Friday, February 28, 2014

Shoe Cabinat DIY

Mari berangan mempunyai rak kasut yang menarik dan semestinya Cuba Buat Sendiri.



http://youputitup.com/category/diy/page/2/

http://youputitup.com/category/diy/page/2/



www.pinterest.com

I love This shoe cabinet the most!


Me Naughty..me Netty

Wednesday, February 26, 2014

Foodilicious Kitchen Antara Tempat Makan Best di Shah Alam

Haaaa (lompat dari celah pintu).......entry jalan-jalan cari makan kembali lagi.
Kali ni I nak memperkenalkan tempat makan ala western food yang sedap lagi murah di Shah Alam.
Huh!!!! tak sabar nak masuk part brownies sundae with ice cream. Sedapnya macam makan molten chocolate cake di Chilis *rupa jer tak sama*

ok kita mulakan step by step yer. Cikgu I marah kalau mula dari Z ke A (walaupun I memang suka baca dari belakang muka surat dulu....hahah walaupun)

ok meh sini I bagi detail kedai ni.

Nama Restoran: FOODILIDIOUS KITCHEN
Waktu Operasi: 6.00 petang - 11.00 malam
Cara bayaran: Cash Sahaja!!! jangan ko ngengada nak makan chicken chop and harap dapat bayar zass guna kredit kad.
Nombor telefon untuk dihubungi: 017-6429945 (Call untuk bertanya tentang perkara berhubung foodilicious sahaja, jangan tanya pasal isu-isu semasa atau perkembangan politik tanah air)
Price: RM5.90 - RM 24.90 sahaja.....jumlahnya akan bertambah mahal jika kalian order untuk 40 orang punya makan.
Lokasi:
  • Foodilicious Kitchen, Ground Floor Kompleks Anjung 7, Jalan Zirkon 7/B, Seksyen 7
  • 40000 Shah Alam, Malaysia

 (alaaa sebelah UNISEL jer....apa? budak-budak Uitm panggil Beverly Hills/ Freser Hills / Silent Hills kot sebab jalan dia tu macam ada satu kawasan perumahan di US yang berbukit) entahlah....

Kedai ni dalam kawasan ala-ala kompleks gitew, uols masuk jer tak payah bagi salam. Dah masuk kompleks tu uols pastikan titik mata uols tepat pandang depan jer. Sebab Kedai ni memang hujung sekali membelakang tiang seri. Wah!!!


Haaaa inilah rupanya kedai western foodilicious kitchen tu. Alaaaa janganlah expect rupanya macam Chilis or TGI Jumaat. Namapun nak harga yang murahkan??? and kedai ni tak hidang minuman haram atau memabukkan. Kalau uols mabuk brownies sundae macam I....dikecualikan uhuk! uhuk!



haaaaa kedai dia small jer but nice...sebab ada abang-abangan yang membantu di kitchen.


pssst - uols jangan pula tersalah pilih since kedai sebelahpun jual menu western.
tak patut tau tokey bangunan ni...mana boleh luluskan kedai western sebelah menyebelah kan? kan? kan? persaingan gila namanya tu. Uols jangan terkezut pula bila uols duduk jer ada dua orang berebut bagi menu dengan hidangan sama pada uols. Udah namanya kedai western sebelah menyebelah. 
Di sini I taknaklah hasut, rezeki masing-masinglahkan....pssstttt tapi kedai fooddilicious kitchen ada brownies sundae tau tau tau........*wink* *wink* - dengan harapan uols tergoda.


ok.....i adalah blogger pemalas.......I snap jer gambar menu yang besar gabak kat depan kedai fooddilicious kitchen ni ahahahahah....empunya kedaipun bagi keizinan tak berbelah bahagi.....baguihhhh! kalau dia bagi brownies sundae bawa balik secara free......laaaagiiiiiiii baguihhh!!! *wink* *wink* lagi.

Haaa yang last sekali, dessert tu la kalau uols besarkan gambar uols akan nampak gambaran brownies sundae yang I maksudkan......

selain tu antara service yang owner kedai ni buat ialah: (sila baca ayat copy paste I)

Takes bookings
Walk-ins welcome
Good for groups or parties
Good for children
Takeaway
Delivery
Catering


Haaa ni ownernya/pengasasnya Cik Siti Azliza Hamzah.....sangat baik hati, peramah, cemerlang bab-bab mengejar customer (kagum I)
and boleh nampak kegigihannya.....I rasa I tak segigih dia kot. (I kan pemalu)


hahahah I melampaukan...dalam banyak-banyak makanan yang I rasa.....gambar ni jer yang I sempat snap.
Browniessundae ice cream mana?....hahaha jangan ditanya...I and adik Ipar gojes I order 3 brownies sundae, dah sendawa bagai...baru I teringat nak ambil gambar. Haishhhh eh!!! tu menunjukkan yang dessert dia sedap sampai I tak teringat nak berselfie dengan dessert. Awwwwww.
nextweek dah start kelas, bolehlah I singgah tapau the homemade brownies.
gian oooooo tahap gigil-gigil bila kenang balik. Parah!!

Photo: #tasty #dinner #7spiceslambchop #southernfriedchickenchop #hotchickenwings #homemadefries #foodiliciouskitchen #anjung7 #shahalam

ok...ini terus terang I rompak dari facebook foodilicious kitchen. Amacam? teruja tak? 
apa?????
tak teruja???? haaa paksa diri tengok menu ni pulak.

Photo: happy tummy 󾥫󾮗󾌧 #dinner #pasta #combo #olio #bolognese #7spiceslambchop #shitakegrilledhicken #homemade #westernfood #foodiliciouskitchen #anjung7 #shahalam

nak lagi tangkap leleh?????
tengok picture bawah ni.


haaaa I copy paste lagi dari salah seorang customer foodilicious kitchen. Itulah gambaran sebenar brownies sundae. Alaaaaa lapar dahhhh ha.

orait, kalau uols nak tahu lebih terperinci tentang foodilicious kitchen ni.....ringan-ringankan jari mencari maklumat di
IG: foodiliciouskitchen

ok...selamat menjamu selera....
yaa....I ler tu!

Assalammualaikum dan Selamat Pagi

Dah macam orang dalam pantangkan? rujuk pada gambar pertama sebelah kiri tu.
rupanya macam I pakai pilis ajer?.
apa aktiviti uols pagi ni?

Pagi ni kengkonon nak breakfast dengan Herbalife.
Gigih beli susu kocak strawberry di KK Mart. 
Bila sampai ofis ingatkan nak kocakkan Herbalife+Susu Strawberry+ice cube.
Tapi malangnya tak tahu hamba Allah mana yang tutup suis peti ais, so ais semua jadi air.
Alooolah. terpaksa tunggu nanti-nanti untuk buat shake herbalife.
*I dah nyesal uols, nak ketatkan kembali penjagaan makanan*
.....jom kerja.....

Tuesday, February 25, 2014

Kenangan bekas makan Starbucklatte

Mengemas kabinet penyimpanan pinggan mangkuk dan tupperware. Nak buangkan aje mana-mana bekas makanan yang dah berumur. Tiba-tiba ternampak mangkuk bekas makan starbucklatte. Waktu dia masih baby, I suapkan dia dengan bubur panas, dia makan setengah sudu kecil sambil buat-buat muka dan lebihan bubur tersebut hilang di dalam perut I. Tiba-tiba jugalah terasa sayu. Perlukah I buang atau simpan sebagai kenang-kenangan? Manalah tau bekas ini berguna untuk ketuk kepala anak I bila dewasa nanti asyik dengar cakap bini kan???. 

Ok! Imaginasi saya keterlaluan.


Kembali mengemas.......

Pagi Ni Terasa Lapar Tapi Tiada Breakfast, So Mari Tengok Gambar Sahaja.

Tengok gambar? dengan harapan boleh kenyang.

Tajuk entrypun dah panjang. Malas layan...jom tengok gambar.










lokasi: Restoran dimsum MinMax, PNB Darby Park, KL
Actress: Notti Netti & Mummy Ayu

Thursday, February 20, 2014

WIWT.......Thursday Already?

Morning uols, cepat sudah hari Khamis and esok dah Jumaat.
tak lama lagi kelas semester terakhirpun bermula 

*yawn"

WIWT -
Zawara, Saraya Zahret, Charles & Keith, Tesco

Birthday Party Izzara Batrisyia

Ok, siapa Izzara Batrisyia ni?

artis bollywood kah?

hahah budak gegirl comel ni anak member I. 
Kalau anak I memang I sorok bawak lari jer.
Izzara just turn 1 y.old. Comelkan? Kecik-kecik dah buat birthday party grand. Ingat zaman I dulu 1st time celebrate birthday Al Imran.......(mata lihat atas selama 5 saat) sedihlak tetiba. Cepat betul anak bujang I tu besar...isk..isk...nanti dah nak kawin...uwaaaaa tak dapat terima. Bukan pasal tak dapat terima dia nak kawin tapi tak dapat terima sebab I akan tua. Haaaaaaa tarik nafas.....kentut!

"dah besarlah wahai anak...."

ok....I sajikan uols babak menarik sewaktu nak nyanyi lagu Happy besday. As usual anak akan blur, bapak control manchos and mak......? eheheh akan over+happy+in her own world+excited. I alaminya dulu, I kan over manjang. 

video

Meriahkan? 

ok ni bapak pengantin perempuan with besday girl yang sibuk tengok kakak yang comel kat sebelah dia. Owwww!!!


Jom saksikan view sepanjang majlis, tema adalah Upin &Ipin warna pink, kuning dan biru.


haaaa, mak pengantin baju kuning pegang mic bersama clown.
Nasib baik aku tak bawak starbucklatte, kalau budak dombot tu ikut...hmm confirm aku nyanyi happy birthday luar pagar jer la. Anak I yang sorang tu kan malu dengan clown *sangaaaaaaat*



ok, aku excited hokey tengok candy table itew.
pandai theyols susun, kemas cantik jer....tak bersepah-sepah.
kalau party anak aku tu hamboiiii....selagi boleh lanyak.....kita lanyakkkkkkk.
last-last bila umum acara potong kek barulah nampak tak semengah sikit.
almaklumlah dah dapat green light untuk ambil cekelat. ehehehhe


haloh-haloh haloh...comel..ni aku rasa nak geget jer birthday girl.
kek aku tak pandangpun takpe.....



last sekali gambar bapak pengantin, mak pengantin and pengantin
comel tau!! nak babap jer rasa. Errr anak dia maksud aku...bukan bapaknyer.

apa-apapun kakak *tersipu-sipu* wish Izzara yang terbaik untuk your feature. Be like your mama and papa *ceh! confident jer mama papa*.....oh! respect the oldest okey.
muaaaah!!!....

love...kakak cute yang jauh diperantauan.  

Wednesday, February 19, 2014

Chocolate Wonka Akhirnya diNgap

Heaven hokey haku hapat hakan hokolat honka ni.


dah tu jer.

Happy Breakfast Uols

Assalammualaikum and God Morning
-Semalam macam tak sangka jer dinner telur rebus 3 biji-
Hari ni breakfast Honey Star budget ala-ala budak darjah 2 berbreakfastkan?

So kalian breakfast apa hari ni?

Tuesday, February 18, 2014

Warna Tema Baju Raya 2014

Assalammualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh,
dan salam sejahtera gojes-gojes and kacak kocok sekalian.

Haaa kes pepagi buta dah expose warna tema baju raya 2014 kan.
Puasa dah ganti belum?
huhuhu alhamdulillah puasa dah ganti, settle.
tu yang over excited dengan tema raya kali ni.
Last year tema baju raya adalah Aqua Blue


kali ni kita kasi tukarlah......

I pilih tema warna Hijau sudah.
I sebenarnya tak minat hijau. Isk, jaranglah nak ada baju warna hijau. Ada dua tiga baju jer warna hijau, itu pun kategori hijau lumut tu ha. 
Tapi untuk tahun ni . I tertarik pula dengan warna Emerald Green.
aaawwww terbaca blog fashion and lihat koleksi-koleksi dress bertemakan warna Emerald Green ni.
Terus jatuh Chenta youuuuu. Nampak kaya lagi berlagak warnanya ha.

Tanpa fikir 40 kali I terus order from member I yang ke Bandung last week
Since I dah terkenan luv luv muah pada kain Prada Lace.

Mahu ke Jakel untuk membeli Prada Lace, harganya adalah sangat "mata ke atas", cantik cuma harga dia sangat overlah berbanding di Bandung. I think semua orangpun tahukan?.

So semalam, I dapat dah Prada Lace yang I idam-idamkan.
Ni dia

Prada Lace Emerald Green uols!

(apa kes font pun nak warna hijau zamrud jugak kan??)


hmmm, nampak macam warna hijau ni tak menyerlahkan?
tapi percayalah memang glowing warnanya, tak payah makan apa-apa supplement confirm glowing gitew.
I dah try guna iPhone untuk snap gambar kain ni but iPhone warnanya menjadi turquoise gitew, so far guna samsung jer nampak ok la sikit.

kain ni bidang 60 and I beli 5 meter. Harap-harap cukuplah ahahahah


ya itulah dia kainnya, and bila kain dah sampai.....mulalah ligat nak pilih fashion mana satu berkenan di hati.
Best oooo main pilih-pilih design fashion ni.

mari kita saksikan antara fashion yang I berkenan di hati.

ni cantikkan?......Cuma I rasa kalau guna prada lace hmmm tak taulah sesuai ke tak?
sebab rasa macam chiffon fit it better kot.


yang ni pon lawa, tapi penggunaan prada lacenya terhad la kan?
selebihnya maybe I kena guna satin yang tak shinning tu ha.

awww this one adalah sangat menarik.....
Over??? oh! I memang jenis yang suka over dalam berpakaian ya. Harap maklum.

haaa...ni sesuai cuma bodypun kenalah sesuai jugakkan?.

ni cantik.
tambah lengan tu....hamboi....seeeemart! gitew.

yang ni pun I suka, siap berangan pakai ke pejabat.
awwwww cemerlang!!

errrrr....no komen....I rasa ok baju ni cuma jangan pakai coat tu jer haaaaaa
maksud I baju si Neelofa pakai tu laaaa, bukan yang si mamat jahat Dragon Ball pakai tu. Itu lady gaga jer berani sarung.

and lastly,
ni memang I rasa dah terkenan sesangat ni.....kalau menantu ni, dah I lambung-lambungkan. Design ni cantik, cuma perut jer kena bungkus ikat getah.

haaa fashion cenggini.


ayooo suka oooooo

cuma sekarang ni pemilihan tailor jer.
So far ada yang kat Butik Shah Alam.
Cuma hargalah tak tau dia nak pulun berapa kan?...ahahahaha

So, korang dah pilih warna tema apa untuk raya tahun  ni?

ok adios amigos.

Monday, February 17, 2014

Bos Bagi Strawberry For Breakfast



Seksi oii stoberi ni!!
fresh from Cameron Highland (CH) kata boss.

orang kata stoberi dari CH ni kalau bawa turun (Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan sewaktunya) akan jadi masam. Akupun trylah dengan muka dah ready nak kemut-kemut. Sekali rasa......manis weiii.
tu yang makan tak mengagak. Tiga ketul jer tinggal baru teringat nak snap and show kat uols. Kasi cair....

thank you boss!
ingat boss panggil I tadi sebab apa. Hehehe

Wednesday, February 12, 2014

Siapa Nak Beli Squeeshie.....Jumpa I Key

Bukan I buat but I just jadi ejen 007
tolong jualkan squeeshie yang enak bangat nih!

yang ada di area sekitar ofis, sila-sila jemput untuk beli
nak rasa? senang jer...hulur rm15 hengget
I bagi satu kotak squeeshie and you boleh rasa puas-puas hokey.
siapa yang suka sangat dengan marshmallow, cake and choc syrup...sila-silalah beli ya
muaahksss!!!


I ingatkan sekali lagi yer...owner squeeshie ni bukan I ya...
owner dia uols boleh ronggeng kat ig: thedramaticfash
i as agent yang tolong jual jer....key

ini size dia...bandingkan size tangan tu dengan kotak squeeshie...



yang kat bawah ni model tak berbayar ok..
I tak paksa pon...I ugut lite-lite jer...
sumbat tiga pat ketul squeeshie..terus dia cas gaya next top model
awwww...


so sekali lagi siapa yang nak..do call me or email ya...
notti_netti@yahoo.com

nak wassap pon boleh. Just email nanti I bagi no hp key.

daaaa.....

© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno