Saturday, August 27, 2011

Senarai Semakan Untuk Hari Raya - Hand Bag and peng'cover' lemak?????

Huhuhuhu......
DOUBLE CHECK!!!!!!!!


ini barang sudah selamat sampai dari Dubai..thans FIRAHADIFA......kerana
sudi bawakkan untuk aku.....eheheheheh ingatkan dapat after raya.....
love too da max...

dan barang kedua ialah
penyorok lemak berkesan..ehehehhe
yaitu SPANX...
girdle ni sampai kelmarin at kampung..suker gilos......
weeeeee

Yehaaaa..raya sakan mua....
ehehehehe

Me Naughty..me Netty

Peringatan Buat Korang Semua................

Kepada Kakitangan khususnya,

Gaji dah masyukkan 24hb sudah??? haaa......aku nak ingatkan semua....yang dah ingat tu baguslah.......
Dapat gaji, perkara utama bayar dulu hutang kereta, kredit kad, insurans anak-anak dan apa-apa hutang yang wajib diselesaikan dalam bulan itu.

Faham-faham, korang banyak nak guna duit, nak kasi mak bapak.....nak kasi anak-anak buah.....nak beli ayam, daging, gajah untuk buat rendang bagai......hmm..tapi settlekan dulu hutang-hutang. Kang korang lewat-lewatkan bayar...huh buatnya terpakai untuk benda lain.......kan dah garu kepala...bila pihak bank call tanya bila boleh masuk duit bayar hutang?.....huhuhu....

Tapi, so far aku ke Maybank Tampin tadi...penuh sesaklah orang cash depositkan duit. Borak ngan pakcik depan aku and aci sebelah aku, semuanya nak settle bayarkan apa-apa yang perlu dibayar dulu...baru senang hati nak berbelanja duit untuk hari raya.

hmm....korang macam mana pulak?????? dah bayar hutang????
Me Naughty..me Netty

Lepas Sahur Mata Celik Jer....

Sahur around 4.30 am tadi...
selalunya aku makan cereal....
tapi tadi aku makan sayur bayam and 3 ekor udang galah beso tapak tangan (aku giler udang) and ikan merah masak lemak kuning cili api. Semua tu lauk berbuka puasa semalam.

Nasi???
Tak usik langsung......aku memang takde mood nak makan nasi time sahur.

Air???
Kat rumah mak bapak aku ni, banyak air zam-zam beli kat Kelana Jaya (tabung haji). So aku bedal air sedap tu. Kalau kat rumah aku di KL, aku minum air ECPI - bapak mentua aku rajin sponsor sekotak dua.

Apa plan hari ni?...hmm kalau ikutkan bapak budak-budak tu blik today. Dalam tengahari katanya after pihak ASTRO buat itu ini begitu begini. Tapi aku target sama ada time berbuka or malam baru dia sampai. Manalah tau jammed. So, aku dah ajak mak and bapak aku ke MYDIN MITC Melaka. Aku nak beli beberapa pax air kotak soya and mineral untuk tetamu yang datang. Air kotak soya tu untuk anak-anak aku. Asyik ke kedai mintak air kotak soya.....tension ooooo...so aku beli sesiap. Murah pun murah.

So far project bikin langsir sedang giat dijalankan......nanti aku bukak topic baru pasal langsir eh.....

ok....out for now......apsal mata aku celik jer ni??? entry tuan rumah takleh tido.
Me Naughty..me Netty

Friday, August 26, 2011

Senarai Semakan Untuk Hari Raya - Goodies Bag???

CHECK!!!!!




Huhuhu...just a simple door gift untuk kanak-kanak riang yang nak datang beraya di rumah Mak Bapak aku tapi dengan tujuan nak duit raya. Makan Takmo!!!!.......bosan aku tahun lepas, budak-budak datang, aku just tanya disebalik pintu pagar. Nak duit raya or nak makan?.....diaorang sama-sama jerit nak duit rayaaaaaa!!!!!!!. Dah dapat duit raya, masing2 blah.

Kali nie, aku bagi suprise sikit, aku kasi goodies bag and duit raya setiap sorang. Buat bekalan naik besikal ke rumah orang-orang kampung nanti. Sesambil tu aku kasik warning, bukak duit raya bila keluar dari kawasan rumah. jangan buang sampul kat depan rumah ni...ehehehe...kena warning, kang diaorang dapat duit raya jer...terus bukak sampul and ambil duit raya, sampul bersepah diaorang buat....akuuu jugak kena kutip sambil meratap sayu.....Huh! kena ajar skit diorang mengenai kesedaran sivik ni. Raya...raya jugak.

Isi dalam goodies bag tu apa ya?
|
-Biskut Oreo
-Cokolat ferrero rocheeee
-Churp-churp Lollipop
-Sticker sponge bob

plus duit raya.

harap-harap kanak-kanak suker laa hendaknya.............

Aku sediakan dalam 30 bungkus goodies bag jer.........kanak-kanak datangpun aku target 15 orang jer...lainlah Pak Amri kasik RM50 sorang...mau satu Negeri Melaka kanak-kanak datang beraya.


Me Naughty..me Netty

Senarai Semakan Untuk Hari Raya - Sampul Raya??????

CHECK!!!!!



Hmm...so far alhamdulillah......duit telah diagih-agihkan ke dalam sampul raya yang berpatutan. Banyak aku dapat sampul raya. Yang terpilih jer aku ambil. Hik hik hik... 
Sampul custom made pun ado. Itu orang-orang tertentu jer dapat. Tapi, aku ada upah pembantu.....tolong masukkan duit raya...siapa pembantu aku tu????


Siapa lagi kalau bukan Al Imran.....sib baik ada dia, senang sikit kerja aku. Kalau suruh si Starbuck latte buat...huh..dimakannya duit tu...ayoooooo...so sapa nak duit raya, meh datang rumah Cik Net ya.........

Me Naughty..me Netty

Mak Aku Warning! Jangan Main Mercun!.....Sebab Jiran Sebelah Baru Balik Dari Hospital.....alaaaaaaaa

Kalo ikutkan secara tradisinya, tetiap malam raya, kitaorang akan main bunga api and penutupnya beberapa das mercun KLCC yang akan berkumandang diudara dan mengejutkan segala jantung dan urat belikat penduduk kampung sekitar Simpang Ampat. Dasyat penangan bunga api KLCC tu......semua orang keluar rumahlah.........kami happy....yeay!! bapak ngan mak aku jer istifar panjang. Apsal ha?

So, raya kali ni, adalah sedikit juadah bunga api yang dibekalkan. Tapi KLCC nan ado...diharamkan kot......eheheheeheh yang letup2 kedebom kedebam cam tahun lepas pun nan ado...hmmmmm......tapi takpolah, janji ada mercun letup-letup and bunga api.  Tapi sebenarnya aku takot nak main bunga api ni, aku tukang sorak je selalunya, yang pasangkan api, sama ada laki aku, adik aku takpon abang aku....sekali sekala jer mak aku join.......

tapi semalam, mak aku nampak satu plastik mercun letup2 kat bilik aku...haa....mak aku sudah kasik WARNING. "Wen jangan nak memandai main mercun yang bunyi kuat tu. Ingat! orang sebelah baru keluar hospital....ni tengah terbaring kat katil, jangan nak buat na'as main mercun bunyi kedebom tu...kang arwah orang tua tu, teruk mak nak jawab......" uishhh panjang lebar aku dengar tazkirah dari mak aku.

"Laaa....baru keluar hospital ke mak?...patutlah lama tak nampak. Alah, dah tu nak main camner, suruh pakcik tu pasang penutup telinga tak bleh?" aku jawab sugguh-sungguh.

"Kamu nak mampos?....mati sakit jantung orang tua tu kang!...dah! cukup-cukuplah....bla..bla..bla...."

hmmm.....camno nak main mercun ni tanpa jiran sebelah heart attack untuk kali ke 2 eh??????

Me Naughty..me Netty

Thursday, August 25, 2011

Ok...ok..sempena hari baik bulan baik ni, aku informlah apa jenis supplement yang aku makan kasi kurang berat badan.

Ingat! pengawasan dari orang dewasa diperlukan apabila start baca entry yang satu ni.
Ini bukan entry gule-gula mahupun entry kurus secara membabi buta.

Are u Ready???????? lets mula....

Hmm aku ambil supplement nie kalau tak silap beberapa hari before start puasa. Sebab time tu je la pun aku tau supplement ni wujud. Thanx to my senior officer yang maklumkan tentang supplement ni. Ok, dah ready nak tau apakebenda aku makan?......haaa aku makan ni....

Teh Orang Kampung

ngeh ngeh ngeh.....aku tipu jerk...........aku makan teh orang kampung ni time form 6. Seyes....aku tak fikir sesiapa dah dalam hidup aku, aku fikir jambannnnnnnn jer. Boyfren tipon aku tak layan, mak nak ajak shopping aku tak layan, bapak aku nak kasi duit belanjapunnnn aku tak layan. Sehari suntuk aku layan jamban jer sampai aku surrender. Lemah lonlai ooooooooo.

eheheheh ok, sebenarnya aku makan ni:

LIPO 6 (Hers)

ok..ok..nanti...nanti...akak-akak.......bawak bersabar. Jangan terus ambik beg duit and terus ke kedai. Benda alah nie tak jual kat kedai runcit Pak Abbas, kat Kedai Ah Chong mahupun kat kedai Muthu. Ini order punya barang ya. Sebelum tu mai aku habaq yer harga LIPO 6 ni. Harga dia dalam seratus lebih jer......and tak jual dalam kiraan biji yer...(contoh 50sen 3 biji) - nan ado! dan produk ni adalah Halal......babi takde dalam pil ni......

Nak makan pil ni, bukan main makan je and terus buat aktiviti senggang korang, cam tido ker, makan berjemaah ker, ngumpat ker, kira duit ker, mandikan anak ker. Ha, jangan haraplah korang leh kurus mencanak-canak. Korang kena jugak jaga aktiviti pemakanan korang (asyik makan fast food jer susah jugak) dan yang paling penting ialah BERSENAM! BERSUKAN! EXERCISE! MASTERBEDTO oppsss.

Aku makan pil ni 6 biji setiap hari. Time puasa ni aku sempat ambil 3 biji jer. Korang perlu makan pil tu setengah jam sebelum makan. Ada faham?........satu lagi pil nie macam menggalakkan korang rajin bersukan tau. Takde la maknanya bila makan pil nie korang terus lari pecut 3 batu ala-ala florence jones tu haaa...agak-agaklah kalo nak menipu tu kan?.....macam aku, aku makan pil nie...then dalam beberapa jam aku rasa macam teringin nak berexercise. Kengkadang tu aku bersemangat menari ikut korean group kat channel hitz. Korang pepahamlah kalo budak muda mudi korea mata sepet tu menari...ngalahkan ko beromen 5 round tanpa ghenti gayanya. Peluh sakan. Ha! makan pil nie korang jangan tergezut pulak, peluh korang keluar macam ntah apa-apa. Banyak giler. Kalau tak lencun satu badan tak sah. Itupun kalau korang excercise, takat korang makan pil and berdiri setempat sambil tersenyum simpul tengok laki ko bersukan......jangan harap cita-cita ko nak body cam gitar tercapai.......komen aku: korang jual jer pil tu kat aku yer dengan harag murah.

oklah, akupun malas nak explain panjang lebar, sebab akupun baru jer makan pil ni. Tapi aku dah suruh anak aku si Imran translatekan ayat copy paste dari satu web berbahasa urdu kepada bahas Inggeris. Ok jugaklah translation anak aku. Thanx to channel Disney Junior. haaa korang bacalah.....apa yang anak aku translate tu.


A few weeks ago, I read a Lipo 6 Black Hers review. For years, I have been trying to lose weight but never really succeeded.  So I searched the best way to burn fat and I found this review.  A couple of things about the how the product works stood out to me. I think that anyone looking for a good and effective weight loss supplement would find these interesting too.
Fat Burner.  This is the basic characteristic of Lipo 6.  There are a lot of different types of fat burners available on the market that its sheer volume can easily overwhelm many people.  If you don't know exactly what to look for, all products will appear the same to you.  This particular supplement however contains two powerful thyronines, which are known to increase metabolism for more effective fat burning.  The product also works as a thermogenic, which makes your body consume more energy by giving it off as heat.  Many users complain about experiencing excessive sweating whilst using this product, but that is an expected and rather desirable effect.  It is a sign that the product is actually working.
Appetite Suppressant.  You may be taking in a highly efficient fat burner, but if you continue eating way more than you really should and just rely on your weight loss pills, you'll never get the results you want.  A good diet pill should also work as an appetite suppressant.  User reviews on Lipo 6 Black Hers said that although the product is marketed as a fat burner, it works very well as an anti-suppressant.  Also, users said they did not experience feeling jittery or moody that usually comes with products like these.
Stimulant.   Lipo 6 Black Hers is composed mainly of two ingredients – the vitamins, which are necessary for maintaining good health and nutrition, and the stimulants to give you an energy boost.  It contains ingredients like caffeine, which gives you a constant charged feeling so that you get the most out of your workouts and other daily physical activities.  It encourages you to move more.  Of course, being more active means burning more calories.
Other Ingredients
Vegetable Cellulose, Glycerin, Purified Water, Polysorbate 80, Hypromellose Q.S.P., FD&C Blue #1, FD&C Red #40, FD&C Yellow #6. This product utilizes only natural vegetable capsules that are free of animal products.
Directions
Due to the extreme potency of LIPO 6 Black Hers, all label guidelines must be strictly followed. To experience the full strength of LIPO 6 Black Hers, take 3 Black-Caps in the morning and an additional 3 Black-Caps in the afternoon. Do not take within 6 hours of sleep. NEVER EXCEED 6 BLACK-CAPS PER DAY.
For best results LIPO 6 Black Hers should not be taken with meals. Consume at least 30 minutes prior to a meal. LIPO 6 Black Hers has to be used in cycles รข€“ cycle length is 8 weeks followed by 4 weeks off.
Warnings
NOT TO BE USED BY ANYONE UNDER THE AGE OF 21 OR THE UNDEDICATED AND/OR WEAK-HEARTED. IF YOU DO NOT WISH TO EXPERIENCE EXTREME FAT-DESTROYING STIMULANTS, DO NOT USE THIS PRODUCT. Do not use if pregnant or nursing. Never exceed the recommended maximum dosage. Do not consume synephrine, caffeine or thyroid-boosting compounds from other sources, including but not limited to coffee, tea, soda and other dietary supplements or medications containing phenylephrine, caffeine or any stimulants whatsoever. This product contains caffeine. Do not use this product for longer than 8 weeks and make sure that usage is followed by a 4-week off-period. Consult your physician prior to use if you are taking medication, including but not limited to MAOI inhibitors, anti-depressants, aspirin, non-steroidal anti-inflammatory drugs or products containing phenylephrine, ephedrine, pseudoephedrine, phenylethylamine or other stimulants. Consult your physician prior to use if you have a medical condition, including but not limited to heart, liver, kidney or thyroid disease, psychiatric disorders, difficulty urinating, diabetes, high blood pressure, cardiac arrhythmia, recurrent headaches, enlarged prostate or glaucoma. May cause flushing and itching. Discontinue use 2 weeks prior to surgery. Immediately discontinue if you experience rapid heartbeat, dizziness, severe headaches or shortness of breath. Store out of sunlight in a cool, dry place. Do not use if outer safety seal is broken. KEEP OUT OF REACH OF CHILDREN.
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Haaaa, amacam? ok tak translation anak aku???? eheheheh.
Satu lagi fat burner nie selalunya dimakan oleh ahli bina badan. Ada pantang larang dia. Kalau dia bagi tempoh ko makan pil tu selama 6 minggu. After 6 minggu kena berhenti and sambung makan balik after 4 minggu. Maka ko kena ikut nasihat tu. Jangan main bedal jer........sebab pil ni ada kafein. Bak kata senior officer aku, kafein sangat mujarab untuk bakar lemak. Haaaa...satu lagi pemangkin aku untuk berjaya......sentiasa tengok gambo ni....
Lipo6 Black Hers
huk aloh, agak-agak laki aku takot tak tengok body aku nanti?....heheh idok le cenggini, bukan kata laki aku takot, akupun takot oooo tengok body aku ada 6 pax cenggini. Kang susah aku nak pakai bra...tak tau beza mana satu buah dada and mana satu perut pax tu kang.
haaa.....satu lagi, supplement yang aku tayang ni khas untuk kaum pompuan... namanya pun HERS....ada jugak untuk HIM...tapi kena tanya pakar la....aku tanya pakar bina badan kat facebook. Diaorang jual dan diaorang willingly answer setiap ur problem samada nak shapekan body ko, nak bakar lemak or nak jadi macam diaorang badan ketak-ketak. Makan? korang makanlah apa sahaja janji exercise after that. Aku makan nasi macam biasa, makan ayam macam biasa, makan kek macam biasa. Berat aku sebelum ambil Fat Burner is 85kg....(berat lemak+berat air+berat doser). After ambil Fat Burner berat aku sekarang ni is 74kg (Berat doser+berat air dah hilang sikit-sikit kot).


huh! cer korang bayangkan aku dalam bulan poser...exercise cenggini................ngucap panjang bapak aku.

psst- yaa hutang aku dah settle nak maklumkan kat korang suppliment yang aku ambil. SO tak yah la aku email kat korang yer...ramai tu eheheh kepada sahabat ku kat facebook...udah-udah le ngajuk...haa aku dah buat entry pun........heheheheh

benda ni takde laaa nampak ko kurus menggila...cuma badan ko rasa lebih ringan...body shape pun makin nampak.

Me Naughty..me Netty

Belum Raya Lagi Tapi Kuih Raya Dah Tinggal Separuh.......Alahai anak....

ceh! ko tetiba nak salahkan anak...bijak ko kan net?????
padahal anak-anak ko makan 2 - 3 bijik jer..ko ngan mak ko?....setengah balang gitew ahaksss......
namapun kuih sedap.....kuih sedap kena tuan rumah pulun dulu....tinggalkan dalam 10 ketul jer untuk tetamu...bior tetamu terguris hati and set dalam diary tahun depan nak raya umah Pak Amri and Cik Nor lagik.......sebab nak makan kuih sedap tinggal 10 bijik tu...ehehehehehheehhee.........

si Starbuck latte lagi cemerlang kerjanya...dia makan separuh and separuh lagi dia taburkan atas lantai....dengan sebab musabab nak kasi lipan, lipas, semut, biawak, turtle, gajak semua makan agaknya......mereka-mereka pun nak beraya jugakkan.......makanan harus dishare......sharing kan is caring......bagus amal jariah anak aku tu.

esok terpaksalah cari kuih lain ganti balik kuih yang kekurangan, nak order kuih yang sama...hmmm beli atas tempahan...mana dah akak cikgu tu nak buat lagi kuih semprit yang sedap tu.........

hmm......aku tatap blame anak-anak aku...volleh????

Me Naughty..me Netty

Cirit Birit Menjelma Kembali....Yahooooooo


E'eh??? happy ko tipah?????
selalu cirit...ko la yang moyok, ko lah yang nak pengsan tak sudah.......
haaa kenapa happy lak bila tetiba cirits ni.......????

eheheheheh....
aku happy...sebab, bila time puasa, kalo aku cirits......confirm turun lagi 3 atau 4 kilo...
muahahahahahahahahaha...........
misi nampaknya berjaya........minum susu segara banyak-banyak bila sahur...
ngeh ngeh ngeh.....

hmmm...bakal lemah petang nanti sebab kurang air dalam badan...xpe..xpe..its okey...janji berat turun....hik hik hik.......cirit la lagi...cirits la lagi......

Me Naughty..me Netty

Pssst...Pssst....Nie Ada Planning Baik Punya.......Kepada Geng Bachelor......I ada Suprise Plan Nak Buat Baby Shower Kat Sorang tu.....

e'eh! aku lupa...yang kat atas tu cuma tajuk......sib baik aku tak buat karangan bertulis kat tajuk en3 eheheheheh idok MamaTisya mesti kutuk aku kaw-kaw punyer ahaks.....

oh! korang......korang (geng bachelor and bukan geng bachelor) nak join bikin baby shower tak untuk seseorag??? geng bachelor gak...ehehheeheh

aku bab-bab suprise hi tea nie memang aku suker giler. Lebihplebih lagi bahagian gift.
kalau korang berminat........jomlah....kita bincang-bincang secara hati ke hati..ceeewah.....

sekian......my 2 sen yang tak seberapa sen.....
Me Naughty..me Netty

Wednesday, August 24, 2011

Walaupun handphone murah, tapi mampu buat mak aku tersenyum lebar.......


yuhuuuuu.......tadi petang ke Mydin, MITC, Melaka.
after beli barang dapur untuk stok raya
kami singgah ke farmasi, bapak aku nak beli air zam zam
manakala aku and Imran ke satu kioks alat-alat komunikasi.
Nak tengok harga Samsung galaxy tabs 2...tapi nan ado
so, aku tengok handphone..cecuci mata kejap sementara tunggu mak and bapak aku.

then aku terpandang Samsung Corby
cumelsss giler....before ni ada gak aku pegang member punya dalam 10 saat
tapi tak menarik perhatian lagi time tu
tapi tadi aku teruja and siap nak belek-belek.
Harga...murah...baju raya aku lagi mahal haaaaa.....(ayat belagak malam rabu)

then mak aku datang
aku terus tanya dia
"mak nak tak hp samsung ni? tau pakai tak?"
selama nie mak aku pakai cik puan nokiah jer.....itupun jer aplikasi yang dia reti.
mak aku terdiam...
bapak aku belek-belek handphone tu...
bapak aku kata okey untuk orang yang tau bagi sms, angkat phone and call jer...(perli mak aku le tu....)
so, mak aku agree..dia nak..
hp lama dia tu dah lusuh sesangat ditambah-tambah lagi kesan DNA anak aku penuh kat hp tu......isk isk isk....

so, aku bayar.......and kasi mak aku...
riak muka mak aku errm nak kata happy giler tak, marahpun tak..
ermm lebih kepada terkejut and teruja kot...
maybe dia tak sangka aku akan beli dia hp...
selama ni laki dia jer yang tukang beli hp (bapak aku)

eheheh apa-apa pun mak aku cakap tq tadi...
dia kata...memang sengaja dia tak beli hp baru sebab dia nak tengok anak dia yang mana satu yang prihatin.....wah!.........

bapak aku sengih jer...sambil cakap dia minat tengok hp samsung galaxy II (huh sudah!!!!)

pssttt- aku tak dapat beli I-phone idaman pun takpelah, janji barang keperluan mak bapak aku diutamakan......jangan lepas nie depa ngidam kereta BMW X6 udah.....

Me Naughty..me Netty

Kedai Emas...oooooooh kedai emas....hancus gelang tangan Arwah Opah aku.....

huhuhuhu....benda dah jadi, nak buat camner kan?...aisyeh batman....lu pun tak dapat tolong....
by the way, keadaan cuaca di Simpang Ampat, Melaka pepagi nie....ermm amat gelap...mau hujan barang kali.

Huhuhu, ok...back to story,
aku nie bukanlah addicted or goldholic sangat. Bagi aku, takde emas pun takpe..janji kasut wajib ada. Tapi, sebab aku sorang je anak perempuan kepada Pak Amri and Cik Nor....makanya aku terima jerlah segala pekakas kewanitaan ni. (Paklong and Makcik aku takde anak)...so memang aku sorangggg je pompuan. Nak dijadikan cerita, arwah Opah aku (mother bapak aku belah Perak) ada wasiatkan gelang tangan dia untuk aku. Which is, mak aku pakai dulu (dia tau, kalau kasi aku awal-awal ntah ke mana gelang tu hilang, sebab aku nie jenis tak kisah emas hilang, tapi, jangan kasut aku hilang, aku menangis 24 jam tanpa henti) noktah!.

Tapi, sejak 2, 3 menjak ni....aku dah mula appreciate segala jenis emas, emas kawin pun aku dah mula gilap-gilap and sarung kat jari, dulu duk simpannnn jer.....sampai aku lupa aku simpan mana...rupa-rupanya dalam pencil box. Ceh!....pencil box pulak selamba aku kasik kawan-kawan pinjam.....2 kali ceh!.

Maka, nak dijadikan cerita, lastweek aku teman mak aku ke kedai emas di PKNS Shah Alam. Disamping nak beli emas sikit-sikit untuk aku dan sekaligus ambil balik emas arwah opah aku. Mak aku hantar ke kedai tu gelang arwah opah aku sebab nak potong sikit bahagian tali gelang tu. Sebelum ni mak aku pakai gelang tu and tangan dia beso sikit dari tangan arwah opah, so mak aku tambah lagi kepanjangan gelang tu. Bila turn aku pakai, menggelebih jadinya, tu yang hantar potong sikit. Dah dekat 3 bulan haaa.....tu yang kami datang ke kedai tu.

Punyalah orang kedai tu mencari resit, last-last kami dapat berita kurang enak. Mamat tu kata ada sedikit kemalangan berlaku kat gelang emas tu. Hukaloh mung....gapo dia????
Mak aku tanya versi serbia....."What kappen?????"
Mamat tu kata, time nak leburkan separuh dari gelang tu, penempa emas kat Kelantan tak sengaja terlebur seluruh gelang tu. Maka cair terus....batu-batu Intan yang keat gelang tu pun ntah aper cer.....

berderau darah mak aku...aku relax jer......tak tau kenapa aku relax...ehehehhehhe.....mak aku pun mula membebel dan mendapat sokongan dari adik ipar aku yang turut serta...aku? relaxxxxx jer main ngan starbuck latte....(seperti aku katakan....kalo kasut aku hilang baru aku menjerit....!)...adik ipar akupun bising, dia kata emas tu emas pusaka, dah takde pattern tu dah sekarang nie.....(gelang bentuk crown...dolu-dolunya style)......dah puas membebel, orang tu minta mak aku lukis gambar gelang (crown) tu kat kertas, mak aku lukis..aku tengok ghupa anak gajah, adik ipar aku pulak lakarkan gelang tu...hmm aku tengok bentuk roundabout, aku nak lukis? ermm aku kena beri fokus yang berkesan yakni 3 hari 3 malam kena fokus...tanpa gangguan...camno tu????? alih-alih pekerja kedai spesis pompuan yang pegang gelang tu dulu, ingat bentuknya...dia lukis, haaa baru nampak sikit bentuk crown. Tapi, orang kedai tu nak gambar......aku mana ada snap gambar gelang tu...lainlah gelang tu lekat atau attach dengan kasut, baru aku ambil gambar......so far semua kasut aku ada gambar. Emas?? er...er....adalah sebutir cincin kot..aku buat entry tahun lepas.

So, alternatif lain, mak aku nak minta snap gambar gelang dari Maklong aku....arwah Opah aku tempah the same bracelet untuk 3 orang. Untuk aku, Makcik aku and Arwah Opah aku sendiri (yang kini menjadi hak maklong aku).....yang makcik akupunya dah takde...harapkan Maklong aku la.....isk...lepas rayalah nampaknya baru dapat tengok gelang tu.

Adehhhhhhhhhh..........baru ingat nak pakai raya.....Pakai 2-3 jam pun okeylah........
adik ipar aku si Nurul...over tau...dia kata aku pakai emas nampak lain rupa aku...wah!!!! macam pakai susuk pulak...........cer ko tengok aku pakai kasut 6 inci....lagi lainnnnn rupaaa aku........eheheheh

psst-entry nie bukan untuk menunjuk-nunjuk, tapi cuma nak kata...AKU SUKA KASUT!!!!!!!

Me Naughty..me Netty

Kejadian Itew Berulang Lagi.........Aku Redha......Ampunilah dosa ku.

Huhuhu tajuk macam aku baru jer lepas rompak bank sambil tembak mati Pak Guard Bank kan? Oh tidaaaakkkkkk.........

Lalu??? apa cer? ehehehe
Nampak gayanya kejadian INI berulang lagi.
Ya......seyes aku tak sengaja.......kali nie aku takmo blame apek kilang kacang/kerepek...aku nak blame mak aku and anak-anak aku.....voleh????

Haaa pemangkin yang paling strong sekali ialah mak akulah. Kalo takde kata-kata perangsang dari mak aku...sure benda ni tak jadi. Sudahnya mak aku gelak giler-giler.

cenggini kisahnya. Pagi semalam punya storylah.....
Kebiasaannya kalau anak-anak aku (Imran and Starbuck Latte) bangun pagi-pagi, mak aku akan suapkan diaorang dengan Coklat Minda (Motif??? kasi anak aku yang si Imran tu rajin bangun gie Tadika and cemerlang lalu menjadi seorang usahawan yang bijaksana dan kaya raya sambil menampung hidup mak dia untuk membeli kereta lamborghini, designer handbag dan sebagainya yang harga ribu riban) astagfirullahhalaziiimmm Net!! ko ke laut dah!!!

So, memandangkan mak aku di KL, dia nak bersenang-lenang dan aku sebagai ibu kandung kepada anak-anak aku yang sah, telah dipaksa untuk menjalankan tugas-tugas memaksa anak aku makan suppliment coklat minda tu. Anak aku bangun awal lebih kurang jam 8am....so lepas mandi aku kasi Si Imran dua biji chocolate minda tu untuk dia kunyah. Tapi Imran takmo...aku paksa lagi...sambil tu aku kasi sebijik pada Si Starbuck Latte...the same thing happen, Si kecik tu hisap kejap jer pastu dia buang.

Aku tanya mak aku....."tak sedap ke coklat ni mak?? budak-budak takmo makan". Mak aku suruhkan jugak, dia kata kena makan kalau nak anak cerdas, cergas, terbilang dan menjadi seorang usahawan yang berjaya dan bakal bergelar Datuk, Datuk Sri, Tan Sri, Tan Tin Tun....tengok!!!! aku ke laut lagi......

So, sebagai ibu yang berbau-bau bacang ngan Hitler...aku ngangakan mulut anak aku.....Paksa diaorang makan......si Imran muka kelat-kelat kena paksa makan coklat tu ngan aku, Si Starbuck latte???? aku tak mampu buat apa-apa...ko kecik lagi...aku marah ker...aku jegil bijik mata ker...ko tetap maintain senyum.

Chocolate yang dibuang oleh Starbuck latte aku ambik. Aku tanya mak aku lagi yang sedang baik punya landing cam cleopatra kat atas sofa. "Coklat ni pahit kot mak?....budak-budak tak suka kot? Mak pernah rasa tak?" tanya aku sungguh-sungguh. "Entah, namapun chocolate. Sedaplah. Cuba Wen (Aku) Rasa, sedap tak" Jawab mak aku sungguh-sungguh. Aku tanpa memikir masa depan aku dan anak-anak, aku pun telan sebijik. "Oh! mak, patutlah budak-budak takmo. Rasa rempah-rempah bercoklat sikit." jawab aku ikhlas gilaakutaksedaryangakusedangpuasa.

"Yer ker?, alah, dah beli. Kasi jer diaorang makan, bagus untuk minda. Testimoni yang mak baca bla...bla...bla..." Bebel mak aku. Akupun dengar dengan kusyuk then aku nampak sebijik lagi coklat tu kat tangan Si Starbuck Latte. Dia tak makan, dia hisap jer. So, dari membazir, aku ambik dari tangan dia dan aku masuk terus ke mulut aku. Tiga kali kunyah........diulangi.....3 kali kunyah!!! baru aku perasan sambil menjerit. "Ya Allah Mak!!!!! orang puasalah!!!!". Mak aku yang duduk feeling-feeling Cleopatra terus terduduk style hero Tamil Rajhnikhan. Tercengang-cengan mak aku then dia gelak giler-giler sambil kata "Takpe wen, tak sengaja...." sambung mak aku sambil gelak lagi....."Apalah mak nie, sib baik orang tak kenyang tau" jawab aku after berkumur kat sinki dapur.

haish, sampai balik ke Melaka petang semalam...dalam kereta mak aku gelak sorang-sorang. Ceh!
tapi seyes coklat tu rasa rempah ratus.

haaaaa...inilah dia coklat minda yang aku termakan tu...........aku magsa di sini...diulangi aku MANGSA di sini.....eheheheh

Me Naughty..me Netty

Tuesday, August 23, 2011

Saya Sibuk.......oh! ya...saya terdelete satu add blogger yang nak terima kad raya.....alahai..ampun.....

salam, lama tak update blog kan?
tapi tak bersawang lagik...

hmm ada berita kecemasan,
saya terdelete address sorang blogger yang nak dikirimi kad raya...ampunnnnn
kalau korang rasa korang yang hantar address tu, tolong beritahu I balik boleh????? sorry sangat. teruja tengok nama blogger tu...eheheheheh dia yang paling akhir send alamat kat comment box I...tak silap hari Jumaat lepas kot... sorry....

kepada peserta yang lambat bagi add...hehe fiza...takpe......u and bonda and ada sorang lagi yang I lambat skit kasi hadiah ehehehehhe

memandangkan I dah start cuti...and after break fast nanti I akan balik ke Melaka.......
so...takde lagilah entry untuk petang nie..kita sambung esok..

gambar Iftar geng bachelor pun insyaallah esok..

thanx fida for the lovely gift...i Loike!!!!!

muahhhhhh

oh! I teruja..I turun lagi 4 kilo....yippeeeeee..total penurunan so far is 9 kilo...yahoooooooooooooooooo
Me Naughty..me Netty

Friday, August 19, 2011

Sempat lagi Nak Bersedekah ni.....Jom korang!!!

Sapa kata aku habiskan duit gie shopping jer? huh? huh?
tapi eloklah tu...aku habiskan beli barang-barang nampak...daripada beli barang-barang tak nampak umpama ke clubbing ker? berparty ker? karaoke ker? ahaks.......+wink+wink+

apa kata kita sedekah sikit-sikit duit kita untuk membeli baju untuk anak-anak yatim. Diaorang yang organize tak mintak banyak pun......sehelai untuk seorang penderma. Size disediakan. Alah...apalah sangat sehelai baju baru Melayu/kurung tu kan?...bukan ratus-ratus...Puluh hengget jer kan?.....insyaallah, tuhan akan mempermudahkan rezeki untuk kita suatu hari nanti........kalau kita menderma. Lebih-lebih lagi di bulan puasa ni. Bila lagi nak tambah kredit pahala kan? kan?.....

tapi jangan ingat aku paksa korang bersedekah macam paksa beli insurans pulak *owch!*
sesiapa yang nak jer la...ikhlas dilubuk hati. AKu dah lama beli baju Melayu untuk size S. Cuma belum berkesempatan nak pos. Semalam dah beli pos laju....insyallah tengahari karang aku pos. Tak jauh tempatnya...kat Shah Alam jer.

okee..kalau ada sesiapa yang baru dapat bonus tu, yang nak bersedekah barang se'sen' dua, bolehlah ke web site



Tarikh tutup penghantaran baju ialah pada 25 OGOS 2011.

baju yang aku beli untuk kanak-kanak tu.


JOM BERSEDEKAH?!


Me Naughty..me Netty

Rasa Tak Puas Hati Pada Sorang Geng Blogger :( Maaf kalau Terasa...

Salam hari ke 19 kita berpuasa......
hmm dalam minggu nie dah 3 hari aku tak pergi solat tarawih........
takpe lah.......aku tak pergipun sebab ada kerja......^_^ 

korang sentap ke baca tajuk kat atas tu?
maaflah......aku terpaksa buat luahkan kat sini,
kalo aku pendam lelama, leh jadi cancer hati aku ni or barah payu dara.....(bila tua nanti)
so....untuk mengelakkan sakit-sakit tersebut singgah kat lubuk hati aku.......
maka terpaksalah aku lempiaskan apa yang bersarang kat jantung aku ni.

Anggap jer lah aku kasi Tazkirah pagi Jumaat yer...
dulu cecita nak jadi Ustajah....tak boleh
sebab aku tak alim.....
haaa hari ni izinkan aku jadik ustajah ok?

Aku tak kata blogger jahat
so far alhamdulillah,
mana-mana geng blogger yang aku kenal....semuanya baik giler......
lebih-lebih lagi geng bachelor yang selalu keluar makan-makan hari Jumaat tu.....
memang baik sangat. Tak pernah la aku jumpa diaorang dalam keadaan pisau ditangan, pistol terselit celah kangkang. Geng Gangster kampung dusun ker kan?....paling power pon senjata diaorang adalah gelak cam akak ponti.....ngilai-ngilai gitu...(aku tujukan khas untuk diri sendiri, watie wynn dan suziey.com) oh! suziey sedang berhibernasi di sebuah gua. Sebab tu dia diam jer.

Aku kalau terima kawan blog...aku anggap semua baik, sebab aku baca cara penulisan diaorang....then ok..bila nak jumpa...so dah tau sikit sebanyak pasal apa yang diaorang suka, tak suka, perangai diaorang. Mana yang aku rasa diaorang nie garang ker...pepandailah lembut-lembutkan lidahkan kalau berjumpa.....

tapi, ada satu geng blogger nie......aku pernah jumpa dia sekali, sangat baik...diapun dok puji aku melambung yang nyaris-nyaris memperkoyakkan sepender getah aku. Tapi masalahnya......dia baik ngan aku ada maksud tersirat yang aku rasa sooooo damn irritating gitew. 

Aku kalau berkawan, memang ikhlas....kalau geng blogger tu baik ngan aku...haaa adalah gift yang aku kasik....ko tanyalah geng bachelor muahahahahahahah......aku suka gitew...gula-gulakan diaorang dengan gula-gula getah!.......aku suka diaorang happy yang menyebabkan akupun happy. ehehheheh.....kalau diaorang sedih...er..aku tetap happy. Aci tak?

Tapi geng yang sorang nie....hmmmm dia just sungguh-sungguh nak kawan dengan aku semata-mata nak jual insurans dia. padahal, aku rasa dia dah tau...aku dah ambil insurans dengan Prudential. Tapi still keep on forcing suruh aku tukar insurans yang dia promote. Kamon laaa.......apa kes aku nak tukar-tukar insurans?..so far agen insurans aku adalah terbaik dari ladang and aku kenal since belajar Mass comm kat Uitm dulu. Diapun selalu jer tanya keadaan anak aku and aku dan juga tak paksa-paksa sedara mara aku yang lain join insurans dia. 

Hmmm...geng blogger yang sorang nie aisheeh man.......memanglah aku jumpa dia dulupun sebab dia ada kata nak terangkan sesuatu yang takde kena mengena dengan insurans. Tapi bila jumpa...huh! dah sah-sah dia jual insurans yang aku terpaksa layan jer. Janganlah macam tu kawan......siap ugut-ugut and inform.....kalau sesuatu terjadi pada tok laki.....aku and anak-anak nak makan apa?.....insurans yang ada tak tentu boleh cover........suka sangat cakap ayat tu berulang kali....kamonlaaa.......aku manusia zaman 2000 an....benda-benda nie dah tentulah aku fikir since belajor lagi. Dah tentulah ada duit simpanan and harta. Akupun kerja gomen....insyallah aku boleh tanggung anak-anak aku kalau apa-apa jadi pada laki aku (nauzzubillah). And laki akupun takdelah tinggalkan hutang ah long ker apa ker yang perlu aku settlekan (so far takdelah). Ini asyik ugut kata kalau family aku cenggitulaa..cengginilah...aku nak cekau duit kat manalah...apa ko nak sangat ker family aku jadi cenggitu. Mula-mula bolehlah aku bagi alasan, takpe.....so far can survive...tapi kalau dok sms and PM jer....sapa tahan kan?.......

aku faham.....dah nak raya nie...dia perlukan duit. Jual insurans nie banyak dapat duit jugak. Tapi bukan cara cenggini. Yang tak sedap tu...kalau dia promote kat aku jer takper......leh aku tolak baik-baik. Ni dengan anak-anak aku, laki aku dia suruh tukar insurans. Ko gila minah?.....laki aku ada insurans dia sendiri takkanlah aku nak suruh dia keluar insurans and burn cenggitu jer semata-mata nak masuk insurans ko?...fikir logiklah...jangan fikir nak dapat duit jer......aku rasa adalah jugak geng-geng lain dia promote insurans dia. Mummy ayu pun dia promote...cuma ayu tak layan. Aku layan sebab sebelum nie dia baik (dalam bloglah) lagipun sebelum baik dengan dia, setahu aku dia belom jadi agen insurans lagi.

Entahlah.....nak kawan dengan aku biar ikhlas....nak promote segala jenis bendapun aku sudi dengar. Tapi kalau dah mula paksa memaksa, menakut-nakutkan aku dengan cerita kematian family, ni sudah melampau. Cara ko tak betul la kawan, nak promote insurans....promotelah aku tak marah....tapi jangan ada paksaan...biar client ko sendiri terbuka hati nak masuk insurans tu....kalau ada rezeki, tak ke mana. Memang insurans ko terbaik tapi ko tak tau cara-cara handle target ko. Paksa memaksa tak ke mana babe. Sudahnya aku terpaksa menjauhkan diri dari orang macam kamu. Walaupun aku dah terus terang cakap aku tak berminat!.....ko tetap suruh aku fikir.

dan sekarang aku berfikir...aku takmo! dan tak berminat!

Me Naughty..me Netty

Thursday, August 18, 2011

Lagu Pertama Si Starbuck latte Terkinja-kinja Dengar Sambil Menari

Old MacDonald had a farm,
Ee i ee i oh!
And on that farm he had some chickens,
Ee i ee i oh!
With a cluck-cluck here,
And a cluck-cluck there

Here a cluck, there a cluck,
Everywhere a cluck-cluck
Old MacDonald had a farm
Ee i ee i oh!

Old MacDonald had a farm,
Ee i ee i oh!
And on that farm he had some dogs,
Ee i ee i oh!
With a woof-woof here,

And a woof-woof-woof there
Here a woof, there a woof,
Everywhere a woof-woof
Old MacDonald had a farm
Ee i ee i oh!

Old MacDonald had a farm,
Ee i ee i oh!
And on that farm he had some turkeys,
Ee i ee i oh!

With a gobble-gobble gobble-gobble here,
And a gobble-gobble gobble-gobble there
Here a gobble-gobble, there a gobble-gobble,
Everywhere a gobble-gobble-gobble
Old MacDonald had a farm
Ee i ee i oh!

Old MacDonald had a farm,
Ee i ee i oh!
And on that farm he had some cows,
Ee i ee i oh!
With a moo-moo here,
And a moo-moo there
Here a moo, there a moo,
Everywhere a moo-ooo
Old MacDonald had a farm,
Ee i ee i oh!

anak aku starbuck latte


malas nak upload You Tube...
sakit pewut.


Me Naughty..me Netty

Diumumkan pemenang Giveaway 1 Soalan 1 Duit Raya Terakhir.........pemenangnya....jeng...jeng...jeng......

Aku pulak yang suspen..sejuk-sejuk tangan nie haaa...

korang nak jawapan ker?...

tak payah laa....

sebab aku naya korang banyak-banyak suh kira satu-satu ehehehehehe

mesti korang tentionkan?

lelebih lagi si Mamatisya..eheh sungguh-sungguh ko jawab...

eheh, tapi sebab aku tuan tanah blog nie..aku sesuka hati leh gubal atau wat apa-apa perubahan eheheheh

okee....sebelum tu......

AKU TAK TERIMA SEMUA JAWAPAN KORANG.......

sebab aku ada niat lain.....

soalan terakhir hari tu aku dah niat dah...nak bagi hadiah lain kepada para pemenang...sajer jer aku publish hadiah RM10 and satu hadiah misteri kat en3 aritu...
so, pemenang bertuah ialah........ada 5 peserta mengambil bahagian....,iaitu:-

FIZA
MUMMY AYU
BONDA
MAMA RAISYA
MAMA TISYA

Makanya....saya telah sebulat suara rajagopal...

memilih......

kelima-lima peserta sebagai pemenang hadiah Giveaway saya (tu laa korang yang lain, sapa suh takmo join)

maka, uols akan membawa pulang duit raya RM5 hengget setiap sorang, gift dari Notti Netti dan kad raya juga dari saya......bukan dari laki saya ataupun bos saya ataupun ahlong kutip utang.

harap uols suka lah yer.......

sila kasi no acc Maybank and add korang kat komen box......(aku takkan publishkan)

Tahniah semua....korang memang sportinglah!!!!!!!!!!


Me Naughty..me Netty

Semalam Saya Dan Teman-Teman ofis Berbuka Di KLIH.

 Tahun nie kami sepejabat berbuka di Kuala lumpur International Hotel. Uiiisshhh hujan lebat giler petang semalamkan...but we manage to reach there early. Thanx to our anggota yang drive sangat pantas dan berkesan. Kalau aku drive sensorang tu kompom tak lepas-lepas lagi dok dalam jammed. Semalam kepantasan menciluk amat penting ya. Taniah sekali lagi buat our anggota.

 Tetiba camera aku jadi cerah pulak, nampak macam waktu pagikan? Padahal gelap dah kat luar and hujan tengah lebat giler time ni.......camera aku nie pandai auta gak yer.....

Nie meja VVIP. Aku sampai-sampai jer terus susun door gift.......eheheheh suka...suka......door gift yang lebih nak kasi husband aku pulak...boleh dia sedekah kat office mate dia pulak. Heheh yang bestnya ada satu officer non muslim kat ofis aku nie pun dapat gak door gift tu. Punyalah dia makan kurma yang disangka cokolat tu...bila tang bijik kurma tu...sesungguh dia gigit...dia ingat badam agaknya...ehehehe....aku lak ;upa nak xplain kat dia......sebab kurma tu salut cokolat kan?........

Suasana pukul 7, dah ramai orang ambil makanan...termasuk aku.............makanan kat seberang...so jalan jauh boleh hilang lemak barang 0.0001 kilo......eheheheh

 Ni ikan bakar sedang get ready nak kena makan....ehehe aku lak baik punya songlap 3 ekor.....eheheeh.....

 Haa cer teka apa ni????? okee kengkawan...ini adalah kerabu...banyak spesis kerabu kat sini. Mula-mula aku buat dek jer...tapi bila one of my officer's wife bagitau kerabu nie cepat sold out and takkan di top up...terus aku ambik...4 jenis...kerabu udang, kerabu perut, kerabu daging and kerabu lidah kalau tak silap.
Sedap...yang bestnya aku berbuka ngan kerabu dulu......natijjahnya..aku cirit-birit pagi tadi......alahai...

Haaa...ini adalah lauk pauk..khas untuk nasik dagang.....dan nasik putih....aku tak ambil masik langsung sebab macam kenyang je perut...........aku ratah lauk jer.........

okee itulah jer menu berbuka aku dengan office mate...korang camne pulak?????

oh lupa harga- RM40 sekepala.....
Me Naughty..me Netty

Custom Made Sampul Duit Raya Aku Dah Siap......Nak Tengok?????? DIY jer.

Huhuhu.....antara wishlist aku Raya tahun nie nak buat sampul duit raya kan? kan?....
eheheh yang aku beli dulu untuk kasi orang biasa-biasa jer...
haaa..yang aku DIY sendiri ni khas untuk orang-orang penting jer.
muahahahahahahah.

 ok....sebelum tu, let me introduce to 
Mr. Cash Book Keeper
kerja buku kat atas tu adalah untuk devidekan sampul-sampul raya
dari RM1, RM5, RM10 RM50 dan RM!00
senang..ada devider....takdelah tershahul kasi bapak RM1 and anak jiran tak kenal RM100 kan? kan?

 Haaa..cenggini ghupa dalam Mr Cash Book Keeper tu
ada banyak devider kan?
tapi.....
apa yang ribbon-ribbon bebanyak tu?
haaaaa
inilah koleksi DIY sampul duit raya aku.

 Haaaa, itulah dia antara sampul-sampul Do It Yourself (DIY)
yang dah aku buat malam kelmarin.
satu malam jer boleh dapat 10 sampul....
eheheheheheeh
aku nak buat lagi 10 sampul khas tema kanak-kanak untuk anak-anak aku dan anak-anak buah aku.
and also anak BFF aku kalau ada lebih untuk anak-anak blogger yang ajak datang rumah hari raya gaban.
eheheheh

 Haaa....yang nie sampul duit raya khas buat Mak aku, Ummi aku, Makcik and Maklong aku
Style fomfuan skit....
-Pandangan depan-
 -Pandangan belakang-

 Haaa....yang nie pulak style kelelakian khas buat
bapak aku, bapak mentua aku, pakcik and paklong aku.
jangan diaorang buang tong sampah after ambik duit raya sudah!
orang lelaki ni lain skit dari orang pompuan.


Ada banyak lagi corak......aku buat 4 corak semuanya
tapi aku pilih yang penting dulu....
jap lagi nak cari corak kanak-kanak pulak
khas untuk bebudak pulak......ehehehe

dan yang pasti sampul surat nie leh masuk duit tebal-tebal....
aku takmo kasi anak-anak buah aku RM50 keping dah......macam dolu-dolu.
aku nak kasi diaorang semua duit RM1 dalam 50 keping...
hahahahah masak korang.....mak ngah korang nikan naughty.

Mak ngah korang dah siap tukar semua duit RM1 dalam beberapa ratus dah 
ehehehehehe........sukanya kenakan bebudak tu..
mesti terkulat-kulat diaorang kira.

nie tengah fikir nak kasi mak bapak aku duit RM1 keping jugak ke....?
jenuh diaorang nak kira
mau kena sembur pagi raya kang
ehehehehehehhe

tadi ofis mate aku sorang nie datang tengok sampul aku
tetiba dia nak order 10 keping
aku charge RM1 untuk sekeping ok kan?
nama pun kertas keras
eheheheheheheheheh

Me Naughty..me Netty

Yeay...Posto-posto...........Kad Raya nak Datang Dah.......


Uisshhh jenuh plus happy aku menulis kad raya.
dah lama tak buat aktiviti cenggitu...
last buat time belajar kat Uni dulu. Lama giler dah tu.......
perasaan menerima dan memberi kad taya cara manual nie lain sikit feeling-feelingnya.....
ada bunga-bunga dihati gitew...........

haaa...bukan takat korang (blogger) and kawan-kawan jer aku kasi........dengan laki akupun aku poskan jugak kad raya.....padahal boleh jer selit dalam beg kerja dia.....tapi kasi dia teruja skit... surprise cara zaman dolu-dolu konon bini dok rumah, laki kerja askar dok dalam hutan, bangga terima kad raya kekdahnya..........

eheheheheh.........
so kengkawan blogger and kengkawan lama, tunggukanlah kemunculan kad raya ikhlas dari aku.

Maaflah sebab teruja sangat, cara aku tulis dalam kad raya tu dah macam tulis dalam blog pulak....penuh satu muka. eheheheheheheh

Apsal sejak bulan puasa ni aku happy jer eh?...............takde perasaan amarah atau cemburu tahap melampaupun.........???

Me Naughty..me Netty

Kehadapan blogger bernama BONDA dan bukan Blogger Bernama Fiza..........korang taknak hadiah ker?

Yuhuuuuu....hari ni saya mahu ke pejabat pos.

Nak pos kad raya dan hadiah giveaway. So far Mummy AYu dah dapat, Mama Tisya nextweek aku kasi by hand, and  Mama Raisya, aku nak pos barang dia hari ni.....
Tapiiiii...

Mana add Bonda and Fiza????
eheheheheheh

kalau baca en3 nie......bagi address yer...tak payah kasi no acc.
and kalau boleh cepat sikit yer....petang nie nak pos semua benda ^_^

Me Naughty..me Netty

Pengumuman-Pengumuman, saya nak kasi Pencuci Muka Hada Labo...Siapa nak?


Ni haaa Hada labo.set. aku baru pakai dalam 2 minggu gitew......2 bulan lepas kot.........aku beli set nie dulu baru set hada labo yang whitening tu. (Miss Geli dah cop dulu set biru)

Sebab aku nak kasi.....???
tak sesuai...sekali lagi aku cakap, aku start pakai set nie..muka aku gelap...macam sun burn. Alhamdulillah aku kembali nyesal and kembali ke pangkal jalan pakai set lama. Sib baik cerah balik.

So, ada sesiapa yang berminat nak pakai set Hada Labo ni? aku kasi free jer......tapi pos aku pos pakai pos siput laa.....bukan pos laju.

ada 3 set iaitu-
-Hada Labo Super Hyaluronic Acid Moisturizing Face Wash
-Hada Labo Super Hyaluronic Acid Moisturizing Milk
-Hada Labo Super Hyaluronic Acid Moisturizing Lotion (haaa ni femes and seyes memang buat kulit muka aku lembut......ala-ala kulit orang korea gitew,.tak tipu! cuma tu laaa.....kulit aku jadi gelap....terpaksa lepaskan juga)

so...sesiapa yang berminat sila tinggalkan ayat-ayat korang kat komen box aku. Siapa cepat dia dapat.

Me Naughty..me Netty

Wednesday, August 17, 2011

Cepat-cepat, sapa nak aku hantar kad raya lagi...cepaaattt..esok aku nak pos dah.......

ada sesiapa lagi nak send add kat aku tak?

esok aku nak pos kad raya dah ni.
dalam komen box ramai nak terima kad raya, tapi add tak kasik-kasik lagi...

oh ya....kepada pemenang giveaway 1 soalan 1 duit raya yang terakhir tu...ada 2 orang lagi tak kasi add and no acc.....cepat eh.....? kang melepas pulak hadiah small gift, duit raya and kad raya.

aku tengah tunggu nie.........

Me Naughty..me Netty

Hari Ni Ada Majlis Berbuka Anjuran Ofis Aku, So Aku Ada Sedikit Door Gift Gitew.....

Huhuhu bulan baik nie eloklah kita berbanyakkan sedekahkan?
Baju dah beli banyak-banyak...mahal-mahal..takkan tak mampo sedekah ehehehehe..(aku tujukan khas untuk diri aku sendiri)

oleh yang demikian,
aku ada sesuatu  berupa door gift untuk semua bebudak ofis aku :) yang attend majlis berbuka puasa todaylah...yang tak attend tu eheheheheh........nanti-nanti aku fikir, nak kasik or tidak...muahahahahah........

so, petang nie kami berbuka di Kuala Lumpur International Hotel. Nasib baik oyat ikut sama, idok aku sensorang jer pompuan yang pergi.

apa yang aku nak kasi yer?...
ooo takdelah hamper raya giler-giler.....just a small gift untuk berbuka.....

iaitu....

canister raya......dalam tu ada choco dates.....8 bijik.


tu..isi dia kat dalam tu....

siapa yang buat?...
haaaa SIL aku yang buat....dari blog The Functions 




kalau korang berminat nak buat customize canister for raya, birthday, kahwin......boleh contact me or my SIL yer......:)


Aku harap budak ofis aku sukalah terima door gift nie........ikhlas dari aku dan suami aku.

Me Naughty..me Netty

Kali ni ke Tarawih Niat Nak kasi chocolate kat budak-budak nakal tu.......

Huhuhu semalam aku ke surau bawah rumah cam biasalah to perform solat tarawih berjemaah.
dalam dok berbuka puasa tu....aku makan lite-lite jer.....
aku terus bersemangat nak buat chocolate oreo pada bebudak kat surau.....yang pasti untuk bebudak nakal 2 orang yang kaco aku sembahyang tu........acik nie memang notti tapi ati baik nak oiiiiiiii......dalam ko dok raba buntot acik, acik still teringat nak kasik chocolate oreo untuk korang.

makanya laju-laju aku buat choc oreo....benda senang memang laju, cer suruh aku buat patlova...nangis nak kejor masa. Pejam celik pejam celik dah siap.........fresh from peti ais.

Simple jer..........tak ader campur-campur kaler lain.......aku kesal sikit tang tu, choc putih aku dah expired.....so tak elok aku guna...buang cenggitu jer...so gunalah chocolate gelap nie.....ada gambo-gambo binatang......


aku pek elok-elok...ingat nak bubuh riben, tapi bila fikirkan...alah bukannya buat majlis pun...just nak sedekah pada kanak-kanak riang kat surau tu jer......aku bungkus dalam clear plastik jer la.

so, dapat satu kotak bulat penuh.......sukanya aku.........lepas solat Isyak kat rumah, aku bergegas turun bawah ke surau........sembahyang tarawih dah nak mula, aku letak dulu plastik beg choc tu kat tepi dinding beserta camera, nak snap gmabo budak nakal tu la....

bila dah habis sembahyang, cam biasa bebudak berlari ke meja makan, ada mee hoon goyeng......aku tetiba segan lak nak kasik, manalah tau tak laku ker...diaorang pelik ker.....atau diaorang ingat aku nak racun diaorang ker sebab kaco aku sembahyang tempoh hari.

Makanya, aku cecepat letak Tupperware bulat tu kat tengah-tengah  meja, time tu bebudak tengah makan. AKu letak and cakap kuat-kuat..." Nah! acik sedekah chocolate oreo"...dan jalan laju-laju........tapi aku perasan muka bebudak tu cam blur.....tapi ada satu sore (ketua budak kot) kata...."e'eh chocolate la" (versi budak darjah 6)......so aku toleh...haaa hambik ko......kena serbu chocolate oreo aku...eheheh suka...suka...suka.......harap-harap bebudak tu sukalah chocolate aku ^_^ eheheheheheheheh

psst- tapi bayang 2 budak naughty boy tu takde la..........and aku malu nak snap gambo...isk la bedish tul!!!!
Me Naughty..me Netty

Time Aku Kecik Dulu, Aku Ingat Telan Air Liur Tu Batal Poser.........Jahilnyaaaaaaa.....

Suatu ketika dulu,
zaman renek-renek tidak berbuah,
bodypun belom seksi lagi,
perkataan seperti bodo, mangkuk, sial belom diajarin lagi
rambutpun style ikat tocang 2
dan penggunaan tatabahasa adalah seperti "saya" dan "awak". Manakala penggunaan tatabahasa "aku" dan "kau" masih belom dipraktikkan lagi.

Zaman tu, aku kecik lagi, baru darjah 1 trang tang tang.......
aku baru start belajar puasa.......itupun sebab malu ngan kawan-kawan.....kawan semua puasa takkan aku jer tak puasa.
lagipun cikgu kelas aku time tu (lupa nama dia) dah janji nak kasi RM10 kalo murid-murid kelas dia yang beragama Islam puasa penuh. Time tu RM10 macam RM 50.

Time tu lah aku start berkobar-kobar nak puasa penuh...konon.........
time tu aku jenis yang 'Malu bertanya sesat jalan' haaa sebab sesatlah aku jadik nyawa-nyawa ikan kat sekolah.
Mana taknya, orang lain puasa oke jer...aku jer puasa pucat-pucat muka.
Sebab? aku ingat bila puasa ni, kita tak boleh telan air liur kita sendiri. Ntah mazhab mana aku ikutpun aku tak tau. Takpe..aku maapkan diri aku sebab aku blom akil baligh lagi time tu. Eja 'Sex' pun tak gheti lagi.

Korang bayangkanlah...dari sahur sampai berbuka...kerja aku asyik buang air liur jer.....sampai kering-kering bibir aku and kesat-kesat lidah aku time tu...azabnya aku rasa........tapi aku tak meludah tak tentu pasal laaa....aku buang air liur kat sapu tangan. Sikit-sikit buang...sikit-sikit buang...sampai air liur cam tinggal sikitlah. Balik rumah aku selalu flat....mak aku suh aku berbukapun aku takmo....sebab nakkan duit RM10 tu.....jujur betoilah zaman bebudak dulu. Kalau zaman sekarang...dah berbuka dengan jayanya ke'epsi ayam 1 ketoi dah.

Aku tak tanya mak aku. Sebab?....aku menitik beratkan slogan 'Malu Bertanya Sesat jalan'.
Korang bayangkanlah selama beberapa hari aku kat sekolah asyik buang air liur jer....takot gila air liur masuk anak tekak.. Takut batal.

Sampailah ada satu time tu aku dok bergelak ketawa dengan sorang kawan aku and tanpa sengaja aku tertelan air liur aku....uisshh nangis tak hengat sebab aku dah nak hilang RM10. Aku citer kat kawan aku yang bangsa cina.......(dulu kat sekolah rendah member ramai cina). Budak cina tulah pujuk aku...siap belikan air kat kantin suh aku berbuka...konon aku dah terbatal puasa.....masih segar dalam ingatan aku air oren dalam kampit plastik disua kat muka aku......terkejut kujat aku........lagi terkejut bila aku slamba land minum air guna straw kaler er er tak silap hijau belang-belang kot. Oh! time tu posisi kitaorang kat belakang library waktu rehat. (apakhabarlah keadaan library tu sekarang?????) dulu library sekolah aku tu paling canggih kat Perak.

Tapi, dalam dok aku teguk air oren tu, aku siap cakap kat member cina aku......(apsal aku lupa nama dia ah? padahal BFF aku time darjah 1,2 dan 3) aku kata, 'dosa oooo kalau saya tak puasa, tuhan marah, cikgupun marah tak kasi RM10....awak tak boleh kasi saya minum'....iye-iye aje ayat aku...muka sedih....tapi, minum tetap minum. Habis jugaklah air satu kampit tu. Sib baik member aku tak beli makanan jer...idok aku balon jugak agaknya.

Then....kawan aku tu macam muka serba salah merah-merah nak nangis........maybe sebab aku salahkan dia.....kawan aku nie cemeng skit.....kalo gaduh kitaorang dah jadi cam laki bini, kalau berebut pensil ker...ehheh tak dapat aku lupa kes berebut pensil dulu-dulu..punyalah kawan cina aku ni nangis-nangis rayu kat aku mintak maap....aku takmo maapkan dia..eheheh jahatnyaaaa........ikat rambut tocang dua sama-sama pun aku marah. Isk......terkenan hitler kot.

so, aku kata kat dia...takpe..tuhan tak marah sebab kawan aku nie tak sengaja.......tapi dengan syarat dia kena rahsiakan dari murid-murid lain and cikgu.......ehehe (apa kes dapat kawan cam aku...gengster kampung dusun tul). So...sejak hari tu member cina aku nie tak pernah bukak mulut pasal aku tak poser...hari tu. Dan yang paling best aku dapat gak RM10 dari cikgu...ehehehehehehehehehehe

psst- aku dapat tau yang telan air liur rupanya tak batal poser........esok lusanya.....dari arwah Opah aku.

ntah apa-apa aku ni.


Me Naughty..me Netty

My 1st attempt buat Chocolate Box.....oke la kot.........

Lastweek on Sunday
aku still kat kampung dengan adik bongsu aku+family dia

entah mana datang rajinnya aku, aku buat butter cake untuk diaorang
and butter cake untuk jiran-jiran mak aku.

Tapi sebelum tu aku ke kedai barang-barang kek kat Tampin.
seyes, walaupun kedai dia tak lah besar macam kedai Bake With Yen,
tapi aku kagum dengan barang-barang yang dia jual..
ada yang BWY tak jual, dia ada jual.

oh! by the way, semalam ke BWY lorong Hj. Taib
cooking chocolate dia naik hargalah!!!

so....aku ada beli mould bentuk kotak hadiah
sangat sweet...so aku trylah
lagi satu saje je nak suprisekan anak-anak aku and anak buah aku
tapi anak-anak aku tak makan chocolate pulak dah...
diaorang pandang sebelah mata jer..
kecik ati mak ko nih!!!

so, aku berpakat dengan adik ipar aku nak suprisekan anak dia 
si kecik Ain yang suka chocolate.

and result dia.....

'
'
'
'
'
taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.........!!!!!!


cincai boncai jer aku buat
katapun 1st attempt nak menerai
dalam tu ada cokolat gak..tapi aku boleh bijak sangat tak snap...
dalam kotak tu ada chocolate oreo..
aku ajar my SIL buat chocolate oreo
melopong mulut dia,
dia ingat susah giler buat choc oreo
padahal senang sangat!!!!

tapi yang bestnya...bila nak suprisekan si Ain
masuk bilik....tengok2 dia and bapak dia (adik aku) 
dah terbongkang atas katil

turn dia lak kecik ati...
ehehehehehhe

alih-alih suprisekan dia time berbuka puasa...
muahahahahaah...

oke tak???????

psst- Ayu, ingatkan nak buat untuk ko semalam, tapi aku tekun siapkan sampul duit raya edisi khas aku.....
insyaallah esok yer: ^-^

Me Naughty..me Netty

Hehehe Dah Beli Novel Ni (YES BOSS!) ...Lagi Awal dari Mummy Ayu.

Semalam after kerja terus ke Midv beli barang dapur barang sekodi dua,
Tak lengkap kalau tak singgah MPH...

sampai sana, ker area stationary and then novel..


huhu nampak novel nie......terus grab..
Mummy Ayu order...tak tau dianya dah sampai ke blom...
ehehehe malam nie tsemalam tak jadi touch up rumah...
sebab baca novel nie...

Novel apa?

YES BOSS! by Areila Sahimi.


eheheheheeh
Me Naughty..me Netty

Salam Nuzul Al Quran....


Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.
-kredit to Mr.Wikipedia-


Me Naughty..me Netty

© Copyright Reserved to NOTTI NETTI l Designed by DayangDeno