....

So sesiapa yang nak guna hasil contengan beliau pada muka uols.....
sila lah berhubung dengan Yaya Touch ni.
gie jer kat fesbuk Yaya Aziz
atau kalau uols nak no hp dia...PM I okey. 
Insyaallah Yaya ambil harga murah tak masuk akal. Free bulu mata pelesu. Kalau uols nyanyi lagu nasyid insyaallah free macam-macam bulu lagi. Insyaallahhhh.....Yaya sangat baik.

Last sekali tq Yaya sebab cantikkan muka maid Sepanyol ni.
I bawa kereta nyenyaris kucing tepi jalan xcident tengok I.
Dan sebab make up u juga lah, Jammed teruk sepanjang perjalanan I ke Hotel. (Padahal memang waktu orang balik pejabat pun)

Sekian....
adios amigos panadol.


psst : gambar Yaya ikhlas I rompak dari fesbuk beliau. Sekian.

Monday, May 19, 2014

Dinner Queen Of The Night....malam bertemu peminat

Assalammualaikum dan selamat pagi uols.
Lap sikit habuk-habuk dalam blog I ni.

Apa aktiviti kekakak & kekabang sekalian *cas ayat abang kawasan kejap*
happy harapnya kan, 
untuk I la kan, aktiviti memang meriah minggu lepas.
penuh jer rasa jadual waktu selenga I.

Jumaat malam I bersama kak tetipah tetipung sekalian ada party yak yak yeah anjuran ofis kebanggaan I.
bravoo untuk ahli jawatan kuasa dan bravooo untuk I sebagai 'emcee' tak bertauliah malam tu.

tajuk utama party malam tu ialah
Queen Of The Night - Gala Dinner 2014

So nak ikut tema bagai.....I cari last seminit crown besi kat atas kepala I tu.....RM39.90 beli kat Sinma, Midvalley. Chait, kalau I tau I cari kat MYDIN harga RM9.90 je kot.
Make up (susuk) I yang vogeyyy the vavavoom tu hasil kerja keras YAYA. Nanti I promote yaya kat entry yang lain yer.....entry ni kasi I pulun sorang dulu. Ok. Yaya simpan senyap-senyap dalam poket dulu.


Haaa ini I malam tu......kalau uols kata muka I berubah 360 darjah paras beku, I pun apatah lagi....terkezut mak nenet tengok muka sendiri. Wow cas pengantin lama uols...rasa dan dan nak heret laki I bawak gie sanding lagi sekali. Cover bebulu tu lama dah dalam koleksi I.....dah dua tahun berturut-turut baju vevulu tu join dinner party. Naik nyampah dah.......ni terpaksa pakai kes nak cover bahu I yang macam hul hogen tu. Cis. Temanya nak pwincess Frozen...tapi jadi Pwincess Berbulu...Camno tu.


Motif utama ke gala dinner selain rasa diri cantik menawan bak bidadari *pensan*
I juga nak jejak kasihan dengan kengkawan-kengkawan sewaktu bujangan dulu. Time masing-masing takde perut extra lagi. Bila jumpa memasing memuji.."Cantiknya koooooo (5 harkat)"...yang mana dalam hati memasing...cis tak guna cam mano dia anak 3, 5, seploh...tapi body mentain kurus...cis cis cis.....

tapi apa-apapun I suka jumpa uols selain hazab dengan jacket vevulu I ni.....


Haaa ni partner emcee I. Namanya Lin. Kesian dia terpaksa teman I jadi emcee....bertabahlah Lin....I akan cuba sedaya upaya groom you and menjadi mentor you yang hebaq lagi bermutu....
percayalah!!!!!.....
nak suara emce sedap merdu bak kek red velvet.....???
haaa cuba ni...sediakan baldi penuh air & masukkan kepala dalam baldi tu lalu jerit kuat-kuat ...Insyallaaahhh....
(aku tak cakap apa-apapun kan? aku just cakap insyallah)


I malam tu....cis...mata tutu tapi hati terbuka riang. Malas!
Fefeeling pwincess Frozen berbulu ni lah yang over.


Ni pula koleksi baju I yang patut pakai malam tu. Antara tiga ni, I berkenan nak pakai baju Variante yang electric blue tu...tuuuu yang tengah tu...tapiiiiii almaklumlah berat dah macam tong drum....maka tak sampai nak zip. Leceh betul la.....maka terpaksa pilih yang hijau tu, yang merah tu I anggap jer baju pergi ofis sehari-harian. Wah!!!!!
 
 sebenarnya tak banyak gambar majlis I ambil. Pengacara kata ko..mana sempat nak pegang handphone...
So I snap mana yang I rasa muka I cas pwincess Frozen jer lah......of cos dengan dendayang I sekali....ehehehehhe


Ni I bergambar dengan Cindewrellah!....
Cindewrellah tak pakai Crown macam pwincess frozen...so ko kalah dari segi tu Alin..ahahaha
walaupun ko menang tiket ke Bali....ahahah jadi ratu Bali jer la kamu...sila pakai 2 piece jer nanti kat bali.......malas layan.


Apabila pwincess Frozen berjumpa Puteri Hang Li Pot...
I sipi sipi kalah dengan mahkota kat kepala Hang Li Pot tu. Kemain tinggi. Sekali kipas kat muka I, mau bernanah hidung.
I cas I menang sebab bulu mata pelesu I lagi melentik dari bulu mata original you. Babai Hang Li Pot.


Ni kekakak sedorm I, Norina....I tak boleh cakap banyak dengan dia since dia pembekal pes asam pedas paling enak  seantero Pahang. Ampun tungku.
Patik tak berani berlebih-lebihan dengan Tungku.....terima lah gambar yang mana I lagi menawan gila pig dari you....ampuuuuunnnnn tungku.


Ini pula???? Oh I tak kenal...dia ni sengaja datang rempuh I and buat-buat tak tau.
So no komen ya.


Haaaa tipu jerk.....ni kekakak yang satu kawasan rumah dengan I. Kakak kawasan ni.
Sebab rasa diri ku begitu berharga, maka kami berusaha mengambil gambar di setiap ceruk Hotel.
Walaupun! tukang ambil gambar professional sangat.....pensan lagik.

Memang best event dinner-dinner melibatkan kaum pompuan ni sebenarnya 
tapi maybe ada sesetengah yang tak suka. Takpalah itu hak mereka.
Tapi kita-kita yang rasa diri kita berhak ni...event event cenggini lah yang buat rasa kita dihargai and disanjungi cheeewah!!!....

apa-apapun......

tq tu Sheraton Imperial Hotel, KL
tq untuk Ahli-Ahli Jawatankuasa 
tq untuk penyanyi Indonesia yang putih gebu bak kapas dalam plastik tak buka lagi
tq pada tukang hidang makanan dan air
tq pada SA Variante Bangsar yang kasi I try pakai baju Variante berdozen-dozen tanpa mencebek sesaatpun
dan tq sekali lagi pada warga kerja NONA....wah!!!!!

adios amigos agogos antibakteria.....



Me Naughty..me Netty

Thursday, May 15, 2014

Hi!

Assalammualaikum and selamat pagi uols
hari ni hari khamis dan esok hari Jumaat
cepat jer dah Jumaatkan?
...jom kerja dengan bersungguh-sungguh hari ni ok-

Oh! hari ni besday laku gue
gue malas nak layan wish wish hari ni demi nak bagi laluan pada kengkawan laki I wish pepuas dulu.
I wish dengan anak-anak jer nanti....baling sebiji kek ke....kan....baru terpahat dalam hati namanya tu.
adios!

Monday, May 5, 2014

Nurita Harith Raya 2014.....temtingnyaaaaa

Ni yang aku malas kalau designer raya 2014 keluar.
haisshhh rasa macam nyesal jer nak pergi tempah baju dekat tailor.

tapi aku rasa kalau aku beli baju Nurita Harith ni...
bermaksud aku kena kecikkan badan to fit the size.
haaaa.....takpe...insyaallah......hahahahah

apa-apa pun jom cuci mata tengok 
Nurita Harith Raya Luxe 2014











ok.......yang pakaian bawah ni baju pengantin from Nurita Harith.
Saja jer tayang.....sebab berkenan...gitulahhhhh.
enjoice!!



Me Naughty..me Netty

Tq Mummy Ayu

Ole-ole dari Cameron Highland. 
Tq Mummy Ayu. Net puasa hari ni so simpan dulu stobery and ubi dalam peti ais.
Fridge magnet and key chain dah selamat gantung ehehehhe

Friday, May 2, 2014

No outing dengan BFF today

Hari ni waktu rehat dihabiskan dengan relax-relax di ofis...
berbekalkan tomato cherry, youtube anime, tutup lampu dan zzzzzz....

sekian.

Menu Diet nottinetti...ketagih wHOLE wHEAT bREAD

hari ni makan ini jer...
dah sekian terima kasih.


© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno